http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

SOLAT ISYAK SUNAT DILEWATKAN?

By 1:13:00 AM


Mana satu kita? Huhu
Salam semua.. Bismillahh..

Pernah tak berlaku situasi di mana.. Kita suruh kawan kita solat isyak sebab azan isyak dah lama berkumandang.. Lepas tu kawan kita kata.. Rilek la . Nanti dulu.. Bukan ke ulama ada kata solat isyak sunat dilewatkan?

Ada tak berlaku di kalangan anda?? Sila angkat kening!*suara tegas* Hehe..

Saya bertanyalah perihal itu kepada pakcik saya yang dihormati kerana ilmunya yang tinggi..

Me: Pakcu.. Betul ke solat isyak sunat dilewatkan?? Minta pendapat.. :)

Pakcu : Betul....Tp ada juga hadis kata solat biarlah diawal waktu..

Me: Kenapa sunat dilewatkan ye?

Pakcu : Sebab ada hadis yg mgatakan : Kalau tak memberatkan umatku nescaya aku menyuruh mereka melewatkan solat Isyak sehingga kepada 1/3 malam..

Me: Ouuhh supaya boleh solat malam(tahajjud) lah ye?

Pakcu: Gitulah sepatutnya.. Tapi seingat Pkcu.. Alim ulama sepakat mgatakan elok solat diawal waktu...Sebabnya ialah ajal maut belum tentu... Bayangkan...kalau kita lengah2kan solat tetiba nyawa diambil...kan rugi tu... Walaupun niat asalnya nak sekalikan dengan ibadah malam... Sedangkan ibadah mlm itu sunat... Solat fardu tu pula wajib.

OHHHHH gituuu..

Jadi, conclusionnya, marilah kita solat di awal waktu. :)

Renung2kan.. Selamat beramal!

Wassalam :)

You Might Also Like

4 comments

  1. Betul tu dear...kalau nak beramalan biarlah dengan cara yang betul kan :)

    ReplyDelete
  2. selalu gak solat isyak lambat..sbb biasanya time kul 8 tu time makan..jd sudah makan relaks2 dulu tgk tv..dah jadi lewat2 solat...
    tp lewat2 pun bukanla smpi kul 2 3 pg baru nak solat...biasanya sblm msk tido la

    ReplyDelete
  3. owhh ok.. tp sy tak tau pulak solat isya' sunat dilewat2kan.. hee.. macam pernah dengar tapi macam tak pernah dengar jugak.. camne tu? hee..

    Tapi yang pasti, solat diawal waktu lebih elok :)

    ReplyDelete
  4. ade kak cik. *angkat kening* mase dok sibu dlu sy pnah jgk trdengar ustaz kate sunat dilewatkan. jadi, klu diawalkan or dilewatkan, dua2 akn dpt phala sunat lah ye. hmmm

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.