cemburunya dengan pemegang Kad Ceria Wilayah Persekutuan! - sayidahnapisahdotcom cemburunya dengan pemegang Kad Ceria Wilayah Persekutuan!
LightBlog

cemburunya dengan pemegang Kad Ceria Wilayah Persekutuan!

Kad Ceria Wilayah Persekutuan | Kad ceria? What's that? Kad untuk budak budak ke (sebab term 'ceria' tu)? Eh takkan la untuk budak budak je? Tak tahu. Never heard of it until baru-baru ini saya ada terjumpa orang membincangkan tentang benefit mempunyai kad Ceria Wilayah Persekutuan ini. Bila saya dah tahu tu, ada satu perasaan halus menjalar masuk ke dalam jiwaku ini.. JEALOUSY!


cemburunya dengan pemegang kad ceria Wilayah Persekutuan!

Eh ehh Sayidah ni. Dah kenapa nak cemburu pula? Okay let me tell you..

Apa itu Kad Ceria?

Kad ceria merupakan kad DISKAUN atau kad pemotongan terus harga ke atas pembelian di premis-premis dan lokasi terpilih. Program ini adalah salah satu inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan dalam usaha membantu menangani kos sara hidup yang tinggi terutamanya bagi warga WILAYAH PERSEKUTUAN (WP); iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja. Secara tidak langsung dapat membantu keluarga warga WP merancang dan mengurus perbelanjaan harian secara berhemah.

So..
apa keistimewaan Kad Ceria sampai nak cemburu bagai tu?

cemburunya dengan pemegang Kad Ceria Wilayah Persekutuan!
keistimewaan Kad Ceria Wilayah Persekutuan!
  • diskaun sehingga 70% bagi setiap pembelian barangan, makanan dan perkhidmatan
  • beli belah pada harga istimewa di lebih 3,490 rakan dagang (merchants) yang melibatkan lebih 3,798 premis perniagaan
  • kadar diskaun untuk penyewaan fasiliti terpilih oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan.
  • menyediakan kemudahan “e-wallet” kepada pemegang Kad Ceria dan rakan dagang.


Senarai rakan dagang boleh ushar di portal rasmi kad ceria: https://kadceria.kwp.gov.my/rakan_dagang.php

Nota: Pihak Berjaya Corporation, KK Supermart, Mydin dan Pusat Pakaian Hari-Hari menawarkan diskaun bagi kesemua syarikat tersenarai di atas yang mempunyai rangkaian cawangan di seluruh Malaysia dan tidak tertakluk kepada Wilayah Persekutuan sahaja.

cemburunya dengan pemegang Kad Ceria Wilayah Persekutuan!
jom shopping dengan kad ceria Wilayah Persekutuan! nikmati diskaun sehingga 70% barangan dan perkhidmatan
Bukan itu sahaja! Bukan pemegang kad ceria sahaja yang dapat benefit, rakan dagang juga dapat manfaat dan keistimewaan!

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengadakan insentif bagi rakan dagang kad ceria; iaitu:

1. Diskaun 10% untuk sewa premis Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
2. Diskaun lesen penjaja 60%
3. Diskaun lesen premis perniagaan : 
i) 10% = 1 tahun
ii) 15% = 2 tahun
iii) 20% = 3 tahun
4. Diskaun cukai pintu sehingga 10% untuk pemilik premis perniagaan
5. Akses kepada lebih daripada 1,000,000 orang pengguna Kad Ceria
6. Promosi kepada perniagaan mereka secara berterusan (Media Sosial, Media Massa, Program-Program KWP)
7. Pengiktirafan daripada kerajaan kepada PERNIAGAAN mereka

kad ceria diskaun saman/kompaun 70%
Pemegang Kad Ceria nikmati 70% diskaun saman/ komapun
Jealous kan kan? Cemburu cemburu juga tapi tak dapat lah dinafikan bagusnya inisiatif dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & DBKL ni. Bagusss tapi tak ramai yang aware tentang kad ceria ni. Sayang seribu kali sayang.

