DAPAT LESEN BELAJAR MEMANDU MALAYSIA (LESEN L) ! - sayidahnapisahdotcom DAPAT LESEN BELAJAR MEMANDU MALAYSIA (LESEN L) !
LightBlog

DAPAT LESEN BELAJAR MEMANDU MALAYSIA (LESEN L) !

Assalamualaikummm semuaaa~~

Alhamdulillaaahhh dah dapat Lesen L!!


Abaikan muka ku yang  makin gemok itu.

Then, lepas dah ambil lesen L, ada thumbprint pulak. Orang kata thumbprint ni dulu takde. Tapi sekarang baru je diadakan. Dan perkara yang baru lagi sekarang ni ialah sebelum memandu di litar, ada kelas outdoor dipanggil 

-Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK) & Rutin Sebelum Memandu (RSM).


RPK ni terbahagi pada 5 bahagian :


1) Pemeriksaan Kenderaan Di Bahagian Depan
2) Pemeriksaan Kenderaan Di Bahagian Tepi Sebelah Kanan
3) Pemeriksaan Kenderaan Di Bahagian Belakang
4) Pemeriksaan Kenderaan Di Bahagian Tepi Sebelah Kiri
5) Pemeriksaan Kenderaan Di Ruang Enjin - guna kaedah POWDER (Petrol, Oil, Water, Damage, Electric, Rubber)
(Membuka bonet kenderaan)

Masa ni lah saya baru tahu mana satu bekas air pengelap cermin, mana satu bekas minyak stereng, kotak fius, hos tangki air, bateri, air tangki radiator. Baru tahu jugak apa nak buat kalau kereta tiba-tiba mati. Apa yang pelu diperiksa. Macam mana nak tukar tayar. Perghhh tapi macam susah je nak tukar tayar ni ahha.

DAPAT LESEN BELAJAR MEMANDU MALAYSIA (LESEN L) !
Produk diperbuat daripada bahan 100% organik! RM80 termasuk pos
Whatsapp/SMS 0172008642 @ email sayidahnapisah65@gmail.com

RSM pula mengamalkan rutin selamat memandu iaitu CITO : Cermin, Isyarat, Ttitik buta, Olahgerak.


Untuk sesi ni pula, saya belajar benda-benda basic. Contohnya, cara melaraskan tempat duduk, memastikan brek tangan di tarik semasa masuk kenderaan, melaraskan cermin pandang belakang dan sisi, memastikansemua penunjuk panel instrument seperti tolok bahan bakar, tolok suhu enjin, lampu amaran bateri dan banyak lagi. Fuhhh penat tau nak ingat hahaha.

Yang hebat dan takutnya ialahhh~ Kalau tak lepas ujian RPK & RSM ni, semua akan gagal dan kena buat dari start semula. So, memang kena lulus ujian ni. Ujian ni saya tak pasti sama ada diadakan semasa ujian percubaan nanti ataupun sebelum ujian JPJ.

Esok first time belajar memandu di litar dan juga di jalan raya. Huwaaaaa i is scared! Cuakksss. Nebesss. Fuhhh. 

Tapi kawan nasihat, rileks je. Jangan gelabah. Tenang dan yakin pada diri sendiri.

InshaaAllah I'll try my besttt.

But nak jugak nervous! Hhahah.

Apa-apa pun wish me luckkk!!! 

Wassalam :)



Post a Comment

4 Comments

  1. wahhh good entri. saya baru nak start ceramah. hahahah

    ReplyDelete
  2. kat lesen tuu senyum xde gigi. pestime tgok kc bergambar takde gigi. hihi. goodluck test drive

    ReplyDelete
  3. You should be open to finding out new points-- but really feel cost-free to be a newbie if
    you're new to this SEO point.

    Also visit my weblog docstoc.com

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p