RESEPI DAGING MASAK HITAM Simple, Mudah dan Cepat! - sayidahnapisahdotcom RESEPI DAGING MASAK HITAM Simple, Mudah dan Cepat!
LightBlog

RESEPI DAGING MASAK HITAM Simple, Mudah dan Cepat!

Resepi DAGING MASAK HITAM Simple, Mudah dan Cepat! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Belum terlambat lagi nak ucap kan? Selamat Hari Raya Aidiladha! Maaf zahir batin yew hehehe. So.. cuti dah habis? Already back to work? Atau masih meluangkan masa bersama dengan yang tersayang di kampung terchenta? Tak kisah lah mana mana, but for sure bila Raya Haji mesti ramai yang dapat daging korban kan? OF COURSEEE!

Mana yang banyak terima 'bekalan' daging dari orang atau surau, mesti kehabisan idea nak buat masakan daging apa kan? hahaha.

Macam kes saya, umi masak rendang daging semalam. Harini daging goreng kunyit. Lepastu ada dapat daging lagi dari surau. Hah resepi daging mana pula yang nak buat next ni?

Maybe this MENU daging masak hitam?

MAYBE.

Nampak mudah sungguh step step dia hehehe.

RESEPI DAGING MASAK HITAM Simple, Mudah dan Cepat!

Resipi oleh: CikPuan Amanina

resepi daging masak hitam
resepi daging masak hitam
RESIPI DAGING MASAK HITAM:

Bahan bahan:

1 kg daging – dipotong dan dibersihkan dengan tepung gandum
1/4 botol kecil kicap pekat
1/4 botol kicap manis
2 sudu besar gula pasir
5 sudu besar gula merah masak dengan air sikit tapis bubuh dalam daging
3 sudu besar air asam jawa
Garam
Minyak masak

Bahan kisar:

5 batang serai
15 tangkai cili kering - direbus dulu
5 inci halia
5-6 biji bawang besar
5 biji buah keras (untuk rasa lemak)
1 labu bawang putih

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar dan daging yang dipotong tadi.

2. Biarkan masak sehingga daging lembut dan pecah minyak.

3. Masukkan air asam jawa, gula pasir, air, gula merah dan garam.

4. Masak sehingga kuah agak pekat bersalut.

5. Bila kuah dah pekat, tutupkan api. Bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidang.

Tips:

1. Nak mudah, masak dulu daging dengan pressure cooker bagi cepat empuk.
2. Boleh juga ganti gula merah dengan gula Melaka.
3. Jika suka, masukkan sekali bawang besar hiris sebagai hiasan.

#MenuAidilfitri
#ResepiAidilfitri
#MenuRaya
#ResepiRaya

Tips tambahan dari saya sendiri:

1. Kalau takde pressure cooker untuk empuk kan daging.. just rebus daging dalam periuk. nak bagi lagi cepat proses rebusan tersebut, masukkan sudu/senduk besi ketika rebus.

Umi saya selalu buat macam tu sebab kat rumah ni there is no pressure cooker hahaha.

2. Umi kebiasaannya tak buang air rebusan daging tu, sebaliknya umi manfaatkannya dengan cara masukkan dalam masakan.

Because air rebusan daging tu ada rasa sweet, manis daging yang tersendiri.

3. Last but not least.. tapi ni tips kesihatan a.k.a pesanan ikhlas dari penaja. ehh haha.

Tak boleh makan daging selalu; especially daging lembu. Kerana dalam daging ada asid. Kalau makan selalu, tak elok. Tak baik untuk kesihatan.

Tapi saya pernah dengar, daging kambing okay kalau nak makan selalu. Yang tak boleh kerap, daging lembu. Jika saya silap, betulkan ye hehe.

Okay itu sahaja.

Till next time, daa~ wassalam! :)

Post a Comment

7 Comments

  1. sedap dan mudah.. Sedap betul kalau dapat makan daging..

    ReplyDelete
  2. Ya Allah masuk-masuk aje nampak gambar daging tu, sungguh menyentuh hati..berdebar rasa hahahaha...nak kena buat gak ni, ada 3 kg daging kurban hehehe

    ReplyDelete
  3. Memang sedap.. buat lah pedas2 manis.. kicap pekat.. makan dengan nasi panas lembik2 sikit.. auuuuwww...!! :)

    diet..? what..?!!

    ...

    ReplyDelete
  4. aduh menggoda nya tengok gambar. nasib baik perut dah kenyang lunch tadi. haha

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap betul menunya😋.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p