Hati itu ku ketuk.. kesekian kali

by - January 02, 2016

Hati itu ku ketuk.. kesekian kali


Hati itu ku ketuk.. kesekian kali
gambar hiasan


Jari itu ku jentik
Berkali-kali
Nampak biru
Sampai bilakah jari-jemari ini mahu membisu?

Kaki itu ku peluk 
Berulang kali
Nampak kaku
Sampai bilakah kaki-kaki ini mahu menyerah?

Hati itu ku ketuk
Kesekian kali
Nampak merah
Sampai bilakah hati ini mahu pasrah?

Akal itu ku petik
Berjuta kali
Namun tiada warna
Sampai bilakah akal ini mahu bertafakur?

Jiwa ini ku pujuk
Setiap kali
Namun tiada cerah
Sampai bilakah jiwa ini mahu bersyukur?



-Rush Murad 
 19 Julai 2011
 Doha, Qatar

You May Also Like

1 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p