Search This Blog

Loading...


"ketika ini semua manusia hakikatnya sedang tidur..."

By 1:27:00 AM , , ,

"ketika ini semua manusia hakikatnya sedang tidur..."

Dalam dunia ni terlalu banyak lagha, lalai, alpa dan lupa. Tahap pelupa nya manusia ni ialah contohnya sekarang kita tengah dengar ceramah dan kita tersentuh dengan isi ceramah tu, tetapi lepas habis ceramah tu terus kembali ke asal. Sekarang kita berdoa menangis menyesali dosa-dosa yang dahulu, tetapi tidak berapa lama selepas kita mengaminkan doa kita, kita kembali menjadi manusia yang lalai.

"ketika ini semua manusia hakikatnya sedang tidur..."
Ar Rum : 7

Walau kita rasa pada satu masa kita rasa baikkkk sangat dan dah banyak buat amal kebaikan.. tapi tidak lama lepas itu perangai lagha kita kembali. Iman kita turun semula. Lepastu naik balik. Patut lah ada satu doa ni yang menyuruh kita berdoa kepada Allah yang membolak balikkan hati agar menetapkan dan mengukuhkan kita di jalan-Nya. Kerana iman kita, manusia, sesungguhnya ada pasang dan surut. Begitu juga dengan hidup kita yang seperti roda, adakala ada di bawah, adakala ada di atas.

"ketika ini semua manusia hakikatnya sedang tidur..."
kata hikmah Sufyan Al-Thauri

Benarlah kata Sufyan Al-Thauri - "Ketika ini semua manusia hakikatnya sedang tidur. Setelah mati nanti, barulah mereka sedar daripada tidur mereka."

Di dalam Al-Quran ada mengatakan bila kita mati nanti, kita akan merayu kepada Allah untuk kembali semula ke dunia untuk berbuat amal soleh dan beribadat sepenuh hati kepada-Nya. 

Hmmmm takutnya. Kita tak bersedia untuk mati, tapi dah cukup kah bekalan kita untuk dunia di alam sana nanti?

#muhasabahdiri

You Might Also Like

7 comments

  1. Hakikatnya sekarang..kak umul bru bngun..hehe..slm subuh kc

    ReplyDelete
  2. Allahu..terima kasih peringatan ini..buat kak PC tersedar sendiri...takut..risau..bersilih ganti...sudah cukupkah persediaan diri untuk hidup di alam akhirat edangkan laghanya kadang seolah tidak ingat mati yang pasti :(

    ReplyDelete
  3. Masih banyak lagi yang perlu diperbaiki.. :(

    ReplyDelete
  4. kerana itu juga kita dituntut untuk selalu beristighfar..
    semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita kerana selalu terlupa dan selalu terlena... :(

    nice quotes KC...!

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.