Haaa sesiapa yang layak untuk memohon kad ceria tapi belum memohon, cepat cepat! Boleh mohon online sahaja.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN KAD CERIA

1. Berumur 18 tahun ke atas
2. Warganegara Malaysia
3. Pemohon lahir di Wilayah Persekutuan/ menetap di Wilayah Persekutuan
ATAU
4. Pemohon adalah Penjawat Awam yang bertugas di Wilayah Persekutuan
semua penjawat awam wilayah persekutuan boleh memohon kad ceria
Semua penjawat awam di Wilayah Persekutuan boleh memohon kad ceria Wilayah Persekutuan

CARA MEMOHON KAD CERIA

Permohonan kad ceria melalui atas talian (online) sahaja di: https://kadceria.kwp.gov.my/semak_kelayakan.php

Jangan lupa pula untuk membuat semakan selepas itu di: https://kadceria.kwp.gov.my/base.php?page=pengundi

permohonan online kad ceria
Semakan Permohonan Onlien Kad Ceria Wilayah Persekutuan
Jika dah lulus, kad ceria WP boleh diambil di cawangan berdekatan.

SENARAI CAWANGAN

Cawangan Bandar Tun Razak

Alamat : PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT BANDAR TUN RAZAK
NO. PT 4752 JALAN SELIMANG
TAMAN TENAGA CHERAS
56100 KUALA LUMPUR
No. Telefon : 03-9173 1558
No. Faks : 03-9173 1560
Hari Operasi : ISNIN - JUMAAT
Waktu Operasi : 9.30 PAGI HINGGA 5.00 PETANG

Cawangan Batu

Alamat : PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT BATU
BANGUNAN YAYASAN WARISAN BATU
TAMAN BULLION MEWAH
68100 KUALA LUMPUR
No. Telefon : 03-6188 4389
No. Faks : 03-6189 4389
Hari Operasi : ISNIN - JUMAAT
Waktu Operasi : 9.30 PAGI HINGGA 5.30 PETANG

Cawangan Bukit Bintang

Alamat : PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT BUKIT BINTANG
PERSATUAN KHIDMAT MASYARAKAT
NO. 157, JALAN MAHARAJALELA
50150 KUALA LUMPUR
No. Telefon : 03-2148 4526
No. Faks : 03-2148 8252
Hari Operasi : ISNIN - JUMAAT
Waktu Operasi : 9.30 PAGI HINGGA 5.00 PETANG

Cawangan Cheras

Alamat : PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT CHERAS
PUSAT REKREASI CHERAS
JALAN PEEL CHERAS
55100 KUALA LUMPUR
No. Telefon : 03-9287 7371
No. Faks : 03-9287 7303
Hari Operasi : ISNIN - JUMAAT
Waktu Operasi : 9.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG

Cawangan Kepong

Alamat : PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT KEPONG
NO. 44, JALAN 12/42
TAMAN SEJAHTERA
SEGAMBUT
52000 KUALA LUMPUR
No. Telefon : 018-662 8390 / 03-6252 6722
No. Faks : 
Hari Operasi : ISNIN - JUMAAT
Waktu Operasi : 9.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG

Cawangan Labuan

Alamat : PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT LABUAN
U0284, BLOK D
TINGKAT 1, JATI SHOPHOUSE
OFF JALAN KUBONG
PETI SURAT 80872
87018 LABUAN
No. Telefon : 087-431 061 / 087-429 061
No. Faks : 087-431 1261
Hari Operasi : 
Waktu Operasi : 8.30 PAGI HINGGA 5.00 PETANG

Cawangan Lembah Pantai

Alamat : PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT LEMBAH PANTAI
JALAN BUKIT BANGSA OFF JALAN MAAROF
59000 KUALA LUMPUR
No. Telefon : 03-2287 9137
No. Faks : 03-2287 9151
Hari Operasi : ISNIN - JUMAAT
Waktu Operasi : 10.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG

Cawangan Putrajaya

Alamat : PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT PUTRAJAYA
NO. 56A, TINGKAT 1
JALAN DIPLOMATIK
PRESINT 15, 62502 PUTRAJAYA
No. Telefon : 03-8888 6761 / 5761
No. Faks : 03-8888 6934
Hari Operasi : ISNIN - JUMAAT
Waktu Operasi : 10.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG

