Cara buat duit online tanpa modal | Jana pendapatan dari rumah 3k sebulan dengan Affiliate involve asia! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! Ramai orang tanya macam mana cara jana pendapatan dari rumah tanpa keluarkan modal atau kos satu sen pun? Bagaimana cara buat duit online tanpa modal dengan hanya duduk di rumah; ditemani internet dan phone; pada musim pkp ini? Saya akan share satu cara yang saya experience sendiri bulan lepas apabila saya berjaya jana income sebanyak RM3000++ dalam masa satu bulan!
Speechless.. seriously. Tak sangka sangat. Saya memang dari dulu; sejak habis degree (2016) hingga sekarang bekerja sendiri. But this is the first time saya boleh buat duit 3k sebulan dengan hanya satu 'kerja' sahaja.. Pencapaian dan pengalaman yang sangat berharga ni saya akan kongsikan pada semua..
MACAM MANA CARA NAK JANA PENDAPATAN DARI RUMAH TANPA MODAL?
Ada sesetengah orang jana pendapatan sampingan dengan buat bisnes niaga barang/servis, jadi dropship/ agen/ stokis, join insurans takaful, emas public gold, essential oil young living, norwex, coway, cuckoo, shaklee dengan menjadi seorang perunding (advisor)..
Ada yang buat duit di tiktok, instagram, facebook, twitter dengan jadi influencer.
Ada yang jana income usd daripada channel youtube, blog, website forum dan sebagainya.
Macam macam cara yang boleh kita jana pendapatan sampingan dari rumah kan? Lebih lebih lagi sekarang ni zaman yang sangat mencabar; musim covid19. Semua orang kena duduk rumah. Apa apa aktiviti atau shopping guna online saja. Smartphone, laptop.. setiap orang dah wajib ada termasuk pelajar sekolah. Jadi.. kita perlukan kreativiti, kerajinan dan kebijaksanaan mengatur strategi dalam mendapatkan wang.
BUAT DUIT ONLINE MUDAH DENGAN LINK AFFILIATE INVOLVE ASIA
Saya dari dulu memang dah tahu pasal affiliate programme ni. Kalau sesiapa yang tidak tahu atau belum familiar lagi tentang APA ITU AFFILIATE DAN BAGAIMANA IANYA BERFUNGSI..
Secara asas konsepnya.. kita promote sesuatu link - > orang klik link tersebut - > dia beli - > kita dapat komisen daripada pembelian tersebut. Affiliate link namanya.
Yang lagi bestnya, kita sendiri boleh klik link affiliate tu and then beli. Kalau ada barang yang kita nak beli, tukarkan dulu kepada link affiliate dan kemudian purchase. Dapat komisen.
Sebelum ni, saya pernah je join beberapa affiliate program pada 2, 3 tahun yang lepas tapi tak pernah pun dapat hasil sebab tak tahu nak promote acamno.
Dan rasa macam susah. Tak reti nak buat ayat pujuk memujuk orang untuk beli sesuatu. Tak faham macam mana cara nak generate link affiliate dan tengok statistik bagai. Rumit lah senang cerita haha.
Sehingga lah.. Dua bulan lepas; Julai 2021, saya decide nak join affiliate shopee, lazada dan involve asia. Haa tiga tiga terus saya join sebab tengah semanagt time tu kan. Lagipun ushar kat twitter macam ramai je orang yang buat duit online dengan cara tu.
Tapi yang saya boleh simpulkan.. affiliate yang paling mudah (tak pening cara dan prosesnya) dan melekat duit masuk ke dalam akaun saya adalah INVOLVE ASIA.
JANA INCOME 2-4 ANGKA DENGAN AFFILIATE INVOLVE ASIA.. BAGAIMANA CARA DAFTAR?
Macam mana cara nak join affiliate involve asia? Okay kena lah register terlebih dahulu. Don't worry, i will show it to you step by step.
First, klik https://invol.co/cl5v3bz untuk sign up. Kalau korang sign up dengan link tersebut (https://invol.co/cl5v3bz), bonus RM5 akan dimasukkan ke dalam akaun affiliate korang nanti tau! Haa mula mula lagi dah ada duit, bestnya!
