6 Anggota Bomba Terkorban Mati Lemas Mati Syahid - sayidahnapisahdotcom 6 Anggota Bomba Terkorban Mati Lemas Mati Syahid
LightBlog

6 Anggota Bomba Terkorban Mati Lemas Mati Syahid

6 Anggota Bomba Terkorban Mati Lemas | Pagi tadi buka whatsapp group family. Dapat berita tentang 6 anggota bomba yang terkorban mati kerana lemas di lombong. Innalillahiwainnailaihirajiun..

Ya Allah sayu je hati baca. Kakak saya yang pegawai bomba juga turut berasa sedih kerana arwah bomba adalah kawan kepada officemate beliau.
6 Anggota Bomba Terkorban Mati Lemas Mati Syahid
6 Anggota Bomba Terkorban Mati Lemas Mati Syahid
Berikut adalah laporan penuh kejadian:

03Oct2018/Selangor

Al-fatihah buat 6 anggota bomba yang meninggal lemas ketika search n rescue seorang murid tingkatan 5 terjatuh dalam lombong di La Cottage Putra Perdana.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera YAS Dato'/Tuan.

ANGGOTA PASUKAN PPDA JBPM SERAMAI 6 ORANG LEMAS KETIKA OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT DI AIR

Alamat: Lombong Taman Putra Perdana Berhampiran Perumahan Lokatish, Selangor
Mangsa: 7 orang (6 pegawai PPDA, 1 awam)
Balai Terlibat: BBP Cyberjaya, BBP Shah Alam, BBP Pelabuhan Klang
Pegawai Operasi: PBK II Nik Mustafa

Catatan: Kejadian melibatkan seorang lelaki terjatuh kedalam lombong. Mangsa belum dijumpai dan terdapat 6 orang pegawai bomba (PPDA) dilaporkan lemas ketika menjalankan operasi pencarian mangsa. Kesemua pegawai tersebut berjaya dinaikkan ke atas dan pasukan Perubatan yang berada dilokasi membuat CPR untuk menyelamatkan kesemua anggota PPDA yang lemas tetapi kesemua 6 orang pegawai bomba disahkan meninggal dunia. Maklumat kejadian akan kemaskini dari masa ke semasa.
6 Anggota Bomba Terkorban Mati Lemas Mati Syahid
6 Anggota Bomba Terkorban Mati Lemas Mati Syahid
6 Anggota Bomba Terkorban Mati Lemas Mati Syahid
6 Anggota Bomba Terkorban Mati Lemas Mati Syahid

6 Anggota Bomba Terkorban Mati Lemas Diiktibarkan Sebagai Mati Syahid

Oleh: Mufti Wilayah Persekutuan

Berita kematian enam anggota Bomba kerana ingin menyelamatkan mangsa berakhir dengan terkorban mati lemas menginsafkan kami, serta memberi makna yang mendalam pada maksud pengorbanan dalam tugas. Kami iktibarkan mereka sebagai syahid berasaskan kepada nas hadis:

الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ الْمَطْعُونُ وَالْمَبْطُونُ وَالْغَرِيقُ وَصَاحِبُ الْهَدْمِ وَالشَّهِيدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

Maksudnya: “Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas, ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah.”

Riwayat al-Bukhari (653)

Tetapi, kepada rakan kita ini, mereka jauh lebih mulia kerana bukan sahaja mereka mati lemas, tetapi menolong dan membantu mangsa sehingga terkorban. Mereka adalah insan-insan terpilih dan mempunyai hati yang suci serta amat memahami tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan, terutamanya dalam kecemasan hingga kepada nafas yang terakhir dan denyut nadi yang terakhir. Inilah syuhada’ kita. Semoga Allah menempatkan mereka bersama para nabi, al-siddiqin dan syuhada’. Amin.

Atas asas inilah, berhimpun pada kami perasaan dukacita di atas perkara dan tragedi yang berlaku dan gembira atas semangat yang ditunjukkan, yang kami sifatkan luar biasa.

Syabas Bomba Malaysia dan juga kepada mereka yang bertindak seperti syuhada’ kami ini.
Kepada ahli keluarga, bertabahlah. Insha Allah setiap apa yang telah berlaku pasti ada hikmah yang kadang-kadang amat sukar ditafsirkannya. Dengan berharap kepada Allah SWT, berdoalah dengan kesabaran yang tinggi, Insha Allah akan datang bantuan daripada-Nya.

Kepada rakyat Malaysia, saya syorkan agar dihulurkan bantuan kepada kaum keluarga untuk meringankan beban mereka dan terus dapat meneruskan kehidupan sekalipun diuji dengan perpisahan orang tercinta.

Kepada kerajaan Malaysia, kami syorkan agar diberikan anugerah kecemerlangan dan dinaikkan pangkat mereka untuk memberi sedikit kelegaan kepada ahli keluarga mereka. Sesungguhnya, inilah staf kerajaan dan pekerja di era Malaysia baru yang sanggup berkorban apa sahaja.

Akhir kalam, marilah sama-sama kita merafakkan doa agar mereka semua ditempatkan pada kedudukan yang terpuji di sisi Allah.

Al-Fatihah buat mereka. Sekali lagi, takziah buat keluarga.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُمْ وَارْحَمْهُمْ، وعافِهِمْ واعْفُ عَنْهُمْ

Amin…

Akhukum fillah,
S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
4 Oktober 2018 bersamaan 24 Muharram 1440 Hijrah.
6 Anggota Bomba Terkorban Mati Lemas Mati Syahid
6 Anggota Bomba Terkorban Mati Lemas Mati Syahid
Allahu... cemburunya dengan kematian mereka. Mati ketika sedang berbakti pada Negara, mati ketika membuat kebaikan, mati syahid, bau kain kapan yang wangi semerbak kasturi. Bagaimana nasib kita nanti? Moga pengakhiran kita semua pun baik baik belaka aamiin.

Marilah kita sama sama sedekahkan AlFatihah buat hero pejuang Negara yang sanggup berkorban nyawa demi menyelamatkan insan yang lemas.

Al Fatihah~

Post a Comment

9 Comments

  1. sedih sangat bile baca berita pasal petugas bomba ni. Tak sangka niat nak selamatkan berakhir dengan kisah duka. Mayat budak tu pun dah jumpa. Semoga ditempatkan di kalangan yang beriman dan roh mereka dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  2. Golongan mati syahid sebagai hero negara, mereka berjaya di dunia dan di akhirat. Insaf sungguh cheq dengan berita pemergian mereka ni. Innalillah, Al-Fatihah...takziah kepada keluarga mereka semua.

    ReplyDelete
  3. the unsung heroes. waktu hidup tak dikenali, dah pergi, menjadi doa di bibir orang ramai. syahid untuk mereka :') mati itu dekat mana-mana boleh. tengah blogwalking pun tetiba boleh kejung kaki tangan - meninggal. allah.

    ReplyDelete
  4. semoga mereka ditempatkan dengan orang2 yang beriman

    ReplyDelete
  5. اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُمْ وَارْحَمْهُمْ، وعافِهِمْ واعْفُ عَنْهُمْ

    ReplyDelete
  6. semoga mereka ditempatkan dikalangan org2 beriman..

    ReplyDelete
  7. sgt sedih.
    moga kesemua arwah di tempat org2 yg beriman.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p