Cawangan Segambut

Alamat : PUSAT KHIDMAT BN SEGAMBUT
B-3-1, M-AVENUE
TAMAN SEGAMBUT BAHAGIA
51200 KUALA LUMPUR
No. Telefon : 016-3523135
No. Faks : 
Hari Operasi : RABU : 2.00 PETANG - 7.00 MALAM
Waktu Operasi : AHAD : 9.00 PAGI - 1.00 PETANG

Cawangan Seputeh

Alamat : PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT SEPUTEH
BANGUNAN MCA
JALAN HUJAN, TAMAN OUG
58200 KUALA LUMPUR
No. Telefon : 03-7785 2745
No. Faks : 03-7785 1819
Hari Operasi : ISNIN - JUMAAT
Waktu Operasi : 10.30 PAGI HINGGA 4.00 PETANG
Waktu Rehat : 1.00 PETANG-2.00 PETANG

Cawangan Setiawangsa

Alamat : PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT SETIAWANGSA
LOT 2, JALAN 13/56
OFF JALAN 1/56
AU3, AMPANG ULU KELANG
54200 KUALA LUMPUR
No. Telefon : 03-4147 4188
No. Faks : 03-4162 1188
Hari Operasi : ISNIN - JUMAAT
Waktu Operasi : 10.00 PAGI HINGGA 12.30 TENGAH HARI

Cawangan Titiwangsa

Alamat : PUSAT REKREASI PARLIMEN TITIWANGSA,
JALAN PERKASA 1, TAMAN MALURI
56100 KUALA LUMPUR
No. Telefon : 
Pejabat Pusat Rekreasi : 03 - 9202 0146
No. Faks : -
Hari Operasi : ISNIN - KHAMIS
Waktu Operasi : 9.00 PAGI HINGGA 5.30 PETANG

Cawangan Wangsa Maju

Alamat : PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT WANGSA MAJU
KOMPLEKS YAYASAN WANGSA PERDANA
LOT 27679, JALAN IBU KOTA
53100 KUALA LUMPUR
No. Telefon : 
No. Faks : 
Hari Operasi : ISNIN - JUMAAT
Waktu Operasi : 9.30 PAGI HINGGA 5.30 PETANG

zon kad ceria
ZON KAD CERIA WILAYAH PERSEKUTUAN
Sebarang maklumat lanjut sila hubungi:
Urusetia Kad Ceria
Kementerian Wilayah Persekutuan
Aras G-7, Blok 2, Menara Seri Wilayah, Presint 2, 62100 Putrajaya.
E-mel: kadceria@kwp.gov.my
Websitehttps://kadceria.kwp.gov.my/

Post a Comment

47 Comments

  1. Umi pun ada kad ceria..untungkan jadi warga Wilayah Persekutuan ni..tapi tak pernah guna lagi..hehe

    ReplyDelete
  2. Nak apply..tgk syarat k.fiezz layak mohon...

    ReplyDelete
  3. Siapa yang tak utilize habis habisan kemudahan ni memang lah rugi

    ReplyDelete
  4. Nak applykan utk adik. Mcm dah cukup syarat. Hihi

    ReplyDelete
  5. Bestnya.. Nak duduku KL juga la mcm niiiii

    ReplyDelete
  6. tulah. sha jeles jugak. rasa mcm nkp duk kl pulak haha

    ReplyDelete
  7. Paling best semua penjawat awam yang bekerja di Wilayah Persekutuan layak dapat dapat kad ceria ni. Kenapa lah masa CN mengajar dekat KL dulu tak ada progrm ni 😅

    ReplyDelete
  8. bagusnya da kad ceria ... bertambah ceria lah warga wilayah persekutuan yg duduk kat WP ... manyak diskaun ma ...

