LELAKI LEBIH SUKA PEREMPUAN YANG LEBIH MUDA ? - sayidahnapisahdotcom LELAKI LEBIH SUKA PEREMPUAN YANG LEBIH MUDA ?
LightBlog

LELAKI LEBIH SUKA PEREMPUAN YANG LEBIH MUDA ?

Kebanyakan LELAKI LEBIH SUKA PADA PEREMPUAN YANG LEBIH MUDA ? 


persoalan di atas tu bukan nak cari gaduh mahupun ada unsur tidak puas hati yeee, tetapi sekadar bertanya... ataupun mahu buat survey? Haaaa

Persoalan atas tu tercetus bila mana aku tengok di sekeliling aku yang kebanyakan nya lelaki berpasangan dengan junior or we called perempuan yang lebih muda. Ada je yang suka sama baya. Tapi pernah dengar tak senior gatal or we called miang keladi bila junior perempuan masuk? Hahaha mesti pernah kan. Lagi haru laki yang dah ada awek pun gatal sama. Tu rasa nak tumbok pun ada kihkih. Bukan nak mengata tapi pernah aku nampak kejadian seperti tu.

Berbalik pada topik.

Ada pernah sorang classmate laki aku ni dia kata perempuan yang lebih tua pada pandangan lelaki ibarat seperti makcik tua. Perempuan yang sama baya pula pada lelaki pula so-so je. Perempuan yang lebih muda pula pada pandangan lelaki sangat manis dan ..cute?

Lagi satu, minggu lepas aku ada belajar kereta dengan sorang cikgu(pangkat pakcik dah) ni. Takdelah belajar kereta lagi. Just belajar rutin sebelum memandu and belajar mana satu enjin,mana satu bateri,mana satu hos,mana satu tali sawat dan banyak lagi lah. Ada lah lagi dua orang dengan aku time tu. Sorang kawan perempuan classmate aku dan sorang lagi budak laki entah tak kenal sape. 

Nak dijadikan cerita, aku dan kawan perempuan aku lama-kelamaan makin selesa dan ada lah berbual-bual. Tanya la belajar mana,umur berapa,duduk kat mana. Rupa-rupanya budak laki tu umur baru 20 tahun. Dah agak dah lagi muda. well, sebab sometimes boleh nampak ke-tidak-matang-an budak laki tu hahaha jahatnya aku. Macam aku ni matang sangat la kan. kbai :p

Lepastu, dah time tengahari cikgu tu ajak kami lepak jap kat kedai makan berdekatan situ. Tengah minum-minum legakan tekak, aku yang memang tak boleh kalau suasana krik krik ni pun cakap lah kat cikgu tu.

"Cikgu hamdan, rupa-rupanya taufik batisah(bukan nama sebenar) ni baru 20 tahun. Ingatnya umur berapa. Kami (merujuk aku and kawan) pulak 22. Hehe"

Semua gelak-gelak. Eh... lawak eh?

Lepastu tetibe je cikgu tu cakap kat taufiq batisah tu...

"Taufik batisah, tak payah la suka dengan dorang ni. Dorang lagi tua. Tapi kalau nak suka pun apa salahnyaa  he he he.. pergi lah mintak no.telefon kee"

Aku dah tercengang. Cikgu ni sihat ke tak sebenarnya. Tetibe je. Tapi aku watlek watkool je. Nak gelak pun ada dengan ke-tiba-tiba-an cikgu cakap macam tu. Aku terus cantas cakap cikgu tuu...

"Ohhh.. lelaki memang lebih suka dengan perempuan yang lebih muda eh?"

Cikgu angguk-angguk.

Aku tanya lagi. "Kenapa pulak macam tu?"

Banyak pulak soal aku kan. Eh suka hati lah haha.

Cikgu jawab...........

Ermmmmm.. cikgu jawab..


Apa eh? Aku lupa sebenarnya cikgu tu jawab apa muahahahaha. 

Rasa nak hempuk diri sendiri pun ada sebab tak ingat. Tapiii..

Mungkin ada yang membaca artikel ni boleh memberikan pendapat di ruang komen berkaitan dengan persoalan tajuk entri nii hehehe.

Psssttt. Tapi kann... on the other hand, perempuan pun suka lelaki yang lebih senior kan? Kan? Kan? 

Okay mungkin topik tu kita kupas lain kali ngehngehhhh~ :p

Jumpa lagiiii! 



Post a Comment

6 Comments

  1. suka perempuan lebih muda bukannya miang...memang naluri manusia suka muda,tapi kalau naluri napisah suka yang tua-tua..siapalah saya untuk menghalangnya.

    ReplyDelete
  2. kc suka ke kal bf sebaya? sebenarnya kalo dpt abg2 lg caring kononnya...huhu

    ReplyDelete
  3. tapi........ada juga lelaki yang sukakan pempuan yg lebih senior dr dia...di sekeliling KG ramai la Pisah....sblm kawin dulu..KG selalu dengar lelaki ckp asal pempuan tua dr lelaki ni layak di panggil kakak aje...tak bleh wat gelpren...klu yg sama baya...tu biasa aja..tp yg muda...itu sgt comel la kunun...sbb klu dah kawen nt xda la pempuan tu kelihatan cepat tua dr laki dia konon...hurm..bajet dia aje nak nampak muda...

    ReplyDelete
  4. hehehe alamak tak penah ambil pusing sngt benda2 mcm ni.. sbb x berminat dr dulu lagi hahaha.. tapi kalo gitu kita pun bolehla cr yg muda gak.. kalo prempuan ske org muda mesti kena kutuk.. hehehe..

    ReplyDelete
  5. hmmmmm, perempuan mesti lah suka lelaki yang tua sedikit dari dia.. lebih matang gitu

    ReplyDelete
  6. Saya minat kt junior saya. Lelaki, beza 2 tahun dr saya. Tp, trend skrg ramai yg kawen lelaki lg muda dr prmpuan. Heuwheuw perasan jap. 😂

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p