Resepi Popia Goreng Sambal Pedas Mudah dan Sedap | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Malam-malam ni saya buat entri menguji nafsu makan anda sikit la ye hahaha. Which is resepi popia goreng sambal pedas mudah dan sedap aummm!
Okay, ambil aura dulu dengan tengok gambar di bawah...
Resepi Popia Goreng Sambal Pedas Mudah dan Sedap! |
Perghhh! Tertelan air liur den. Ehhh. haha.
Usually popia sambal goreng mahupun popia basah sambal biasa dijual di pasar tani, pasar pagi, pasar malam mahupun bazar Ramadan kan? Kat gerai gerai tepi jalan pun kebiasaannya mesti ada lah kuih popia ni.
Usually popia sambal goreng mahupun popia basah sambal biasa dijual di pasar tani, pasar pagi, pasar malam mahupun bazar Ramadan kan? Kat gerai gerai tepi jalan pun kebiasaannya mesti ada lah kuih popia ni.
Kali ni, siapa yang nak cuba sendiri masak popia goreng sambal di rumah, boleh try resepi ini. Nampak sangat mudah dan tak renyah sangat cara membuatnya. Visual nya pun sangat menggoda dan nampak sedap!
Resepi Popia Goreng Sambal Pedas Mudah dan Sedap!
Sumber resipi: Resepi Makanan Malaysia
Resepi Popia Goreng Sambal Pedas Mudah dan Sedap! |
RESEPI POPIA SAMBAL
Bahan-bahan:
Sambal
Segenggam cili kering
1 sudu udang kering
1 labu bawang putih
1/2 cawan gula
Garam secukup rasa
Popia
Kulit popia
Karot (carrot)
Sengkuang
Cara-cara:
1. Rebus cili kering hingga lembut dan kisar bersama bawang putih dan udang kering. Tambahkan sedikit air sahaja.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
3. Kemudian masukkan gula dan garam.
4. Sagat karot dan sengkuang hendahlah dipotong mancis.
5. Toskan sayur atas tisu supaya sayur kering.
6. Gulungkan sayur menggunakan kulit popia dan pastikan lekat menggunakan air supaya popia tidak terbuka ketika menggoreng.
7. Goreng popia dengan api yang sederhana kuat dan minyak hendaklah betul-betul panas.
8. Golekkan popia yang telah digoreng bersama sambal manis. Taburkan bijan dan sedia dihidang.
Resepi Popia Goreng Sambal Pedas Mudah dan Sedap! |
Selamat mencuba!
Daa~ wassalam! :)
9 Comments
menyesal pula tengok malam-malam macam ni,dah rasa lapar
ReplyDeletehiks, buat lapar la pula. hehe.
ReplyDeleteGambar popia tu yg masak sendiri ke? Nampak sedap giler
ReplyDeletesedapnya , rangup bila makan
ReplyDeletemeleleh air liur tengok wehhhh...Fevret nih...huhu
ReplyDeletewhy is everybody posting about delicious foods!!!!! im hungreyyy
ReplyDeleteRajin beli kuih nie masa bulan puasa.
ReplyDeleteJemput join, meh ler meramaikan dan memeriahkan suasana.
https://hanifadhlinaabdulrahman.blogspot.com/2018/11/segmen-bloglist-2019.html
sedapnya tengok popia....kak zi minat sungguh dengan popia ni.
ReplyDeleteOwh my..mengundang betoi popia nih huhu
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p