Mejar Zahir Armaya meninggal dunia ketika demonstrasi tembakan peluru hidup | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Petang tadi dikejutkan dengan berita seorang komando Mejar Zahir Armaya; anak lelaki kepada pelakon dan pelawak AR Badul; berumur 36 tahun; telah meninggal dunia akibat ditembak peluru hidup (yang tersasar) oleh rakan tenteranya.
Ianya berlaku semasa demonstrasi tembakan peluru hidup.
Mejar Zahir Armaya meninggal dunia |
"Berita sedih diterima sebentar tadi.
Dimaklumkan bahawa Mejar Zahir bin Armaya, Pegawai Regimen 11 Gerakhas (anakanda AR Badul) telah kembali ke Rahmatullah.
Tercedera semasa demonstrasi tembakan peluru hidup sempena Paluan Berundur Markas Briged Ke-5 Infantri, Kem Lok Kawi pagi tadi. :(
Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa'fuanhu."
Innalillahiwainna ilaihiraji'un~
Mejar Zahir Armaya meninggal dunia |
Pegawai Mejar Mohd Zahir Armaya Meninggal Dunia
RINGKASAN KEJADIAN:
Pada 04 Sep 2019, pegawai tersebut yang sedang melaksanakan demonstrasi gimik sempena penubuhan 5 Div telah membuat aksi tembak menembak dengan rakannya, Lt Kol Mohd Razahar.
Semasa aksi tersebut, Mej Zahir melakonkan aksi menembak Lt Kol Razahar menggunakan pistol dimana kedua-dua pegawai tersebut telah memakai jaket keselamatan bersama plet kalis peluru di bahagian yang akan ditembak.
Tembakan balas oleh Lt Kol Razahar kepada Mej Zahir telah tersasar sedikit dan terus terkena ke badan Mej Zahir. Mej Zahir telah ditarik keluar dari lokasi kejadian dan telah mendapat rawatan kecemasan awal dari pasukan perubatan yang bertugas.
Mej Zahir tidak memberikan tindakbalas dan terus dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah.
Mej Zahir telah disahkan meninggal dunia oleh doktor pada jam 0920h.
Jenazah akan diuruskan oleh pihak hospital setelah selesai bedah siasat. Jenazah dijangka akan dibawa ke Masjid As-Salam, Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah dan akan disolatkan di masjid yang sama.
SUMBER: Media
Mejar Zahir Armaya meninggal dunia |
Mejar Zahir Armaya meninggal dunia |
"TDM (Tentera Darat Malaysia) akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenalpasti punca kejadian."
Mejar Zahir Armaya meninggal dunia |
Moga arwah ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh. Aamiin~
AL-FATIHAH.
4 Comments
Al-Fatihah
ReplyDeleteSemoga rohnya dicucuri rahmat
inilah dinamakan wira..
ReplyDeletegugur ketika berlatih dan dalam pakaian seragam..
semoga arwah ditempatlkan bersama roh golongan yang beriman..
aamiin
Innalillahiwainnalillahirajiun. Takziah buat keluarga arwah dan semoga arwah ditempatkan dikalangan org yang beriman
ReplyDeleteInnalillahiwainnalillahirajiun, salam takziah kepada A.R.Badul dan keluarga Arwah. Amat bangga dengan pencapaiannya dalam tentera. Nak Masuk Gerakhas kena lulus jadi tentera dulu. Lepas tu macam-macam halangan kena tempuh nak jadi GGK, Walaupun Ayahnya sekadar pangkat "prebet lapok" sahaja.
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p