Tips Bela Ikan Keli Dalam Polytank / Tangki Air – Pengalaman Sendiri Bela Dekat Rumah
Dulu aku ingat bela Ikan Keli ni kena ada kolam besar macam dekat kampung. Rupanya sekarang ramai bela dalam polytank atau tangki air hitam saja. Dekat rumah taman pun boleh buat kalau ada ruang sikit.
Aku mula pun sekadar suka-suka. Lama-lama jadi seronok pula tengok ikan membesar depan mata. Lagi puas bila dapat makan hasil sendiri.
Apa yang aku share ni pun memang betul-betul berdasarkan pengalaman sendiri. Dah dekat 2 tahun juga aku layan bela ikan ni.
Selain ikan keli, aku ada bela juga:
* Tilapia
* Patin
Tapi kalau korang baru nak belajar dunia ternakan ikan, aku memang cadangkan mula dulu dengan ikan keli.
Sebab pada aku ikan keli lebih tahan lasak dan lebih mudah nak belajar basic penjagaan ikan.
Kenapa Aku Pilih Bela Dalam Tangki Air?
Pada aku, bela dalam tangki lebih mudah berbanding kolam tanah.
Sebab:
* senang cuci
* mudah pantau ikan
* air lebih mudah dikawal
* tak perlu gali tanah
* sesuai untuk kawasan rumah taman
Aku sendiri guna tangki air hitam 250 gelen. Harga masa beli sekitar RM250 seunit.
Memang ada yang kata mahal, tapi bagi aku okay sebab tahan lama dan mudah nak setup.Kalau nak mula kecil-kecilan, satu tangki pun dah cukup.Atau beli je kanvas.
Tips Beli Benih Ikan Keli
Bab beli benih ni pun penting sebenarnya. Kalau boleh beli direct dari pembekal benih.Jangan beli dekat kedai akuarium kalau nak bela banyak.Silap hari bulan tergadai barang kemas dibuatnya. Haha.Harga dekat kedai aquarium biasanya jauh lebih mahal.Biasa harga benih yang aku jumpa lebih kurang macam ni:
|
Saiz Benih |
Harga |
|
2 inci |
RM0.10 |
|
3 inci |
RM0.15 |
|
4 inci |
RM0.30 |
|
5 inci |
RM0.40 |
Harga ni pun ikut kawasan dan kuantiti juga kadang-kadang.
Jangan Ambil Benih Terlalu Kecil. Dulu masa baru mula, memang rasa nak ambil benih paling kecil sebab murah. Tapi sebenarnya lagi kecil benih, lagi tinggi risiko mati.Sekarang aku lebih suka ambil saiz 3 hingga 4 inci.
Saiz ni:
* lebih tahan
* cepat adapt
* kurang stres
* senang makan pallet
Walaupun harga mahal sikit, tapi lebih berbaloi daripada beli murah hujung-hujung banyak mati.Kadang nak jimat awal, hujung-hujung rugi lebih besar. Kalau Masuk 2000 Ekor, Jangan Target Semua Hidup Yang ni realiti bela ikan keli. Kalau masuk 2000 ekor benih, jangan terlalu berharap semua akan hidup sampai besar.
Target realistic:
* hidup 1000 hingga 1500 ekor pun dah okay
Sebab masa kecil memang senang mati. Tambah pula ikan keli ni memang jenis makan sesama sendiri. Kadang pelik kenapa ikan makin kurang. Rupanya yang besar dah telan yang kecil. Haha. Sebab tu grading sangat penting.
Satu Tangki Boleh Isi Berapa?
Untuk tangki 250 gelen yang aku guna, biasanya aku isi:
* sekitar 500 hingga 1000 ekor benih saiz 3 inci
Memang nampak padat.Sebab tu penjagaan air sangat penting.
Kalau malas jaga air memang cepat jadi masalah.
Air Adalah Benda Paling Penting . Ramai terlalu fokus dekat makanan sampai lupa air.Padahal ikan duduk dalam air 24 jam. Kalau air rosak:
* ikan jadi lemah
* kurang makan
* mudah mati
* lambat besar
Aku biasanya check masa feeding.
Kalau bagi makan tapi:
* ikan tak timbul
* makan slow
* macam malas bergerak
Itu memang tanda air kena tukar. Paling senang memang tengok perangai ikan waktu makan.
Jangan Tunggu Air Busuk Baru TukarIni silap ramai beginner. Tunggu air hitam pekat baru nak tukar.
Aku biasanya tukar awal bila nampak:
* air keruh
* bau kuat
* ikan kurang aktif
* banyak sisa bawah tangki
Kadang-kadang aku tukar terus 100% air paip baru juga.
Setakat ni ikan keli insyaAllah okay je, tak nampak stres sangat. Tapi kena tengok keadaan ikan juga.
Kolam Aku Tak Guna Oksigen Pun Ramai ingat bela ikan keli wajib ada blower besar dan macam-macam setup mahal. Aku sendiri sebenarnya tak guna sistem oksigen pun. Direct air saja. Setakat ni masih okay sebab ikan keli memang tahan lasak. Cuma memang kena rajin tengok keadaan air dan perangai ikan. Kalau ikan dah mula:
* malas makan
* timbul pelik
* bergerak slow
Cepat-cepat check air.
