http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Permohonan Online Biasiswa MyBrain15 KPT - MyMaster2016 & MyPHD2016 Kini Dibuka

By 2:31:00 PM , ,

Permohonan Online Biasiswa MyBrain15 KPT - MyMaster 2016 & MyPHD 2016 Kini Dibuka

Pagi ni saya buka facebook, ada notifikasi dari Facebook Page Biasiswa JPA. Dan saya pergi ke Facebook Page Official MyBrain15 KPT. Terdapat post terbaru seperti di bawah ini :

DIMAKLUMKAN BAHAWA PERMOHONAN PROGRAM MYBRAIN15 DIBUKA BERMULA 16 MAC 2016 HINGGA 30 APRIL 2016, JAM 11.59 MALAM. PERMOHONAN YANG DITERIMA SELEPAS DARIPADA TARIKH TUTUP TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

Syarat - syarat permohonan dan elemen pembiayaan Program MyMaster boleh dirujuk di pautan berikut: https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBra…/…/index_mymaster2016.php
Syarat - syarat permohonan dan elemen pembiayaan Program MyPhD boleh dirujuk di pautan berikut:
Pemohon diingatkan untuk membaca dengan teliti semua prosidur berkaitan permohonan, keperluan - keperluan permohonan dan maklumat berkaitan serta memastikan semua dokumen yang diperlukan dimuat naik dengan lengkap dan boleh dilihat dengan jelas.
Permohonan yang telah berjaya dihantar tidak boleh dibuat sebarang pindaan sehingga keputusan diumumkan. Justeru, sila semak dengan teliti sebelum permohonan dihantar.
Permohonan yang tidak lengkap dan tidak mengikuti syarat - syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
Bahagian Biasiswa, KPT
16 Mac 2016
Permohonan Online Biasiswa MyBrain15 KPT - MyMaster2016 & MyPHD2016 Kini Dibuka
Biasiswa MyBrain15 MyMaster


Permohonan Online Biasiswa MyBrain15 KPT - MyMaster2016 & MyPHD2016 Kini Dibuka
Biasiswa MyBrain15 MyPHD

Program Biasiswa MyBrain15 KPT MyMaster dan MyPHD 2016


Syarat-syarat Am

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2016
3. Pemohon mestilah:
        i. Orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap; atau
        ii. Kakitangan swasta; atau
        iii. Pensyarah IPTS; atau
        iv. Kakitangan kerajaan/badan berkanun/IPTA (kontrak/sambilan/sementara); atau
4. Pemohon yang bekerja di luar negara tidak layak memohon.
5. Pemohon tidak memiliki Ijazah Sarjana Kedoktoran atau setaraf semasa memohon MyPhD.
6. Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan akademik seperti berikut:
        i. Memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan PNGK 3.00 - 4.00 atau setara;
7. Memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan telah menerima surat tawaran tidak bersyarat daripada IPT atau telah memulakan pengajian di IPT. Pengajian mestilah di peringkat Ijazah Kedoktoran atau sijil profesional yang setaraf dengan Ijazah Kedoktoran sahaja.
8. Pemohon tidak menerima pembiayaan lain daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang sama, kecuali yang dibenarkan sahaja seperti berikut:
        i. Pemohon kategori orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap boleh menerima elaun pembantu penyelidik siswazah atau pinjaman pelajaran daripada penaja lain, dengan syarat ia bukanlah pinjaman boleh ubah atau biasiswa penuh.
        ii. Pemohon kategori kakitangan swasta dan pensyarah IPTS boleh menerima pinjaman pelajaran daripada penaja lain atau pembiayaan tambahan daripada majikan masing-masing, dengan syarat ia bukanlah pinjaman boleh ubah atau biasiswa penuh.
        iii.Pemohon kategori kakitangan kerajaan/badan berkanun/Universiti Awam (kontrak/sambilan/sementara) boleh menerima pinjaman pelajaran daripada penaja lain, dengan syarat ia bukanlah pinjaman boleh ubah atau biasiswa penuh.
9. Mod pengajian yang perlu diikuti oleh pemohon adalah secara sepenuh masa sahaja.
10. Pemohon boleh mengikuti pengajian dalam semua bidang sama ada di Universiti Awam atau IPTS bertaraf Universiti dan Kampus Universiti Luar Negara.

Tempat Pengajian & Kemudahan Elaun MyMaster 2016

i. Semua Universiti Awam
ii. Semua IPTS bertaraf Universiti dan Kampus Universiti Luar Negara Sila klik di sini untuk mengetahui senarai IPT berkenaan. (PINDAAN SENARAI IPT)
iii.Kemudahan & Elaun
(a) Kemudahan dan elaun yang layak dibayar kepada pemohon yang berjaya adalah seperti berikut:
KATEGORIYURAN PENGAJIANELAUN BANTUAN TESIS
M1 : PenyelidikanTidak melebihi RM10,000Tidak melebihi RM3,000
M2 : Campuran (Kerja Kursus dan Tesis)Tidak melebihi RM10,000Tidak melebihi RM1,500
M3 : Kerja KursusTidak melebihi RM10,000Tiada
Nota:
        a. Yuran pengajian tidak melebihi RM10,000 untuk keseluruhan tempoh pembiayaan yang diluluskan. Yuran pengajian yang dibiayai tidak termasuk deposit, wang hemat diri dan yuran penginapan.
        b. Tempoh pembiayaan dikira bermula pada semester semasa bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian atau mengikut surat tawaran IPT bagi yang belum memulakan pengajian.
        c. Elaun Bantuan Tesis dibayar sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian dan tertakluk kepada siling yuran pengajian yang masih berbaki.
(b) Pembayaran yuran pengajian akan dibuat terus kepada Bendahari IPT berdasarkan invois yang diterima.

