HUKUM MENAHAN KENTUT KETIKA SOLAT - sayidahnapisahdotcom HUKUM MENAHAN KENTUT KETIKA SOLAT
LightBlog

HUKUM MENAHAN KENTUT KETIKA SOLAT

HUKUM MENAHAN KENTUT KETIKA SOLAT



HUKUM MENAHAN KENTUT KETIKA SOLAT
credit to : gadishbiha.blogspot.com



-dari Ceramah Ustaz Azhar Idrus-

Soalan : Apa hukum menahan kentut ketika solat?


Jawapan : 

Tidak boleh menahan kentut pada ketika yang tertentu. 

Dalam masa sembahyang ada beberapa perkara yang kita mungkin nak buat contohnya nak kencing atau nak berak atau nak tidur atau nak makan atau nak minum atau nak jimak(bersetubuh). 6 perkara ulama fiqah bilang. 

Siapa yang nak sembahyang tapi hatinya nak makan, lalu dah ada dah makanan maka Nabi kata makan dulu, sembahyang kemudian. Atau orang yang dahaga sangat dan dia ada minuman, hendaklah minum dulu, walaupun sudah diiqamatkan sembahyang. Siapa yang nak kencing, nak berak, pergi ke tandas dulu walaupun imam sudah panggil rapat saf rapat saf. 

Kerana kata ulama, firman Allah - "dirikan sembahyang untuk ingat kepada Aku". Bila kita terus masuk ke dalam saf, hati ingat nak berak, tak jadi hakikat sembahyang.

Dan apabila di dalam sembahyang, maknanya sudah takbir, siapa yang sangat-sangat mengantuk lalu tidak dapat menumpukan perhatian, boleh membatalkan sembahyang. Kerana dia akan jadi rosak sembahyang. Siapa yang tersangat-sangat lapar,sehingga tidak boleh khusyuk lagi, boleh berhenti untuk makan dan sembahyang semula. Atau tersangat-sangat nak kencing nak berak, boleh kita berhenti dan sembahyang semula. 

Adapun rasa sikit je, tengah-tengah sembahyang rasa sikit je nak kencing, jangan layan! Teruskan sembahyang. Rasa sikit nak berak, jangan layan. Teruskan sembahyang. 

Dan soalannya, apakah hukum menahan kentut ? 

1) Maknanya jika sedikit rasa nak kentut, jangan kentut. 
2) Tapi maknanya jika sampai kita tak teringat dah kepada Allah, duk tahan kentut sampai terketar-ketar, maka kentutlah dulu, batalkan sembahyang. Sembahyang semula(ambil wuduk semula) kerana solat itu dah tiada makna. 

Sekian, semoga bermanfaat! :D

Doakan saya dan kawan-kawan dapat jawab exam Abstract Algebra pukul 11 pagi nanti. Hehehe.

Sebelum mengundur diri, kenali jenis-jenis kentut dulu di bawah hehhe. #sekadarsukasuka


HUKUM MENAHAN KENTUT KETIKA SOLAT
credit to : nadzfisol.wordpress.com



Haaa mesti duk fikir awak tergolong yang kat mana satu kan. Hahahaha. Sebab tadi pun saya fikir mana satu jenis kentut saya. Hahahah. Okay lah nak study jap. Daaa~wassalam :)



Post a Comment

8 Comments

  1. singgah pagi...huhuhu..
    penah la jugak menahan..huhu

    ReplyDelete
  2. kentut jgn dibiarkan, hahha..boleh bikin pening dong....

    lagi lagi kalau sdg berjemaah, mesti segann kan...... so pilihla kategori masing masing, ahhahaha

    ReplyDelete
  3. Hehehe...wah kategori mana satu ni...

    ReplyDelete
  4. hahaha ilmu yg bermanfaat yg disharekan (Y)

    p/s: dah lame xsinggah sini.. :D arrienlove.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. baca tajuk macam lawak.. tapi haaa isu nya kena tahu..
    thanks sharing ilmu =)

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p