APAKAH HUKUM TELAN HINGUS KETIKA SOLAT&BERPUASA?

by - June 26, 2015

APAKAH HUKUM TELAN HINGUS KETIKA SOLAT DAN BERPUASA?


HUKUM TELAN HINGUS KETIKA SOLAT&BERPUASA




SOALAN : Assalamualaikum. Saya berpuasa dan sedang solat. Dan ketika solat, saya menangis teresak-esak sehingga berhingus hidung. Apakah hukum saya menelan hingus tersebut kerana risau hingus saya akan meleleh ke atas telekung dan sejadah. Adakah batal puasa saya?

JAWAPAN :

Jadi dia berpuasa dan sembahyang. Bila sembahyang, sedih sangat keluar hingus. Haa, Yang kita pelik, air mata takdak, hingus saje. Hehe. Sebab dia takut kalau tak telan kata dia, dia takut kena sejadah dan telekung. Ni jelas orang perempuan. Muslimat la ni. Satu kaum yang setiasa berhingus. Hehe. 

Yang pertama sekali, kita kena tahu dulu, apakah perkara yang membatalkan puasa dan apakah perkara yang membatalkan solat ? Dan lepas kita faham hat(tentang) tu, tak timbul dah persoalan ni. 

Yang membatalkan solat ialah di antaranya pakaian kita kena najis. Hingus kita najis ke tak? Hingus kita tak najis. Najis-najis ni seperti darah, nanah kemudian najis yang keluar dari kemaluan depan belakang. Maka, hingus, air mata semua tidak najis belaka. Dalam kitab Arab, dia sebut mustakzarah-benda yang bila orang tengok, eeeiii..eeiiii! Orang Arab panggil mustakzarah.. Eeiii eiii. Tapi tak najis.  Walaupun banyak, sehelai jubah iman tu penuh dengan hingus, takdak masalah. Jadi, bila hingus kena kat telekung, baju ketika solat tiada masalah. Tapi makruh bila.. Sebelum sembahyang, baju kita suci, dia pun ambil hingus dan letak sikit di baju, baru takbir.. Hukumnya makruh-tidak rosak sembahyang kita. 

Yang kedua pulak, telan. Bila telan.. maksudnya benda yang di luar masuk balik - BATAL PUASA. Dia benda yang dalam tekak kita, kita telan maka TIDAK BATAL PUASA. Benda dalam mulut kita-sama ada air liur ataupun hingus, kita tarik balik .. TIDAK BATAL PUASA. Tapi kalau kita ludah air liur lepastu minum balik, BATAL PUASA. 

Hat dalam mulut tak batal melainkan benda yang daripada luar. Sama ada daripada luar itu air liur itu sendiri atau benda asing contohnya nasi dan sebagainya.

-Ustaz Azhar Idrus.

Wallahua'lam.


INFO TAMBAHAN !

PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT


perkara-batal-solat
credit : www.slideshare.net

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

perkara-batal-puasa
credit : www.slideshare.net





You May Also Like

4 comments

  1. Hingus sedap di sedut... Ahha.. nimat...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih infonya.. Sangat membantu kerana saya terkeluar hingus semasa solat takhiyat akhir isyak tadi. Ingatkan dah batal hehe.. apa2pun terima kasih.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p