Berbalas pantun 4 kerat | jual beli pantun melayu SAVAGE! - sayidahnapisahdotcom Berbalas pantun 4 kerat | jual beli pantun melayu SAVAGE!
LightBlog

Berbalas pantun 4 kerat | jual beli pantun melayu SAVAGE!

Berbalas pantun 4 kerat | Rindunya saya pada pantun 4 kerat! Yelaa sekarang ni kan asyik pantun 2 kerat je hahaha. Pantun empat kerat nak karang secara spontan agak susah melainkan orang tu memang mahir & skillful bab buat pantun.

Saya tak berapa mahir tapi saya minat dan suka la pantun pantun ni. Pernah jadi wakil pantun sekolah dan semasa di Universiti. Tapi kalah lah hahahahaha. Tak masuk suku akhir pun, apatah lagi ke final ish ishhh. Nampak laaa tak berapa nak berbakat tu kan haha.


Berbalas pantun 4 kerat | jual beli pantun melayu SAVAGE!


Baru baru ni jumpa pantun 4 kerat yang ditulis oleh Hazeman Huzir; producer Hlive & motif viral. Beliau berbalas pantun dengan followers instagram beliau di IG story. Best sangat! Ala ala jual beli pantun gituww. Semua pantun yang dibuat oleh beliau deep, sentap dan mantap! Ada yang unsur lawak sikit di bahagian pembayang tapi masuk part maksud savage giloss hahaha. Maksud yang mengandungi nasihat, islamik, sarkastik (perli) dan ada juga yang menyentuh tentang isu semasa.

Yang lagi bestnya, beliau balas both pembayang dan maksud pantun orang tu. Perghhh terbaik lah!
Berbalas pantun 4 kerat | jual beli pantun melayu SAVAGE!
Berbalas pantun 4 kerat | jual beli pantun melayu SAVAGE!
Sampah diletak lalu dialih
Dialih pula ditepi kereta
Wanita sekarang amat memilih
Memilih pula lelaki berharta

Balas:
Apa nak heran sampah dialih
Sampah sendiri pun tuan lupa
Apa nak heran wanita memilih
Kalau jantan pun memilih rupa?
Berbalas pantun 4 kerat | jual beli pantun melayu SAVAGE!
Berbalas pantun 4 kerat | jual beli pantun melayu SAVAGE!
Lamar aku cepat cepat,
Jumpa bapaku hati hari,
Sudah mengorat tak dapt dapat,
Terpaksalah aku hidup sendiri.

Balas:
Pada jejaka yang datang merisik,
Balasnya ayahku berulang kali,
"Nafsumu menjerit, iman berbisik"
"Wajahmu di masjid jarang sekali"
Berbalas pantun 4 kerat | jual beli pantun melayu SAVAGE!
Berbalas pantun 4 kerat | jual beli pantun melayu SAVAGE!
Bertahun sudah menyulam cinta,
Cincin di jari penanda ikatan,
Apa maknanya sumpah setia,
Jika rupa menjadi taruhan.

Balas:
Aneh aku pada si alpa,
Asyik cinta yang jadi taruhan,
Apakah kahwin kerana rupa,
Bukan untuk redhanya Tuhan?
Berbalas pantun 4 kerat | jual beli pantun melayu SAVAGE!
Berbalas pantun 4 kerat | jual beli pantun melayu SAVAGE!
Pergi ke kedai mencari lada,
Penatnya tidak terhenti,
Buat pengetahuan anda,
Disebabkan bola ada yang mati.

Balas:
Tidak ku kisah siapa berlawan,
Bersukan hanya sakitkan lutut,
Buat juga pengetahuan tuan,
Ramai mati angkara mulut
Berbalas pantun 4 kerat | jual beli pantun melayu SAVAGE!
Berbalas pantun 4 kerat | jual beli pantun melayu SAVAGE!
Tanam pinang pinang rapatrapat,
Biar senang puyuh berlari,
Ku pinang pinang tak dapat,
Ku pujuk pujuk ku bawa lari.

Balas:
Penat-penat minyak ditatangkan,
Ini pesan si ayah memerli;
Susah-susah aku besarkan,
Senang-senang engkau cabuli.
Berbalas pantun 4 kerat | jual beli pantun melayu SAVAGE!
Berbalas pantun 4 kerat | jual beli pantun melayu SAVAGE!
Salam sejahtera ucapan diberi,
Pada jejaka berambut putih,
Ke mana hala media sosial kini,
Jika tuan bisa celoteh?

Balas:
Salam hormat si Puteh ucapkan,
Harap terima saya membalas,
Ramai terhibur tarian pondan,
Penunggang agama kian mengganas.
Berbalas pantun 4 kerat | jual beli pantun melayu SAVAGE!
Berbalas pantun 4 kerat | jual beli pantun melayu SAVAGE!
Sayang sahabat begitu jitu,
Dilaku aku di sia sia,
Bodohkah aku masih di situ,
Tidak berganjak kerana setia?

Balas:
Bijih saga muat ditangan,
Pohon kekabu merbah hinggap;
Manusia membiak ramai bilangan,
Dan satu itu yang kau hadap?
Berbalas pantun 4 kerat | jual beli pantun melayu SAVAGE!
Berbalas pantun 4 kerat | jual beli pantun melayu SAVAGE!
To move the boat we call it row,
To move the bus we must drive,
Every people have their sorrow,
Don't judge them it is life.

Balas:
To judge is Human,
Errare Humanum Est;
'To Err is Human',
In Latin at its best.
Berbalas pantun 4 kerat | jual beli pantun inggeris SAVAGE!
berbalas pantun english hehehe
Best kan? Seronok baca. I wish I can be as good as him berpantun 4 kerat haha.

Tapi.. Last pantun je yang saya tak faham maksudnya. Korang faham tak?


Post a Comment

4 Comments

  1. Wahh pandainya buat pantun, kaella tak berapa nak tahu bab pantun ni,,

    ReplyDelete
  2. tak follow dia, tapi lepas baca awak punya entry, okay, kite terus follow hahaha

    ReplyDelete
  3. Umi suka baca pantun dan rindu nk berpantun hahaaa

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p