Pada aku bela ikan keli ni banyak bergantung pada pemerhatian juga.
Bab Makanan Ikan Memang Penting
Aku sendiri guna makanan ikan jenama Dindings. Setakat ni memang okay dan senang cari.
Untuk saiz pallet pula aku ikut umur ikan.
Masa benih sekitar 3 inci:
* guna pallet saiz 0 Bila ikan dah lebih kurang sebulan: * tukar ke saiz 1
Bila ikan dah makin besar: * boleh guna saiz 2 atau 3 Tapi aku sendiri last guna saiz 2 saja sampai jual.
Pada aku dah cukup elok.
Tips Bagi Makan – Jangan Main Tuang Je
Ini antara benda yang ramai orang baru selalu buat. Ambil dedak terus tuang banyak-banyak dalam tangki. Memang cepat kerja… tapi cepat juga rosakkan air.
Cara aku bagi makan simple je. Bagi sikit-sikit. Contoh:
* tabur secubit dulu
* bagi habis
* tabur lagi
* habis baru tambah lagi
Ulang sampai nampak ikan dah kurang makan atau dah tak agresif. Dekat situ stop.
Punca utama air cepat kotor sebenarnya banyak datang dari sisa makanan. Tambah pula ikan keli memang jenis cepat buat air kotor. Sebab tu feeding kena rajin tengok depan mata.
Harga Dedak Memang Better Beli Seguni
Kalau beli sikit-sikit memang terasa mahal. Harga biasa:
* seguni 20kg sekitar RM69 hingga RM75
* kalau beli 1kg dekat RM6 juga kadang-kadang
So memang nasihat aku beli terus seguni. Percayalah… habis punya ikan keli makan. Ikan keli ni memang kuat makan terutama bila dah besar.
Grading Wajib Buat Setiap Bulan
Setiap 1 bulan aku memang akan buat grading. Maksudnya asingkan ikan ikut saiz.
Yang besar letak sesama besar. Yang kecil letak sesama kecil. Kalau campur:
* ikan kecil kalah makan
* lambat membesar
* mudah kena makan
Benda ni memang sangat penting. Walaupun penat sorting, tapi hasil memang nampak.
Bab Pembesaran Ikan Jangan Terlalu Berangan
Ini satu lagi benda yang orang baru selalu salah faham.
Ramai tengok video dekat TikTok atau YouTube terus fikir 3 bulan semua ikan dah besar gedabak.
Hakikatnya tak semudah tu. Jangan expect semua ikan sama besar. Memang akan ada:
* cepat besar
* sederhana
* bantut
* lambat membesar
Kalau betul-betul jaga:
* ada yang 3 bulan setengah dah boleh jual Tapi realiti sebenar kadang:
* 5 bulan baru sebahagian boleh jual Aku sendiri pernah bela sampai 5 bulan, baru lebih kurang 100 ekor yang betul-betul saiz jual.
Yang lain?
Ada sampai 6 hingga 9 bulan baru boleh jual. Paling sakit hati bila ada yang umur 6 bulan tapi saiz baru 4 hingga 5 inci. Haha. Masa tu memang rasa nak give up pun ada. Sebab tu aku cakap… kena kental nak jadi penternak ni.
Harga Jualan Ikan Keli
Bab ni ramai suka tanya.
Harga jualan biasanya:
* RM10/kg kalau jual direct
* sekitar RM12/kg kalau siap siang
* RM7 hingga RM8/kg kalau jual pada pemborong
Kalau rajin jual sendiri memang untung lebih sikit.
Kesimpulan
Bela ikan keli dalam polytank atau tangki air memang sesuai untuk orang yang baru nak belajar ternakan dekat rumah. Aku sendiri dah hampir 2 tahun bela ikan ni dan masih lagi belajar sampai sekarang. Selain keli, aku ada bela tilapia dan patin juga. Tapi kalau baru nak mula, belajar dulu dengan ikan keli sebab lebih tahan dan mudah nak jaga. Aku sendiri guna tangki 250 gelen sekitar RM250 seunit dan biasanya isi sekitar 500 hingga 1000 ekor benih saiz 3 inci. Untuk makanan pula aku guna dedak Dindings:
* saiz 0 untuk benih
* saiz 1 selepas sebulan
* saiz 2 sampai jual
Kolam aku pula tak guna oksigen pun. Direct air saja. Kadang-kadang tukar terus 100% air paip baru pun ikan keli insyaAllah okay je.
Yang penting kena rajin tengok keadaan ikan. Dan paling penting bab feeding… Jangan main tuang dedak sesuka hati. Bagi sikit-sikit dan tengok reaksi ikan. Sebab banyak masalah air sebenarnya berpunca dari makanan berlebihan. Apa pun, kalau memang minat nak cuba, mula dulu walaupun satu tangki. Dari situlah nanti baru belajar pengalaman sebenar bela ikan keli



0 Comments
Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p