http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Baucar Buku 1 Malaysia Dah Dapat Yeay!

By 7:12:00 PM ,

Baucar Buku 1 Malaysia Dah Dapat Yeay!

Alhamdulillah petang semalam, 20 Mac 2016 dengan jayanya meredah hujan sorang-sorang sanggup pergi Dewan K13, ambil baucar buku 1 Malaysia yang berharga RM250 ni!

Baucar Buku 1 Malaysia Dah Dapat Yeay!
Baucar Buku 1 Malaysia saya punyaaaa yeay!

Lupa nak beritahu kawan-kawan nak pergi ambil sekali, makanya terpaksa la pergi sorang-sorang. Saya pergi ambil tu kira-kira pukul 4 petang lebih jugak. Memang saya jalan laju-laju la kan sebab takut juga sorang-sorang kan dengan dunia sekarang ni makin scary. Nasib baik dalam pergi dari kolej dan pulang ke kolej ada la beberapa manusia yang macam saya juga, ambil baucar buku.

Time sampai kat Dewan K13 tu memang dah basah lenjun seluar dengan stokin. Masuk dewan sejuk sebab ada aircond, sempat la dia kering sikit. Ramai juga orang kat dewan, mungkin dah akhir-akhir masa nak tutup (masa tutup : 5:30 petang) dorang cepat-cepat la kan datang nak ambil. 

Kena beratur, lepas tu naik pentas ada beberapa meja. Daftar kat situ. Bagi kad pengenalan I/C & Kad Matrik kat akak bertugas tu. Lepastu sign dan tulis nombor matrik. Lepastu turun dari pentas juga ada meja, pergi ke situ untuk cop dan tulis nombor I/C. Orang yang bertugas tu kata, cop tu penting. Kalau baucar buku tak ada cop di belakangnya, sia-sia je tak boleh guna. Nauzubillah!

Tak lama pun, sekejap je.. taraaaa~~ dah siap! Dah boleh balik, meredah hujan lagiii..

Baucar Buku 1 Malaysia Dah Dapat Yeay!
Baucar Buku 2016 - RM250

MAKLUMAT TERKINI AGIHAN BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA (BB1M) 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Barisan MPPUPM sukacita memaklumkan bahawa agihan Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) kepada warga UPM akan diadakan pada ketetapan berikut: Tarikh: 19 & 20 Mac 2016 Tempat: Dewan Putra 1, Kolej 13 Masa: 8.30 pagi - 5.00 petang Tarikh: 21 & 22 Mac 2016 Tempat: Kolej 11 Masa: 8.30 pagi - 4.30 petang Tarikh: 23 & 24 Mac 2016 Tempat: Foyer Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan Masa: 8.30 pagi - 4.30 petang Tarikh: 28 Mac 2016 - 30 Jun 2016 Tempat: Seksyen Kewangan Pelajar 1, Bangunan Pentadbiran UPM (Asasi & Bacelor) / Seksyen Kewangan Pelajar 2, Sekolah Pengajian Siswazah 2 (Master & PhD) Masa: 8.30 pagi - 1.00 petang & 2.30 petang - 4.30 petang. Kepada pelajar yang tidak berada di UPM atas urusan menjalani latihan industri dan menghadapi beberapa kesulitan untuk hadir pada tarikh berkenaan, sila hubungi pihak Pejabat Bursar di talian 0389466208. Sekian, terima kasih.

You Might Also Like

1 comments

  1. Jelesnya! Kena jadi student balik lah! Salam kenal :)

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.