Kenapa ramai yang teruja dengan kedatangan Super Blue Blood Moon (a.k.a Gerhana Bulan Penuh 100%) ni? Apa yang special? Kerana ianya sangat sangat sangat jarang berlaku dan kali terakhir berlakunya fenomena bulan penuh ini adalah pada 31 Mac 1866 yang lepas. Perghhhh 152 tahun ago tuu! Lama tuuu. Haa itu lah sebabnya. Tapi kan... Apa itu Super Blue Blood Moon yang bakal berlaku pada malam ni?
Super Blue Blood Moon 31 Januari 2018
Fenomena Gerhana Bulan - Super Blue Blood Moon 31 Januari 2018 |
Super Blue Blood Moon 31 Januari 2018 |
Super Blue Blood Moon merupakan gabungan fenomena: Supermoon + Bloodmoon + Bluemoon.
Supermoon
- bulan berada paling hampir dengan bumi
- saiz bulan kelihatan lebih besar daripada biasa
Bloodmoon
- matahari, bumi dan bulan dalam garisan selari
- warna kemerah-merahan akibat biasan cahaya matahari
Bluemoon
- berlakunya dua kali fasa bulan penuh dalam bulan yang sama
- 1 Januari & 31 Januari
Bilakah range masa Super Blue Blood Moon ini akan berlaku?
-- Fenomena gerhana bulan ini akan berlaku pada hari Rabu malam Khamis, 15 Jamadil Awal 1439H, bersamaan 31 Januari 2018. Specifically berlaku selama 5 jam 17 minit; 6.51 petang (31 Januari 2018) - 12.08 tengah malam (1 Februari 2018).
Tambahan info dari Mufti Wilayah Persekutuan pula, bagi kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya gerhana mula kelihatan bermula jam 7.20 malam (bulan terbit) dan tamat pada jam 12.08 tengah malam iaitu mengambil masa selama 4 jam 48 minit. Manakala, bagi kawasan sekitar Labuan gerhana mula kelihatan bermula jam 6.50 malam dan tamat pada jam 12.08 tengah malam iaitu mengambil masa selama 5 jam 28 minit. [SUMBER].
Sehubungan itu, Solat Sunat Gerhana Bulan akan bermula pada jam 8:39 - 9:33 malam (selepas solat Isyak).
Cara Solat Sunat Gerhana Bulan
Ada banyak cara solat sunat gerhana sebenarnya. Ada yang panjangg bebeno sekali dengan tasbih semua & ada yang simple sahaja takde tasbih. So, boleh nak buat mana-mana. Jangan nak duk gaduh-gaduh.
Meh saya share cara yang full lengkap dahulu.
Lafaz niat:
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Maksud: "Sahaja aku solat sunat gerhana BULAN dua rakaat kerana Allah Taala."
Solat sunat gerhana boleh dilakukan sama ada secara berseorangan atau berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Khaifiat yang lebih sempurna adalah seperti berikut:
Rakaat Pertama
1. Takbiratul Ihram (berserta niat dalam hati).
2. Membaca doa Iftitah.
3. Membaca surah al-Fatihah.
4. Membaca surah al-Baqarah atau mana-mana surah.
5. Ruku' dan membaca tasbih kira-kira 100 ayat.
6. lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
7. Membaca surah Ali-lmran atau mana-mana surah.
8. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 90 ayat.
