Sultan Ismail Petra (ayahanda Sultan Kelantan) mangkat
![]() |
Sultan Ismail Petra (ayahanda Sultan Kelantan) mangkat |
Dukacita dimaklumkan bahawa DYMM Sultan Ismail Petra Ibni Al-Marhum Al-Sultan Yahya Petra (ayahanda Sultan Kelantan) telah mangkat pada jam 8.11 pagi tadi di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan.
Innalillahiwainna ilaihiraji'un...
Innalillahiwainna ilaihiraji'un...
![]() |
Sultan Ismail Petra (ayahanda Sultan Kelantan) mangkat |
Jenazah Al-Marhum DYMM Sultan Ismail Petra akan dibawa ke Istana Balai Besar untuk Istiadat Penghormatan kali terakhir dan dijangka Istiadat Pemakaman akan dilangsungkan selepas solat asar di Makam Diraja Langgar Kota Bharu Kelantan.
![]() |
Sultan Ismail Petra (ayahanda Sultan Kelantan) mangkat |
Etika Berpakaian Bagi Kerabat:-
- Baju Melayu Putih
- Bersampin Putih
- Songkok Hitam beralas kain putih diatas
- Baju Kurung Putih (Bagi Perempuan)
Etika Berpakaian Bagi Orang Awam:-
- Baju Melayu Putih
- Bersampin Putih
- Bersongkok Hitam beralas kain putih diatas
- Baju Kurung Putih (Bagi Perempuan)
Al-Fatihah..
![]() |
Sultan Ismail Petra (ayahanda Sultan Kelantan) mangkat |
"Dengan penuh takzim dukacita dimaklumkan kemangkatan KDYMM Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, pada jam 8:11 a.m. 28 September 2019, di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu, Kelantan" - Dr. Wan Azizah Ismail.
![]() |
Sultan Ismail Petra (ayahanda Sultan Kelantan) mangkat |
Moga Almarhum ditempatkan dalam dalam kalangan mereka yang beriman dan dilimpahi rahmat Allah yang Maha Luas. Aamiin ya Rabbal 'alamin..~
PENGUMUMAN KHAS
Kelantan diisytiharkan cuti selama dua hari bermula esok.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakobb mengumumkan hari Ahad dan Isnin (29 & 30 September 2019) sebagai cuti peristiwa di Kelantan.
Cuti itu bagi menghormati kemangkatan Sultan Ismail Petra. .

4 Comments
Merafak sembah takziah buat Sultan kelantan, kerabat kelantan dan rakyat kelantan. Semoga Almarhum ayahanda sultan Kelantan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman
ReplyDeleteInnalillahiwainna ilaihiraji'un dan salam takziah buat keluarga diraja Kelantan
ReplyDeleteSalam takziah kepada seluruh Kesultan KELANTAN.
ReplyDeleteAl-Fatihah
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p