Cara kwsp pengeluaran khas 10k link permohonan gov my - sayidahnapisahdotcom Cara kwsp pengeluaran khas 10k link permohonan gov my
LightBlog

Cara kwsp pengeluaran khas 10k link permohonan gov my

Mudah, senang dan cepat saja cara nak mohon kwsp pengeluaran khas 10k melalui portal link pengeluarankhas kwsp gov my. Ramai yang dah login dan selesai membuat permohonan pengeluaran khas kwsp yang saya tengok di Facebook. Masuk je pukul 12 a.m. 1 April 2022, berpusu pusu mereka buat. Katanya kena buat cepat malam ni, tak tunggu esok pagi nanti portal jammed lah, line internet slow lah haha pandaiii.

Harapnya lulus lah. Duit kwsp 10k tu boleh digunakan untuk sesuatu yang bermanfaat dan membantu sara hidup dalam jangka masa yang panjang inshaaAllah.

CARA PERMOHONAN KWSP PENGELUARAN KHAS 10K 2022


1. Layari pengeluarankhas.kwsp.gov.my dan pilih MOHON SEKARANG

2. Isi nombor MyKad/MyPR dan nombor telefon bimbit

3. Tekan teruskan dan sahkan identiti anda melalui pengesahan nombor OTP atau soalan keselamatan

4. Tentukan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN. Rujuk pada A atau B di bawah ini. Tekan TERUSKAN.


A- skrin akan memaparkan jumlah maksimum AMAUN PILIHAN PENGELUARAN.
B- Tetapkan amaun pilihan pengeluaran anda dengan menaip amaun pilihan contohnya 5,000 atau 10,000

5. Tekan TERUSKAN.

6. Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan kaji selidik. Tekan TERUSKAN.

7. Semak semua maklumat. Klik pautan Terma dan Perakuan dan tandakan ✅ sebelum telan HANTAR. Selesai.

Hotline (nombor telefon) Pengeluaran Khas contact 03-8942 4848.

Moga bermanfaat! Daa~wassalam :)

kwsp pengeluaran khas 10k link


Post a Comment

2 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p