http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Debarnya nak tengok result simulasi!

By 10:11:00 PM ,

Debarnya nak tengok result simulasi!

Dup dap dup dapp. Berapa lahh result simulasi saya sem ni. Adoii. Takutnya nak check. Walaupun tahu result sem ni tak sebagus sem lepas, tapi harap la tak teruk sangat. Jangan lah ada subjek yang gagal! Amin.


result simulasi UPM
SMP UPM

Oh korang tahu tak result simulasi tu apa? Simulasi result ni budak UPM memang suka check sebelum result final exam official kitorang keluar. Kitorang anggap result simulasi ni macam keputusan final exam yang tidak rasmi walau hakikat sebenarnya kami hack laman web portal rasmi kami sendiri haha.

Tak sabar-sabar sangat nak tunggu result official keluar, boleh check result simulasi ni. Tapi ada yang tak suka check result simulasi ni sebab mungkin dorang suka surprise!!!! gitu. Dorang lebih suka tunggu hari official result final exam. Bagi dorang, dorang taknak spoil hari-hari cuti mereka awal-awal dengan result dorang. Ada yang malas nak check result simulasi ni. Bagi dorang, buat apa lah susah-susah nak check, bukan boleh ubah pape pun.

Tapi bagi saya yang memang setiap sem akan check result simulasi, disebabkan alasan bukan-boleh-ubah-result-kau-pun-kalau-kau-check-result-simulasi lah yang membuatkan saya check result simulasi ni hahaha. Bagi saya, dah ada kemudahan untuk tahu result final exam kau awal-awal, apa salahnya gunakan kemudahan tu. Kan kan hehe.

Tapi kebanyakan student UPM memang akan tahu result simulasi ni dan akan check dorang punya. Tapi result simulasi ni hanya akan  keluar berapa pointer keseluruhan kitorang je, takdelah detail sangat sampai tahu apa gred subjek-subjek. Kalau nak tahu pointer sem, kena kira sendiri guna pointer keseluruhan tu dan himpunan jam kredit. Nak tahu macam mana caranya? Klik SINI. Saya ada buat entri macam mana nak kira. Tu pun kawan saya yang ajar. Bijak betul dia haha.

Okay back to the topic, saya nervous! Nebes nak check result simulasi fuh fuh puhhhh! Haihh nak tengok result pun nebes pooodah. Yelaa bukan apa. Saya rasa sem ni yang paling saya nebes sekali nak check result simulasi ni sebab subjek-subjek sem ni susah giloss! Kawan-kawan saya pun kata subjek sem ni susah-susah belaka. Saya tahu saya tak akan dapat dekan punya sem ni. Dan saya rasa saya takkan dapat pointer 3.5 ke atas. Tapi saya harap sangat janganlah sampai pointer 3.0 ke bawah. Kalau result sem ni 3.0 ke bawah memang saya kecewa sangat.

Tapi tak kisah lah berapa pointer sem ni, saya just harap janganlah ada subjek yang gagal! Ada satu subjek ni – Topologi- punyalah susah bak hanggg! Student Chinese paling pandai dalam kelas saya pun kata susah, apatah lagi saya yang suam-suam-pandai je. Carry marks Topology ni memang sadis sangat sobsob. Okay lah kalau gagal kan subjek ni (nauzubillah), sem depan subjek ni tak dibukak! So, memang kena extend lagi satu sem untuk tunggu subjek ni bukak. Kena extendddd! Saya sepatutnya habis sem depan. Kalau kena extend lagi sem, tak boleh la nak graduate sem depan dengan kawan-kawan yang lain. Hadehh nauzubillah.

result simulasi UPM
May Allah ease my result

Saya bukan meratapi nasib tapi just harap everything will be fine and I know Allah’s plan is the best. So hope the best, pray for the best. Jika itu yang terbaik buatku.. J

Okay lah saya nak check result simulasi ni. Jangan skodeng pula ye haha. Daaa~

You Might Also Like

3 comments

  1. All the best KC. Allah knows best. Doa banyak-banyak :)
    So, hows the result? Hehe (Tak menyabor nak tanya)

    ReplyDelete
  2. Huhuhu. Good luck dear!. Zaman sis da berlalu.
    Memang nebes yang amat bila nak check.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.