9. Iktidal.
10. Sujud dan membaca tasbih.
11. Duduk antara dua sujud.
12. Sujud kembali.
13. Berdiri ke rakaat kedua.
Rakaat Kedua
14. Membaca surah al-Fatihah.
15. Membaca surah al-Nisa' atau mana-mana surah.
16. Ruku' dan membaca tasbih kira-kira 70 ayat.
17. lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
18. Membaca surah al-Maidah atau mana-mana surah.
19. Ruku dan membaca tasbih kira-kira 50 ayat.
20. Iktidal.
21. Sujud dan membaca tasbih.
22. Duduk antara dua sujud.
23. Sujud kembali.
24. Membaca tasyahud akhir.
25. Memberi salam.
Sumber rujukan:
Unit Falak, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Falak Online (Encik Shahrin bin Ahmad; Ahli Jawatankuasa Falak Wilayah Persekutuan) http://falakonline.net/semesta/2018/01/maklumat-lengkap-fenomena-gerhana-bulan-penuh-31-januari-2018/
Solat juga boleh dilakukan dengan dua kali berdiri, dua kali bacaan dan dua kali ruku' sebagaimana solat biasa tanpa memanjangkannya. Begitu juga sah dilakukan sebanyak dua rakaat dengan dua kali berdiri dan dua kali ruku' sebagaimana solat fardu Jumaat. Namun cara ini meninggalkan fadhilat kerana berlainan daripada perbuatan Nabi.
Super Blue Blood Moon 31 Januari 2018 & Cara Solat Sunat Gerhana Bulan |
Rakaat Pertama
1. Lafaz niat: "Sahaja aku solat sunat Gerhana Bulan dua raka'at menjadi Imam/ Makmum kerana Allah Ta'ala."
2. Takbiratul Ihram (serta niat dalam hati)
3. Membaca doa Iftitah
4. Membaca surah al-Fatihah
5. Membaca surah al-Kafirun (atau mana-mana surah)
6. Ruku'
7. I'ktidal
8. Membaca surah al-Fatihah
9. Membaca surah al-Ikhlas
10. Ruku'
11. Iktidal
12. Sujud
13. Duduk antara dua sujud
14. Sujud kedua
Rakaat Kedua
15. Membaca surah al-Fatihah
16. Membaca surah al-Falaq
17. Ruku'
18. Iktidal
19. Membaca surah al-Fatihah
20. Membaca surah an-Nas
21. Ruku'
22. Iktidal
23. Sujud
24. Duduk antara dua sujud
25.Sujud kedua
26. Duduk tahiyat akhir
27. Memberi salam.
*Selepas itu Khatib akan membacakan Khutbah
*Memperbanyakkan Istighfar
*Hendaklah dilakukan solat gerhana bulan apabila berlakunya gerhana dan tamat masa solat gerhana setelah hilang gerhana dari pandangan.
*Hukum mengerjakannya SUNAT MUAKKAD dan SUNAT dikerjakan dengan cara berjemaah.
*Dibacakan "Assolatul Jamiah" sebagai ganti Iqamah.
Sumber : Petikan daripada buku panduan Solat Gerhana Bulan
Jabatan Agama Islam Negeri Johor
Super Blue Blood Moon 31 Januari 2018 & Cara Solat Sunat Gerhana Bulan |
MAKLUMAT GERHANA BULAN PENUH DI MALAYSIA - 31 JAN 2018
Detik-detik Gerhana Bulan penuh:
7:50 Petang : Bulan mula memasuki bayang gelap bumi
8:22 Malam: Gerhana bulan dengan kadar 50%
8:53 Malam: Gerhana bulan dengan kadar 100%
9:33 Malam: Kemuncak gerhana bulan penuh
10:28 Malam: Bulan mula keluar dari bayang gelap bumi
11:10 Malam: Bulan telah keluar sepenuhnya dari bayang gelap bumi
Sumber : Pejabat Mufti Negeri Johor.
Tapi tengok gaya kat Seremban ni, macam susah je nak nampak Gerhana bulan penuh. Sebab petang tadi hujan lebat giloss haha. Takpelah, den tengok kat social media or Whatsapp jelah hee.
Okay daaa~ wassalam! :)
Tapi tengok gaya kat Seremban ni, macam susah je nak nampak Gerhana bulan penuh. Sebab petang tadi hujan lebat giloss haha. Takpelah, den tengok kat social media or Whatsapp jelah hee.
Okay daaa~ wassalam! :)
3 Comments
panduan bermanfaat.. tq..
ReplyDeleteJemput singgah tgk entry terkini k.. :)
1. Kejujuran
2. GIVEAWAY SOUVENIRS PULAU JEJU BY SITIYANGMENAIP & SALBIAHM
3. SEGMEN BLOGWALKING BY CIKYAN
4. giveaway #1 new year 2018 by cikyan
nice sharing =)
ReplyDeleteThanks for sharing tau!! ^^ dah lepas dah pon T__T huhuh...
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p