http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Ada Apa Dengan Cinta 2 Bakal Ditayangkan Di Pawagam 28 April 2016!

By 6:19:00 PM , ,

Ada Apa Dengan Cinta 2 Bakal Ditayangkan Di Pawagam 28 April 2016!

Wah wahhh ada Ada Apa Dengan Cinta 2 lah! Perghh perghh ingat lagi dulu Ada Apa Dengan Cinta famous gilos kot! Masa tu saya sekolah rendah lagi. Darjah 1 hahaha. Budak hingusan sangat lagi masa tu. Tahun 2001 tak silap saya Ada Apa Dengan Cinta yang pertama. Saya pun ingat ingat lupa jalan cerita dia. Yela budak budak lagi kan masa tu. Kakak saya sampai beli CD dia lagi, tengok ulang-ulang haa. Betapa famous nya cerita ni sampai sekali dengan lagu-lagu dia hits - nyanyian Melly Goeslow. 

Lagu Ada Apa Dengan Cinta 2 yang sekarang ni pun Melly Goeslow yang nyanyi, feat dengan Marthino Lio. Judul lagu OST ni - Ratusan Purnama. Dan ternyata sangat sedap lagu dia!

Ada Apa Dengan Cinta 2
Ada Apa Dengan Cinta 2

Ada Apa Dengan Cinta 2 bakal ditayangkan di pawagan pada 28 April 2016, Khamis. Trailer Ada Apa Dengan Cinta 2 boleh tengok di SINI dan sudah mencecah 1 juta lebih view dah. Saya pun excited nak tengok walaupun saya tak ingat pun jalan cerita Ada Apa Dengan Cinta 1 dulu haha.

Sinopsis Ada Apa Dengan Cinta 2

Filem ini masih menceritakan kisah cinta antara Cinta (lakonan Dian Sastrowardoyo) dan Rangga (lakonan Nicholas Saputra). Cinta & Rangga telah berpisah selama 14 tahun. Namun, setelah sekian lama berpisah, mereka dipertemukan kembali untuk menyemai kembali kasih di antara mereka.

Bolehkah Cinta dan Rangga kembali melanjutkan kisah cinta mereka walaupun setelah lama berpisah? 

Filem Ada Apa Dengan Cinta 2 ini juga ada memuatkan juga syair-syair yang indah dari Rangga. Wahhhh tak sabar-sabar nak dengar syair ni. Mesti gadis-gadis cair punya lah kan.

Pelakon Ada Apa Dengan Cinta 2

Barisan pelakon : Dian Sastrowardoyo, Nicholas Saputra, Adinia Wirasti, Titi Kamal, Denis Adhiswara, Sarita Tahib, Ario Bayu, Cristian Sugiono, Sissy Priscilia, Dimi Cindyastira.

Produksi : Miles Films, Legacy Pictures.

Penulis : Mira Lesmana, Prima Rusdi

Produser : Mira Lesmana 

Ada Apa Dengan Cinta 2
Pelakon Ada Apa Dengan Cinta 2

Ada Apa Dengan Cinta 2
Pelakon Perempuan Ada Apa Dengan Cinta 2

Hero heroin Ada Apa Dengan Cinta 2
Hero dan heroin 

Ada Apa Dengan Cinta 2
Barisan pelakon Ada Apa Dengan Cinta 2

Ada Apa Dengan Cinta 2 Dian Sastrowardoyo
Dian Sastrowardoyo

Ada Apa Dengan Cinta 2
Cinta dan Rangga

Ada Apa Dengan Cinta 2 Nicholas Saputra
Nicholas Saputra

Pelakon Ada Apa Dengan Cinta 2
Cantik cantik aih pelakon dia hehe

Ada Apa Dengan Cinta 2
Ada Apa Dengan Cinta 2 di pawagam 28 April 2016
update terbaru (28 April 2016):

Yezzahh hari ni dah mula ditayangkan di semua pawagam di Malaysia. Haaa mesti ramai yang tak sabar-sabar nak terkam panggung wayang nak tengok AADC 2 ni kan hahaa. Yela nak tengok kisah sambungan cinta Rangga dengan Dian selepas berpisah 13 tahun kan hehe.

Okay saya pun ada tengok dekat website MBO Cinema tadi. Dah boleh book tiket wayang dah pun. Tadi saya tengok semua masa available lagi kalau nak book. Tapi orang kata kalau book, harga tiket mahal sikit daripada walk in terus beli di panggung wayang.

MBO CINEMAS ada banyak cawangan/tempat dia :

Batu Pahat Mall, Batu Pahat, Johor
Brem Mall, Kepong, Selangor
Central Square, Sungai Petani, Kedah
Citta Mall, Ara Damansara Selangor
Era Square Mall, Seremban Negeri Sembilan
Galaxy Shopping Centre, Ampang, Selangor
Harbour Place, Kajang, Selangor
Heritage Mall, Kota Tinggi, Johor
Melaka Mall Complex, Melaka
Space U8, Bukit Jelutong
Subang Parade, Subang Jaya
Taiping Sentral Mall, Taiping, Perak
Viva Home, Cheras, Kuala Lumpur (klik SINI untuk tahu waktu tayangan Ada Apa Dengan Cinta 2 di MBO Viva Home)

Jika nak tahu bila masa dan tarikh yang available untuk menonton filem Ada Apa Dengan Cinta 2 ni , boleh pergi ke website MBO Cinemas : klik SINI . Dekat situ jugak boleh tengok tiket dah habis dijual atau masih ada kosong.

Okay selamat menonton! Lepastu nanti beritahu saya best ke tak cerita AADC2 tu tau hehee.

You Might Also Like

6 comments

  1. ok..nak kasitau..dulu saya pun pernah tengok movie ni.hahahaha. siap beli..waktu sekolah dulu, jiwang habis! now, keluar pulak yang no 2. haruslah pergi tengok walaupun kawan-kawan nak kutuk. tapi...biarlah mereka nak kutuk pun, janji kita tau apa yang berlaku dalam hidup kita. kan? hehehehe..

    ReplyDelete
  2. Pasti BOOM cerita ni di pawagam nanti, peminat AADC pastinya menunggu kesinambungannya

    ReplyDelete
  3. Pawagam ngan MBO lain ke brada? Pawagam johor ada kat mana e? Mohon info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Batu Pahat Mall, Batu Pahat
      Heritage Mall, Kota Tinggi

      Delete
  4. PG suka giler dengan kengkawan si dian :)

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.