AWAS! Ada 'benda' yang tak best tentang Langkawi! | Assalamualaikum dan selamat
sejahtera semua~! Bila orang sebut pasal Langkawi, mesti teringat tentang kes
viral yang panas haritu kan? Alaa yang tuu.. yang Neelofa dan PU Riz 'lepas'
rentas negeri ke Langkawi selepas berkahwin tuu.. Haa betul betul kontroversi!
Menimbulkan tanda tanya ramai netizen "aik pergi honeymoon ke tu?” dan
mula lah ada yang buat spekulasi “macam mana boleh dapat kelulusan surat polis kalau
berbulan madu?". Sekejap je
tersebar. Sana sini beri komen yang tidak puas hati dengan ketidakadilan
tersebut. Tapi saya bukan lah nak ulas pasal tu hahaha.
Saya nak dedahkan apa yang tak best kat Langkawi ni!
AWAS! Ada 'benda' yang tak best tentang Langkawi!
Eh? Selalunya orang cerita
tentang yang best best je pasal Langkawi ni.. Kalau tanya rata rata penduduk
Negara Malaysia ni, mesti cerita yang indah indah jelah pasal Langkawi. Yelah
kan, Pulau Langkawi adalah salah satu pulau yang popular, tercantik dan bersih
di Malaysia. Salah satu aset dan kebanggaan Malaysia.
Para pelancong sama ada dari luar
dan dalam Malaysia sentiasa mengintai peluang nak pergi ke sana. Yang nak buat
gathering, reunion, kem Universiti, lawatan dan bercuti bersama keluarga pun
ramai hah. Tambahan lagi boleh naik feri sambil menikmati keindahan alam
semesta sejuk mata memandang, sejuk lagi hati dan jiwa.
Tak lupa juga! 'Syurga' coklat
yang menjadi antara tarikan utama Langkawi yang tak sah lah kalau tak pergi.
Kira macam wajib lah kena singgah. Dan kalau dah singgah, kena hati hati lah ya.
Takut tersesat.. tak jumpa jalan keluar. Kang makin lama duduk dalam tu, lagi
banyak ‘ter’beli nya tu hahaha.
Okay back to topic..! Tiba tiba
nak habaq mai pasai benda yang tak best ni? Macam tak percaya je. Apa yang tak
puas hati sangat tu cik Sayidah uit?
Ok lah. Cuba bayangkan…
… time time PKP PKPB PKPD PKPP ni..
terrrtengok pulak gambar gambar menggoda menawan dan memikat hati FIVE (5) star
hotel di Langkawi yang persis dalam drama Korea (k-drama); yang selalu kita lihat
dan terfikir “ada ke tak kat Malaysia visual yang mewah dan sophisticated seperti
ini?”.
Yes, ada! The Datai Langkawi
adalah satu nya yang saya ushar kat Traveloka kelmarin. Memang superb marvelous delicious okayyyhh!
hotel the datai langkawi kedah staycation bercuti |
hotel the datai langkawi kedah staycation |
hotel the datai langkawi kedah staycation |
hotel the datai langkawi kedah staycation |
hotel the datai langkawi kedah staycation |
hotel the datai langkawi kedah staycation |
hotel the datai langkawi kedah staycation |
hotel the datai langkawi kedah staycation |
hotel the datai langkawi kedah staycation |
Rasa nak je masuk dalam gambar tu
kejap hahaha. Suasana yang damai, private swimming pool private yang cantik,
dekorasi dan interior serta exterior design yang kelihatan sangat serasi dengan mood sekeliling
termasuk lah saya yang berada di Hulu Langat ni ha.
Tapi hmm.. Dah lah saya tak
pernah lagi pergi berbulan madu dengan suami tercinta sejak bernikah pada
Februari yang lepas. Kalau nak pergi ke Langkawi untuk honeymoon sekarang ni confirm
tak lepas! Tu yang saya cakap tadi tak best tu! Pasal tu lah.
Dengan kes positif covid yang
makin nak dekat Raya 2021, makin menunjukkan taring bisanya.. memang tiada
harapan lah. Nak balik kampung jumpa mak ayah pun tak boleh, apatah lagi atas
tujuan suka suka yang tiada kepentingan kan.
Haa, pada yang berada di Kedah
tu.. Syok lah awak ya. Boleh staycation bercuti di negeri sendiri bersama yang
tersayang, boleh release tension bermalam di hotel hotel yang menggiurkan
seperti The Datai dan boleh borong coklat murah bila bila masa fuh! Jealous
kejap! Hahaha.
Okay itu sahaja.. Kita dah berada dalam 10 malam terakhir Ramadan, moga diberi kekuatan dan kekhusyukan untuk beribadah serta mengejar pahala berlipat kali ganda.. Aamiin. Till next time, daa~ wassalam!
8 Comments
Mungkin kosnya tak terjangkau tangan
ReplyDelete(bagi wak lah)
Fuh.
ReplyDeleteSalam sepuluh Ramadan terakhir ya.
ala.. rindunya langkawi. mama terpaksa cancel flight dan hotel disebabkan covid ni
ReplyDeleteSelamat hari raya!
ReplyDeleteJom join Giveaway Raya 2021 - Duit Raya by Bola Katok.
https://bolakatok.blogspot.com/2021/05/giveaway-raya-2021-duit-raya-by-bola.html
cantiklah tmpat ni KC, tp harga mmg kak pip x mampu la kot nak nginap sini.
ReplyDeletecantiknya... tak pernah ke langkawi lagi...
ReplyDeletecantiknya laa. rindu nak holiday.. huhu.. lama sungguh tak singgah blog kc!
ReplyDeleteya ampunn.. cantiknyaa. rindu nak gi bercuti huhu
ReplyDeleteside income malaysia
jana pendapatan
cara memulakan perniagaan
Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p