Malam ni Malam Nisfu Syaaban "Allah mendengar doa kita tanpa hijab" - sayidahnapisahdotcom Malam ni Malam Nisfu Syaaban "Allah mendengar doa kita tanpa hijab"
LightBlog

Malam ni Malam Nisfu Syaaban "Allah mendengar doa kita tanpa hijab"

Nukilan dari seorang hamba Allah berkaitan dengan malam nisfu syaaban.. Maksud malam nisfu Syaaban = malam pertengahan Syaaban.

Malam ni Malam Nisfu Syaaban "Allah mendengar doa kita tanpa hijab"
Malam ni Malam Nisfu Syaaban | sumber: Google

Malam Nisfu Syaaban;

Allah mendengar doa kita tanpa hijab, malaikat turun ke langit dunia. Mencari siapa yang banyak dosa, melihat siapa yang mohon rezeki, mendengar rintihan orang yang ditimpa musibah. Oleh itu ...

1- siapa yang banyak dosa; minta ampun

2- siapa yang rezeki sempit; minta rezeki

3- siapa yang ditimpa musibah; mohon dipermudahkan urusan

🌷Kerana.. pada malam itu Allah melihat dan mencari para pendosa yang mohon taubat

🌷Kembalilah kepada Allah dalam keadaan sudah bertaubat dan Allah redha dengan kita

🌷Waktu akhir zaman banyak kematian mengejut

🌷Malam yang dikabulkan segala doa

🌷Tawaran hebat pada malam nisfu.. Diampunkan dosa walaupun sebanyak bulu-buku di badan kambing

🌷Payahnya kita nak bertaubat sebab terbeban dengan banyaknya dosa

🌷Start maghrib petang 14 syaaban hingga subuh 15 syaaban. Bersamaan Isnin 30hb April hingga Selasa 1hb mei.

sumber: Radio Ikim 27hb April 2018- Usrah Nurani


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS - Malam Nisfu Syaaban


عَنْ مُعَاذِ بن جَبَلٍ عَن ِالنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:"يَطَّلِعُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَى خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ"

Dari Muaz bin Jabal RA dari Nabi SAW baginda bersabda:
Allah mendatangi makhlukNya pada malam Nisfu Syaaban. Dia mengampuni makhluk kecuali orang musyrik (berbuat syirik) dan yang bermusuhan (HR Tobrani No: 16639) Status: Hadis Sahih


1.  Bulan Syaaban memiliki kelebihan tersendiri dimana merupakan bulan yang Rasulullah SAW paling banyak berpuasa sunat di dalamnya.

2.  Malam Nisfu Syaaban juga terdapat kelebihan dan keutamaan bagi mereka yang beribadat dengan diberikan keampunan kecuali kepada mereka yang syirik dan bermusuhan sesama mereka.

3.  Digalakkan kita memperbanyakkan ibadat dan memohon keampunan kerana  Nabi SAW bersabda:

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ فَقَدْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةً فَخَرَجْتُ فَإِذَا هُوَ بِالْبَقِيعِ فَقَالَ أَكُنْتِ تَخَافِينَ أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي ظَنَنْتُ أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ نِسَائِكَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعْرِ غَنَمِ كَلْبٍ

Dari 'Aisyah RA dia berkata, Pada suatu malam saya kehilangan Rasulullah SAW, lalu saya keluar, ternyata saya dapati baginda sedang berada di Baqi', baginda bersabda: "Apakah kamu takut akan dizalimi oleh Allah dan Rasul-Nya?" saya berkata, wahai Rasulullah, saya mengira tuan mendatangi sebahagian isteri-isterimu, baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah ta'ala turun ke langit dunia pada malam pertengahan bulan Syaaban, lalu mengampuni manusia lebih banyak dari sejumlah bulu kambing." (HR Tirmizi No:670)

4.  Ibnu Rajab mengatakan, berkaitan dengan malam nisfu Syaaban, para tabi’in penduduk Syam, seperti Khalid bin Ma’dan, Mak-hul, Luqman bin Amir, dan beberapa tabi’in lainnya memuliakannya dan bersungguh-sungguh dalam beribadah di malam itu” (Lathaiful Ma’arif, hlm. 247).

5.  Ulama bersetuju tidak ada jenis ibadat yang dikhususkan pada malam tersebut seperti tidak ada solat Nisfu Syaaban 100 rakaat, doa-doa khusus atau bacaan-bacaan khusus.

Marilah kita merebut peluang memperbanyakkan ibadat dengan solat sunat, zikir, membaca al-Quran, selawat, doa dan memohon keampunan setiap waktu dan masa.

sumber: Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

30hb April  2018 -14 Syaaban 1439H

1hb Mei 2018 - 15 Syaaban 1439H

Imam AsSyafi'i berkata:
"Doa mustajab adalah pada 5 malam, iaitu malam Jumaat, malam Aidil Adha, malam Aidil Fitri, malam pertama bulan Rejab dan malam Nisfu Sya'ban"

Post a Comment

2 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p