Okay.. lepas dah sign up, isi maklumat details apa yang patut.
Kemudian, akan diberi email untuk confirmation activation. Buka je email then klik link untuk complete registration.
cara buat duit online tanpa modal |
cara buat duit online tanpa modal |
cara buat duit online tanpa modal |
Lepastu, update billing details semua dan kena tunggu Involve Asia untuk approve property (FB/blog/twitter/instagram) kita dalam masa 48 jam maksimum.
Bila dah approve, dah boleh start!
cara jana pendapatan dari rumah 2021 |
cara jana pendapatan dari rumah 2021 |
cara jana pendapatan dari rumah 2021 |
cara jana pendapatan dari rumah 2021 |
Okay after that.. Selepas dah daftar, belek belek lah sikit.. explore sendiri macam mana cara nak dapatkan link affiliate (convert link Shopee/Lazada/etc kepada affiliate link dengan menggunakan deeplink generator), membership, commision conversion rate, dan lain lain lagi.
Memang pening ya sikit untuk permulaan sebab benda baru kan. Rasa macam nak give up pun ada. Tapi don't give up! Alah bisa tegal biasa gitu.
Siapa siapa yang masih 'takut' untuk sign up sebab tak faham cara nak daftar bagaimana.. saya ada tunjuk cara sign up affiliate involve asia di video bawah ini :
Saya pun selepas dah sign up, try sendiri dengan klik link affiliate Shopee sendiri punya - > add to cart - > check out. Sebab nak uji betul ke berfungsi affiliate aku ni haa.
Selepas dah siap order bayar semua, excited laaa sorang sorang tengok akaun affiliate. Nak tengok result. Ada berubah ke estimated earning den dari angka RM0. Tapi unfortunately, tak berubah ya uols. Hahaha! Saya pujuk lah hati ku. "kena tunggu esok kot baru dia masuk duit komisen tu"
Keesokan harinya, excited semula. Check akaun hampir setiap saat ya hahahaha. Dan akhirnya! Ada perubahan! Beberapa ringgit muncul!
Walaupun amount nya sikit, tak sampai pun 10 hinggit tapi teruja dan bersyukur! sebab yelah. Hanya dengan klik link and then beli barang boleh dapat duit.
Cuba bayangkan orang yang shopaholic; gila shopping and bila bila nak beli barang mesti lebih suka beli online di Shopee Lazada Zalora for safety.. Dah berapa banyak mereka boleh buat duit dengan hanya membeli barang sendiri sahaja? Kan?
CARA BUAT LINK AFFILIATE
Sebelum nak promote, kita kena tukar dulu link barang tersebut kepada link affiliate. We must generate our affiliate link by using deeplink generator.
Caranya..
1. Pergi ke Promotion - > Deeplink Generator
2. Choose your Property - buat je nama apa apa. Your name or Shopee ke or Lazada ke. dia macam tajuk kategori maksudnya. For example, i write my own name - sayidah.
3. Search or Paste Advertiser URL - link barang yang kita nak promote atau beli. Contohnya kalau Shopee, copy link and then paste di situ.
4. Optional : Add Sub IDs - ni saya abaikan saja hehe.
5. Lepastu klik Generate.
6. Akan muncul link affiliate, klik copy.
MACAM MANA BOLEH BUAT DUIT DARI RUMAH SEHINGGA 3K DALAM MASA SEBULAN?!
Ni pengalaman saya pada bulan lepas.. Saya ada promote link affiliate pulse oximeter di blog, facebook dan twitter. Dan ianya menjadi viral sebab masa tu memang tengah hangat orang duk perkatakan.
Nak dijadikan rezeki saya.. kemuncak naiknya sale amount affiliate saya bila post tu viral. Macam mana boleh viral?
Selepas Shuib pesan di live ig beliau untuk beli oximeter (untuk pantau kadar oksigen) kerana isterinya, arwah Siti Sarah dah beberapa hari level oxygen bawah 94% tapi still tidak pergi ke hospital dan akibatnya, memakan diri sendiri.
Tambahan lagi, bila viral di twitter.. Siakap Keli telah meminta izin untuk kongsikan thread tweet saya tersebut di blog dan facebook mereka. So, link affiliate yang saya attachkan sekali tu mereka masukkan semuanya.
