Korek hidung, makan, tidur dan minum air manis membatalkan wuduk ke? - sayidahnapisahdotcom Korek hidung, makan, tidur dan minum air manis membatalkan wuduk ke?
LightBlog

Korek hidung, makan, tidur dan minum air manis membatalkan wuduk ke?

Korek hidung, makan, tidur dan minum air manis membatalkan wuduk ke?


Boleh ke korek hidung kalau dah ambil wuduk? Batal ke wuduk kalau kita makan? Kena ambil wuduk semula ke kalau kita minum air manis? Persoalan demi persoalan yang datang~ dan mari kita rungkaikan persoalan-persoalan ini.


Korek hidung, makan, tidur dan minum air manis membatalkan wuduk ke?
credit to : www.alahai.net


Ulama kata 4 perkara yang membatalkan wuduk 




1) Keluar sesuatu daripada kemaluan depan atau belakang (keluar yang cecair/padat/angin).

Korek hidung, makan, tidur dan minum air manis membatalkan wuduk ke?
credit to : almuhajirin-tjitramas.blogspot.com



2) Sentuh perempuan/lelaki yang bukan mahram tanpa berlapik (dalam mazhab Shafie sahaja).

3) Pegang kemaluan.

4) Hilang akal (hilang kesedaran) dengan tidur atau selain tidur 


  • hilang akal dengan tidur : wuduk akan terbatal jika tidur yang tidak tetap punggungnya.
  • hilang akal dengan selain tidur : contohnya gila, mabuk, pengsan atau mengambil ubat yang boleh menghilangkan ingatan.


Selain daripada yang di atas,wuduk kita tidak akan terbatal. Jika sebelum solat, anda sudah pun mengambil air wuduk, anda nak makan ke /nak korek hidung ke /nak korek telinga ke /nak minum air manis ke /nak muntah ke/ nak tengok TV ke /nak baca buku ke /nak masuk tandas ke .... silakan~ Wuduk anda tidak akan terbatal kecuali 4 perkara di atas sana tu.

Kalau kita tersentuh punggung atau garu punggung, wuduk batal ke tidak? Jawapannya tidak. Kerana punggung tu bukan kemaluan kita. Perkara yang membatalkan wuduk adalah memegang kemaluan. Makanya, setakat nak garu atau tersentuh punggung tu tidaklah membatalkan wuduk anda.

Jika anda sudah mengambil wuduk dan anda minum air manis, anda perlulah berkumur-kumur dahulu (dengan air masak atau air paip) sebelum solat untuk menghilangkan rasa air manis tadi tu. Kenapa kena kumur-kumur? Hal ini kerana untuk mengelakkan anda daripada terasa-rasa rasa air manis tu ketika solat nanti. Sebab~ kalau anda terrrr-rasa air manis tu ketika solat, dikhuatiri solat anda akan batal kerana ianya umpama anda sedang minum ketika solat. [NOTA : Antara perkara membatalkan solat adalah makan dan minum]. 

Semoga bermanfaat entri ini inshaaAllah~ adioss! Wassalam.




Post a Comment

13 Comments

  1. terima kasih atas perkongsian anda

    ReplyDelete
  2. Salam...
    Terima kasih sharing ilmu pagi ini :)
    mudah²an ianya membolehkan kita perbaikinya dgn lebih baik :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..sangat bermanfaat :) terima kasih ye..

    ReplyDelete
  4. terima kasih..perkongsian yang baik dan boleh dijadikan rujukan

    ReplyDelete
  5. Hi, saja blogwalking and follow you back sebab awk pernah join GA sy before ni. Thanks ya!

    Btw, feel free to read my new entry http://minjee08.blogspot.my/2015/11/gaji-dah-masuk-jom-shopping-dorothy.html

    ReplyDelete
  6. Thanks for the info. May Allah bless you.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p