http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Tips elak kena ikut belakang oleh jurujual

By 10:15:00 AM , , ,

Tips elak kena ikut belakang oleh jurujual


Tips elak kena ikut belakang oleh jurujual


Tips elak kena ikut belakang oleh jurujual:

"Ya, nak cari apa?"

"Saya nak cari ketenangan. Boleh beri ruang sikit tak?"

Haaa #deep ko.

Tapi memang serius rimas dan annoying bila jurujual asyik nak ikut kita je semasa pilih-pilih barang. Rasa macam tak selesa je nak beli. Kalau duduk diam kat belakang kita, takpe jugak. Ni duk soal macam-macam. Promote barang ni la, promote barang tu la. Kita nak tengok-tengok ni pun hailaaa~ "boleh tak stepler mulut tu kak?" Hahahhaa.

Tapi mungkin memang dah prosedur memang camtu kan. Kena ikut pelanggan yang beli tu. Tapi kalau boleh jangan lah sampai meragut ketenangan dan keharmonian pelanggan tu nak membeli kan. Di manakah hak sebagai pelanggan?! #tetibe

Korang kalau kena ikut oleh jurujual dari belakang, korang buat apa dan korang ghaseee? Kalau saya, saya jenis yang selagi dia tak potpetpotpet, saya boleh bertenang lagi. Tapi kalau dah asyik membebel itu ini dekat saya, saya cuba buat muka se-annoying dan tak selesa yang mungkin hahaha. Niat di hati nak beritahu~ "excuse me, saya rimas dengan awak. Tolong tepi sikit. Jangan sampai saya nyanyi lagu tepi sikit by sleeq haaa~" Okay tapi dalam mimpi jelah. Kena hormat orang yang lebih tua juga kan hahaha.

Kbai. Wassalam :)


You Might Also Like

12 comments

  1. hahahaha setujuuuu..
    annoyinggg oii kalau dok ngikuttt je,, haha

    ReplyDelete
  2. Hahahaha deepp!! Tp ena suka pelayan ikut ena terutama nak beli baju. Sebab senanh nak panggil. Kalai dorang tak ada, satu hal nak mencari.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum....kc...hihiii....nak cari ketenangan ye...hihihii....powerlaa....nanti kak yaya nak buat macam tu laa...hehehe....kc..minta kc join GA ni....ayat pendek pun jadi lah...asalkan join..hihiii....

    http://www.yayacendana.com/2015/10/peluang-mendapatkan-rangkaian-produk.html

    ReplyDelete
  4. Hah..memang nyampah giler ! (tak sebut depan dia..dia buat kerja dia..so so oklah)

    ReplyDelete
  5. Hahahha akak pun tak suka, serius akak cakap, saya nak tgk je dulu kalau saya nak beli saya panggil awak okey...terus dia berlalu hehhe

    ReplyDelete
  6. Haha..tp kalau diaorang jenis tak paham bahasa cmne pulak tuh..

    ReplyDelete
  7. samalah dengan akak.Pantang betul akak bila nak cuci mata je orang tanya nak beli apa.pastu mengekor aje.pantang usik barang sikit je tanya lagi nak yang macam mana.kadang-kadang elok nak beli barang terus blah sebab rimas.

    golongan kedua pulak macam suami akak.dia ni kalau nak beli barang tuan kedai buat tak tau aje, dia pulak yang rimas.Nak jual ke taknak?jenuh kita pandang-pandang nak lambai supaya datang .nak tanya something tapi kita pulak nak kena pergi kat dia.itulah omel suami akak.Dia memang suka kalau jurujual tanya itu ini.

    Tapi tak puas hati punya pasal, akak yang nakal mulut.Alaahh..sebab jurujual tu awek kan...mestilah suka.hahaha....sabo ajelah.

    tapi itulah hakikatnya.tak semua manusia sama macam kita.huhu...

    ReplyDelete
  8. SA selalu kena...akak akan cakap...excuse me..dari i nak beli barang ni...langsung i tak jadi beli...nak tau sebab apa?sebab awak ikut saya..dan saya rasa saya ni macam pencuri pulak...saya pergi kedai lain la...

    ReplyDelete
  9. hahaha mmg mkn dlm la ckp mcm tu..sy pn xsuka klo jurujual ikut2 mcm tu..sy klo dorg tnya, sy ckp je xpelah sy tgk2 jer dlu

    ReplyDelete
  10. Senang je, ada sekali tu aku buat pura-pura nak kentut,(kentut tak berbunyi) padahal tak kentut pun. Jurujual tu lari lintang-pukang nak mengelakkan bom biologi tu.
    tapi muka kena buat selamba le, ada brannn!

    ReplyDelete
  11. hahahaha...tips yang agak menarik... tapi rasanya kalau selalu kena ikut ni selalunya kat kedai baju,kasut macam tu, tapi bagi saya lah kan,, jarang kena ikut dengan jurujual. nak tau tips nya apa, buat bibir mengoda macam Angelina Jolie masa masuk masuk kedai diorang tu. ( macam memperagakan bibir tu) .. conform diorang tak ikut ..haha.... tak lah gurau je, tapi serious jurujual jarang ikut saya. Anyway, entry yang menarik. Salam perkenalan!

    ReplyDelete
  12. Kalau akak tengok juga dik..kalau yang mengikut tu asyik bercakap je...akak cakap..."oooo ok..tak apa nanti apa2 saya panggil ye tanya...setakat ni alhamdulillah ok"

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.