http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Macam mana cara memohon pekerjaan di Bank Rakyat?

By 3:00:00 PM , ,

Macam mana cara memohon pekerjaan di Bank Rakyat?

Okay pagi tadi dah update pasal Cara Memohon Latihan Industri di Bank Rakyat. Ni nak update pasal Cara Memohon pekerjaan kat Bank Rakyat pula. Dah jadi macam hari Bank Rakyat sedunia je pulak kan harini haha. Bukan apa, al-kisahnya semalam tengah korek-korek maklumat pasal LI di BR, terjumpa la soalan-soalan yang orang tanya macam mana nak tahu jawatan kosong di Bank Rakyat, macam mana cara nak mohon, boleh ke walk in hantar resume di cawangan BR semua. So, macam rugi pula nak lepaskan informasi berguna ni begitu saja. Yelahh.. Kita mudahkan urusan orang, Allah akan mudahkan urusan kita kan inshaaAllah :)

Macam mana cara memohon pekerjaan di Bank Rakyat?
Bank Rakyat Bank Pilihan Anda

Berikut adalah proses-proses permohonan jawatan kosong di Bank Rakyat:

  • jawatan-jawatan kosong akan diiklankan memalui laman web jobstreet.com
  • hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk proses temuduga
  • sekiranya tiada panggilan atau maklum balas dari pihak Jabatn Penyumberan&Pengambilan dalam tempoh 6 bukan dari tarikh permohonan, peromohonan dianggap tidak Berjaya.
  • maklumat pemohon akan disimpan selama 6 bulan dari tarikh permohoanan selama 6 bulan dari tarikh peromohonan(semua maklumat akan dikeluarkan dari data BR selepas tempoh tersebut)

Permohonan untuk jawatan kosong di BR boleh dilakukan dengan melayari laman web korporat BR http://www.bankrakyat.com.my/career . Selain itu boleh juga dilakukan melalui carian ‘bank rakyat’ di dalam laman web www.jobstreet.com.my

Ada sedikit Q&A (Questions and Answers) berkaitan permohonan kerja di Bank Rakyat yang saya ambil dari Facebook Bank Rakyat.

Q: Kalau nak hantar resume permohonan kerja saya di bank rakyat yang berdekatan boleh ke?
Ada jugak soalan – Boleh ke kalau saya hantar resume ke bank rakyat berdekatan secara face to face?
A: Permohonan untuk jawatan kosong di BR MESTI dibuat melalui laman web korporat BR http://www.bankrakyat.com.my/career ATAU melalui carian ‘bank rakyat’ di dalam laman web www.jobstreet.com.my.

Q: Jika dah lulus interview jawatan kerani, bila boleh lapor diri untuk bekerja?
A: Mohon rujuk Jabatan Penyumberan & Pengambilan di talian 03-26129600.

Q: Jawatan yang ada cuma kontrak. Tak ada yang permanent(kekal) ke?
A: Untuk makluman, taraf jawatan adalah kontrak dan sekiranya prestasi kerja mencapai tahap yang dikehendaki, berkemungkinan akan diserap ke jawatan tetap. Permohonan perlu dibuat melalui link di atas.

Q: Macam mana nak mohon BR Smart di Bank Rakyat?
A: Boleh mohon di cawangan BR yang berdekatan.

Oh saya pernah tengok cara BR Smart bekerja. BR Smart ni dikenali juga sebagai Pengawai Pemasaran. Kena cari orang buat pembiayaan(loan) di Bank. Perghh bukan senang. Ada target nak kena achieve setiap bulan, kena pandai pujuk promote, kena petah berkata, kena yakin dengan apa yang dikatakan. Wahhh memang saya respect dengan kerja BR Smart ni.

Yang terbaru saya lihat di Laman Web Career Bank Rakyat, terdapat 20 kekosongan jawatan kosong di Ibu Pejabat dan Cawangan-cawangan seluruh Malaysia:

1. Eksekutif Sementara
2. Kerani Sementara

  • Tiada pengalaman kerja diperlukan
  • Perkhidmatan secara sambilan
  • Tempoh perkhidmatan selama 3 bulan.


Kalau nak tahu syarat-syarat jawatan kosong secara details boleh layari laman web yang saya nyatakan di atas tadi.

Apalagi .... sharing is caring! Sebarkan lah info jawatan kosong ni kepada saudara mara atau keluarga ke, mana tahu rejeki dapat kerja di situ amin :)

Entri berkaitan kerja kosong yang lain: 

You Might Also Like

4 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.