Baru baru ni pun saya ada buat post di twitter berkaitan oximeter palsu dan once again menjadi viral. Caranya.. saya upah 2-3 tweetfamous untuk retweet dan like post tersebut. Kira macam teknik marketing saya lah sebab saya tak banyak sangat follower kan sobsob.
TEKNIK MUDAH UNTUK 'MEMUJUK' ORANG UNTUK KLIK LINK KITA
Tips atau 'petua' yang paling penting bagi saya dalam affiliate ni... Pandai cari peluang cari content (barang) yang best atau yang sedang hangat/viral atau sentiasa dicari sepanjang zaman, rajin usaha promote link affiliate dan teknik marketing yang betul.
Marketing tu maksudnya cara kita pasarkan link kita. kalau kita rasa kita tak pandai buat ayat menarik atau tiada platform yang bagus untuk promote link affiliate kita, boleh lah upah orang yang pandai.
Contohnya blogger ke, influencer ke, instafamous, tweetfamous atauuu buat lah fb ads ke, ig ads ke untuk target audience kita yang lebih luas, berkualiti dan berkesan.
Tapi benda benda tu kita kena keluarkanlah duit sikit untuk bayar. Marketing ni memang kita tak boleh nak lari untuk spend duit. Bak kata orang.. nak dapatkan duit yang banyak perlulah keluarkan duit yang sedikit terlebih dahulu.
Ada orang yang asingkan duit 4 angka untuk marketing sahaja dan hasilnya, dia dapat sale 6 angka.
Kalau taknak keluarkan modal boleh tak? boleh sajaaa. Promote kat story whatsapp kita, group whatsapp, facebook/ instagram/ twitter/ tiktok/ youtube kita..
Naikkan follower untuk menarik minat lebih ramai orang. Luaskan network kita.
Belajar buat ayat (copywriting) yang mantap, tersusun, persuasive dan good soft selling secara Online di whatsapp, google, fb, ig atau twitter. Kena rajin dan pandai search je.
Follow orang or public figure yang pandai dalam bab bab ni. Tengok macam mana cara mereka bermain dengan ayat yang bersahaja; tak nampak macam promote tapi sebenarnya mereka sedang memujuk orang untuk klik link affiliate produk/barang di akhirnya.
Okay itu sahaja, moga bermanfaat!
Jika ada apa apa soalan atau nak request apa apa, boleh komen di bawah ya! Hehe.
Till next time, daa~ wassalam! :)
11 Comments
Yang berminat bolehlah mencuba
ReplyDeleteHi, Nak tanya, tak kisah ya nak paste link apa, asalkan ada dari Senarai shopping yang sudah listkan
ReplyDeleteYeap. Senarai shop/advertiser boleh tengok/search kat involve asia. Tak terhad pada Shopee Lazada or zalora sahaja. Banyak lagi.
Deleteguna jugak involve asia ni, tapi macam x naik sngt sebb promote guna blog je hahha... dekat social media lain tak masukkan dlm property
ReplyDeletetahniah2. alhamdulillah...
ReplyDeleteperkongsian yg berguna. best juga duduk rumah pun dapat jana pendapatan. saya singgah follow sekali di sini. salam kenal :D
ReplyDeleteterima kasih atas info..nak tanya kalau kita promote link di whatsapp pon boleh dpt komisen ke jika org klik n buy? atau kne daftar whatsapp as property dulu..xfaham yang ni hehe..mohon tunjuk ajar hehe
ReplyDeleteMenarik ni. Terima kasih atas perkongsiaan 😊💕.
ReplyDeletePerkongsian yang sangat bagus! Boleh lah join untuk jana pendapatan sikit-sikit 😁.
ReplyDeleteSis kalau link saya generate tu guna property twitter saya tapi saya promote di Facebook atau WhatsApp, adakah link tu berfungsi untuk detect click & sale semua tu? Adakah link yang digenerate guna property twitter boleh guna di twitter sahaja?
ReplyDeletehii sy nak add property url blog sy di involve asia tapi tkdapat. macam mana url yang betul untuk blog ni ?
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p