MYCRS Subsidi Carseat B40 - Cara Claim, Syarat Kelayakan Permohonan, Tarikh Semakan 2022 - sayidahnapisahdotcom MYCRS Subsidi Carseat B40 - Cara Claim, Syarat Kelayakan Permohonan, Tarikh Semakan 2022
LightBlog

MYCRS Subsidi Carseat B40 - Cara Claim, Syarat Kelayakan Permohonan, Tarikh Semakan 2022


MYCRS Subsidi Carseat B40 - Cara Claim, Syarat Kelayakan Permohonan, Tarikh Semakan 2022 | Semalam tengah syok slide slide phone tengok story di Facebook, ada lalu satu berita terkini paling hot dan viral! tentang subsidi car seat b40 yang sangat menarik perhatian saya untuk terus membaca hingga ke akhir page - "tahu tak kerajaan ada bagi subsidi untuk pembelian carseat baby untuk golongan B40 yang ada anak below 12 tahun? perlu membuat permohonan di laman web www.mycrs.gov.my. Bermula 1 Mac 2022 - 30 September 2022. Keputusan permohonan boleh buat semakan bermula 1 April 2022".


MYCRS Subsidi Carseat B40 - Cara Claim, Syarat Kelayakan Permohonan, Tarikh Semakan 2022


"Program subsidi kerusi keselamatan kanak-kanak (MYCRS) Keluarga Malaysia untuk golongan B40. Jenis subsidi terbahagi pada DUA iaitu


1. Harga jualan  CRS (carseat) RM300 ke bawah - potongan DISKAUN 50%

2. Harga jualan CRS (carseat) RM301 ke atas - RM150.

 

CONTOH 1:

Sarimah ingin membeli kerusi keselamatan kanak-kanak yang berharga RM250 selepas menerima pengesahan kelayakan subsidi. Potongan harga adalah sebanyak 50% (jumlah subsidi 50%), maka Sarimah hanya perlu membayar RM125 sahaja sebagai harga akhir.

 

CONTOH 2:

Rizal dan Aida adalah pasangan suami isteri, mereka ingin membeli CRS berharga RM400. Oleh kerana jumlah maksimum subsidi yang diberikan di bawah program ini adalah RM150, maka mereka perlu membuat bayaran tambahan sebanyak RM250 bagi CRS tersebut.

mycrs subsidi carseat b40
mycrs subsidi carseat b40 bantuan kerajaan | credit to www.mypt3.com

Peruntukan yang dibenarkan adalah 1 carseat 1 isi rumah. If sekarang tengah pregnant (mengandung), still boleh apply subsidi untuk anak yang dilahirkan sebelum 1/10/2022 dengan syarat kemukakan bukti kelahiran anak yang dilahirkan dalam tahun 2022 DAN bukti ada terima bantuan BPR (Bantuan Prihatin Rakyat)/ BKM (Bantuan Keluarga Malaysia) melalui email."


Haa best kan? Menarik tertarik kan?


Memandangkan saya ada bayi 3 bulan, memang selepas baca tu terus rasa nak apply! Dah boleh mohon dah mulai semalam. Yelah kan, siapa yang taknak? 50% diskaun atau maksimum RM150 subsidi untuk pembelian carseat untuk golongan B40. Agak lumayan!


SYARAT KELAYAKAN MOHON SUBSIDI CARSEAT B40 MYCRS


Siapa yang layak memohon subsidi ini?

-penerima bantuan dari golongan B40 kategori isi rumah

- mempunyai anak/ anak angkat/ anak jagaan berusia kurang dari 12 tahun

- warganegara yang menetap di Malaysia


CARA CLAIM SUBSIDI CARSEAT B40 MYCRS


1. Semak keputusan kelayakan di www.mycrs.gov.my

2. Kalau layak, boleh tebus subsidi dengan pembelian 1 unit crs (car seat) dari wakil penjual sah (rujuk list di website)

3. Dapatkan khidmat nasihat Child Passenger Safety Advisor (COSA) dalam pemilihan crs & cara install yang betul dari wakil penjual tersebut.

 

LANGKAH PENEBUSAN SUBSIDI PEMBELIAN CARSEAT B40

 

1. SEMAK KELAYAKAN

- pemohon menyemak syarat kelayakan sebelum membuat permohonan

 

2. MEMBUAT PERMOHONAN

- pemohon melengkapkan permohonan di laman sesawang www.mycrs.gov.my.

 

3. SEMAK KEPUTUSAN

- pemohon menyemak keputusan permohonan subsidi bermula tarikh 1/4/2022


4. MEMBUAT PEMBELIAN

- pemohon yang layak boleh menebus subsidi melalui pembelian dengan penjual bertauliah yang disenaraikan di laman sesawang dengan harga rebat


5. MENGGUNAKAN CRS

- setelah menerima CRS tersebut, diharapkan anda menggunakannya setiap masa bersama anak anda


Nota:

Untuk anak yang bakal lahir tahun 2022 ni, boleh email bukti kelahiran anak & bukti  penerima BPR/BKM ke mycrs@miros.gov.my.


*subsidi terhad kepada 188,000 penerima atau RM30 juta habis (mana terdahulu)


Sumber: FAQ www.mycrs.gov.my.


Moga bermanfaat! Till next time, daa~ wassalam! :)


Post a Comment

3 Comments

  1. info yg sgt membantu tq kc. lama tak singgah sini rindu la

    ReplyDelete
  2. Mksud nye kalau carseat tu harga 160 xdapat laa nak claim subsidi tu???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jer claim , harga rm160 tolak subsidi rm150 jadi perlu bayar rm10 jerlaa

      Delete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p