    ReplyDelete
  9. Wah kalau mcm ni punya best, ai is jealous too... Untung jadi warga wilayah ni.. Sila grab cepat2 je bagi yang layak. Peluang tak dtg byk kalu tau. *cepat2 jgn lmbt2... Hehe

    ReplyDelete
  10. Wah kalau mcm ni punya best, ai is jealous too... Untung jadi warga wilayah ni.. So, sila grab cepat2 ye bagi yang layak. Peluang baik tak dtg byk kali tau. *cepat2 jgn lmbt2... Hehe

    ReplyDelete
  11. Best ada kad ni, teringat dulu dapat kad pelajar masa study. Sama jugak... Banyak kedai yang boleh dapat diskaun... =D
    70 % tu, banyak... Tengok kedai yang support pun, bukan biasa-biasa...

    ReplyDelete
  12. Untungnya warga KL, dapat inisiatif ni... huhu!

    ReplyDelete
  13. Rugi rugi rugi sapa yang tak guna kad ni. Bertuahnya dapat duduk area DBKL 😬😬😬

    ReplyDelete
  14. Bestnya warga KL ada kad ceria ni. Boleh jimat!! Rugi nyaa sapa tak grab kannn kannn...

    ReplyDelete
  15. Best la orang WP...cepat-cepat mohon untuk yang berkelayakan

    ReplyDelete
  16. bestnya ada kad ceria kat KL.. lagi best kalau boleh dibuat kat johor.....

    ReplyDelete
  17. Bestnya dpt kad kupon ni...boleh lah berjimat

    ReplyDelete
  18. Tang 70% byr saman i jeles. Jenuh gigil nak bayar saman. Sebab tu rela g cari tiket parking. Selalu kena saman aprking

    ReplyDelete
  19. Vavavaa... Bestnya! Ok naknsuh husband kak nina apply laaa

    ReplyDelete
  20. Banyak betul dpt discount dorng ni..eh eh rasa nak dok KL pulok kita..haha

    ReplyDelete
  21. Untungnya duduk kl.. mcm2 benefits guna kad ceria ni kan

    ReplyDelete
  22. Bestnya kad ceria ni.. byk benefit boleh dpt.. tapi malangnya sy bukan org KL.. huhu

    ReplyDelete
  23. Akak pun cemburu jugak...bagus kad ceria ni

    ReplyDelete
  24. best shopping kalau ada kad ceria ni, macam-macam diskaun dia bagi!

    ReplyDelete
  25. Tak tau pon pasal kad ceria ni. Banyak juga diskaun tu. Bertuahnya warga WP

    ReplyDelete
  26. memang patut pun uols cemburu dengan si pemegang kad ceria ni, memang banyak kelebihannya

    ReplyDelete
  27. cemburu kan..banyak kot diskau sehingga 70% kot! nak jugak kad ceria nih barulah best shopping.

    ReplyDelete
  28. TQ for infooo, nt akk nk apply lah!

    ReplyDelete
  29. Akak pun jeles gak. Apa2 pun warga wilayah mmg bertuah

    ReplyDelete
  30. Bagus sangat ada kad ceria ni, diskaun sampai 70%

    ReplyDelete
  31. Beruntungnya warga Wilayah Persekutuan ada kad ceria.

    ReplyDelete
  32. Memang patut dicemburui .. Huhu. Nak Juga...

    ReplyDelete
  33. Banyaknya manfaat kad ceria ni. Patutlah KC cemburu. Haha.. Untung siapa yang dah memiliki kad ceria.

    ReplyDelete
  34. Nak juga kad ceria ni. Kalau dapat confirm ceria je kan KC

    ReplyDelete
  35. Alahhh tuk warga KL je huhu..

    ReplyDelete
  36. Alahhh tuk warga KL je ke huh

    ReplyDelete
  37. Untunglah org wilayah.hehe.. tp suami sy pon ada kad privilage. So kira untung jugakla.hehe.. klu dpt duduk sana dpt lg kad cmni wahhh betambah untung.

    ReplyDelete
  38. Tahniah kerajaan WP atas inisiatif yang memfokuskan rakyat! - Mak Lin, Blog #CeritaMak

    ReplyDelete
  39. seronoknya jadi orang KL ni! kad ceria memang boleh buatkan orang ceria

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  40. untung la yang ada.. untung org KL

    ReplyDelete
  41. Ibu pun cemburu gak sb tak layak dah haha :)

    ReplyDelete
  42. Usaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.

    ReplyDelete
  43. untung siapa yang layak dapat.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p