http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Bila jadi student, lain kau hafal lain kau target, lain yang masuk

By 11:08:00 AM , , ,

Bila jadi student, lain kau hafal lain kau target, lain yang masuk

Ni haritu punya test 1 Teori Graf grrr. Ingatnya proof theorem 1.3 atau 1.4 atau 1.5 yang masuk, rupa-rupanyaaa.. theorem 1.6! Hahahaha. Masalahnya dalam kelas Dr bagi hint dekat theorem 1.5 tapi yang keluar test jauh lain bebeno. Sabar je lahhh. Saya mampu lukis graf je dekat bahagian jawapan soalan tu. Tak mampu nak tulis proof panjang-panjang sobsob.

Bila jadi student, lain kau hafal lain kau target, lain yang masuk
3 JENIS STUDENT ketika exam ahahaha

Itu lah student kan. Hafal lain, keluar lain. Target benda ni, benda lain yang keluar exam. Yelaa budak yang malas macam saya ni memang tak berapa nak rajin nak hafal semua kan. Lagi-lagi saya ambil course pure matematik - yang ada kaitan dengan theorem, kena proof macam mana dapat theorem tu. Okay alasan semata haha.

Bila jadi student, lain kau hafal lain kau target, lain yang masuk
TAWAKAL & REDHA

Tapi time situasi lain-kau-hafal-lain-yang-masuk-exam tu, memang kena ingat Allah banyak-banyak. Tawakal. Redha. Nak mengeluh, nak menangis air mata darah sekali pun, benda dah jadi. So, kena jadikan ia sebagai pengajaran supaya tak berlaku kesilapan yang sama. Tapiiii.. tak mustahil setiap kali exam benda ni mesti berlaku haha. Kalau tak banyak, satu soalan pun ada kemungkinan yang tak pernah terjangka soalan tu boleh keluar.

Bila jadi student, lain kau hafal lain kau target, lain yang masuk
tahu pun kidding >.<

Bila jadi student, lain kau hafal lain kau target, lain yang masuk
Lepas exam, terus tak ingat semua benda yang dah dihafal sebelum ni hahaha


Oh ada lagi satu situasi di mana.. sesetengah soalan exam tak sama langsung dan tak ada iras-iras pun seperti di nota lecturer & latihan & example nota. Masa ni rasa macam nak ketuk-ketuk kepala kertas tu bagi benjol sebab ada soalan macam tu hahaa. Yelaa dalam latihan atau example notes bukan kemain senang soalan. Tapi bila keluar exam, pusing 180 degree. Susah! Hahaha. Tapi tak ada laa semua soalan exam macam tu. Biasanya, satu atau dua soalan je macam tu. Yang lain okay je. Depend kita study ke tak je.

Bila jadi student, lain kau hafal lain kau target, lain yang masuk
Sangat krik krikkk
Yezzaahhh! Pernah tak jadi awkward (kekok) moment macam tu? Bila bukak je paper exam, tengok soalan nombor 1 pun kalau tiada kesabaran yang tinggi boleh membawa kepada kata-kata carut haha. Lepastu pindah soalan nombor 2 .. pun... krik krik krik. 

"Dia tanya apa ni?"

"Soalan ni dia nak apa sebenarnya?"

Hahaha. Lepas tu tengok kawan.. kiri ..kanan ..depan ..pun sedang krik krik krik gak. Tenung soalan tu dengan penuh blur nya hahaha. Adehh sabau jelah. Nasib baik tak semua soalan krik krik. Kalau semua soalan macam tu, kita yang something wrong somewhere, bukan soalan exam tu haha.

Bila jadi student, lain kau hafal lain kau target, lain yang masuk
senyuman paksa haha

Bila jadi student, lain kau hafal lain kau target, lain yang masuk
DID YOU STUDY FOR THE TEST?

Apa-apa pun, nak berjaya bukan mudah ..kecuali budak genius. Kena usaha dan rajin dan study smart. Hendak seribu daya kan :)

Nothing's Impossible
Conclusionnya, walaupun bukan selalu situasi -lain kau hafal lain kau target, lain yang masuk- tu.. tapi bila terjadi situasi cenggitu, kita kena lah cekal tabah menghadapinya. Tawakkal tu alallah & redha. Sekian wallahualam.

Entri lain :

You Might Also Like

1 comments

  1. haha..betul tu.akak pun gitu dulu.lagi kalau amik course 'pure' ni,suka spot hafal formula

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.