http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

LULUS UJIAN UNDANG-UNDANG #lesenkereta

By 4:43:00 PM



Alhamdulillah lulus ujian undang-undang, ujian komputer ! :) 


Semuanya 50 soalan. Dapat 47/50 hehe. Berkat buat semua soalan dalam buku latihan ni dan doa dari semua, dapat la jawab. Betul la orang cakap. Tips nak lulus ujian komputer, buat je buku latihan tu. 



LULUS UJIAN KOMPUTER #lesenkereta

Buku Latihan Ujian Undang-undang


Tapi, nak cerita satu detik kecemasan semasa menduduki ujian komputer pagi tadi.

Lepas dah kena panggil, ambil no meja komputer. Masuk bilik. Cari meja No.8. Okay duduk. Bismillah....

Page first sekali. Isi No. IC dan kategori. Tulis laa no IC kan. Senang kacang je nak jawab soalan ni haha. Dalam kategori tu, banyak la pilihan nya. Ada yang penduduk tetap di Malaysia, orang awam Malaysia, orang asing dan lain-lain lagi.

Lepastu, jap keliru sekejap. Nak pilih kategori yang mana ni? Termangu kejap.

Okay pilih kategori pertama lah. Penduduk tetap di Malaysia. Yelah mesti lah penduduk tetap kan.

Okay klik OK.

Keluar ---> Maaf, no IC ini tidak wujud dalam sistem *lebih kurang la ayatnya*

Hashtag sentap! Haha

Terkejut gilos. Dah kenapa? Salah isi no. IC ke macam mana. Back balik. Isi balik. Pilih kategori yang sama. Klik OK. Berlaku kejadian yang sama. Maaf blah blah blah~~

Adoii. Kang ada orang yang keluar dari bilik ni pergi kaunter luar kang.

Okay tarik nafassss~ Tak mungkin no IC yang salah.

Makanya, tukar lah kategori tu kepada kategori kedua, orang awam Malaysia. Klik OK. Akhirnyaaaa~!

Akhirnya, baru boleh mula jawab 50 soalan tu. Ada bahagian A,B dan C.

Bahagian A dua soalan salah, bahagian B semua betul dan bahagian C ada satu salah. Jadi, 47/50. Alhamdulillah.

Sebenarnya, target 52/50 hahaha. #lawakhambartakkena

Okay thats all. Rasanya, sekarang ni tunggu lesen L kot. 

Lepastu, boleh move ke next stage iaitu kursus dan belajar praktikal untuk kereta selama 6 jam.

Sementara tu,kita enjoyyy! Kbai.

Hiks.Wassalam :)

You Might Also Like

4 comments

  1. Alhamdulillah! Tahniah, SN. L dah dapat, lepas ni misi buru P pula ye :)

    ReplyDelete
  2. KC, penduduk tetap Malaysia tu untuk foreigner yang dah lama duk Malaysia, then diorang dapat IC Penduduk Tetap. Kita orang awam Malaysia, ekekeke. Patut sistem tak dapat baca IC :D

    ReplyDelete
  3. Tahniahhhhhhh nnti boleh beli keretaaaaaaa hahahhaha

    ReplyDelete
  4. KALAU PENDUDUK TETAP NOMBOR IC DIA LAIN SIKIT!! (saja nak jerit2)

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.