Tempat Pengajian & Kemudahan Elaun MyPHD 2016

i. Semua Universiti Awam
ii. Semua IPTS bertaraf Universiti dan Kampus Universiti Luar Negara Sila klik di sini untuk mengetahui senarai IPT berkenaan. (PINDAAN SENARAI IPT)
iii.Kemudahan & Elaun
(a) Kemudahan dan elaun yang layak dibayar kepada pemohon yang berjaya adalah seperti berikut:
KATEGORIYURAN PENGAJIANELAUN SARA HIDUPELAUN BANTUAN TESISELAUN BANTUAN JURNAL
P1 : Orang awam tidak bekerja dan tidak berdapatan tetapTidak melebihi RM24,000RM1,800 sebulanTidak melebihi RM3,000Tidak melebihi RM2,000
P2 : Kakitangan SwastaTidak melebihi RM24,000TiadaTidak melebihi RM3,000Tidak melebihi RM2,000
P3 : Pensyarah IPTSTidak melebihi RM24,000TiadaTidak melebihi RM3,000Tidak melebihi RM2,000
P4 : Kakitangan kerajaan / badan berkanun / IPTA (kontrak/sambilan/sementara)Tidak melebihi RM24,000TiadaTidak melebihi RM3,000Tidak melebihi RM2,000
Nota:
        a. Yuran pengajian tidak melebihi RM24,000 untuk keseluruhan tempoh pembiayaan yang diluluskan. Yuran pengajian yang dibiayai tidak termasuk deposit, wang hemat diri dan yuran penginapan.
        b. Tempoh pembiayaan dikira bermula pada semester semasa bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian atau mengikut surat tawaran IPT bagi yang belum memulakan pengajian.
        c. Elaun Bantuan Tesis dan Elaun Bantuan Jurnal dibayar sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian dan tertakluk kepada siling yuran pengajian yang masih berbaki.
(b)Pembayaran yuran pengajian akan dibuat terus kepada Bendahari IPT berdasarkan invois yang diterima. Manakala elaun sara hidup akan dibayar ke akaun pelajar yang berkaitan.

Cara-cara memohon online MyPHD & MyMaster


1. Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) melalui laman web MyBrain15 https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain15
2. Permohonan perlu dibuat secara atas talian sepenuhnya dengan klik menu LOG MASUK di atas, dan mendaftar sebagai pengguna sistem. Permohonan secara manual tidak akan diproses.
3. Pemohon hendaklah memastikan rancangan penyelidikan (proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia. Pengesahan perlu dibuat pada muka surat pertama rancangan penyelidikan tersebut. Sila rujuk Lampiran A untuk panduan penyediaan.
4. Pemohon dikehendaki mencetak, mengisi dan memuat naik Borang Pengesahan Maklumat Pemohon melalui permohonan ini.
5. Semua dokumen sokongan yang disertakan perlu diimbas (scan) dari dokumen asal dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik (upload) dalam sistem permohonan atas talian ini. Dokumen yang diambil(capture) menggunakan kamera tidak akan diterima.

6. Jika tiada dokumen asal, pelajar boleh mengimbas dari dokumen salinan photostat tetapi dokumen tersebut perlu diakui sah oleh pegawai Kerajaan / badan berkanun dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) / Penggawa / Ketua Kampung / Ketua Masyarakat.
7. Dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik adalah seperti berikut:
BILDOKUMENFORMATSAIZ DOKUMEN
1Salinan kad pengenalan pemohon (depan dan belakang)PDF280KB
2
Rancangan penyelidikan (proposal) yang disahkan oleh penyelia (muatturun format di Lampiran A
(Pemohon yang mengikuti pengajian secara Mod Penyelidikan sahaja)
PDF300KB
3Salinan transkrip akademik di peringkat Ijazah SarjanaPDF400KB
4Salinan surat tawaran kemasukan ke IPT, dan pindaan surat tawaran (jika berkenaan).PDF200KB
5Borang Pengesahan Maklumat PemohonPDF400KB
8. Pemilihan calon akan dibuat berdasarkan penilaian oleh suatu Jawatankuasa yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan Tinggi yang bermesyuarat secara berkala.
9. Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon melalui emel dan sms dalam tempoh 7 hari selepas keputusan Jawatankuasa dan pemohon perlu mencetak surat tawaran secara atas talian.
10. Jika berjaya, pemohon dikehendaki mengemukakan semua dokumen seperti yang dinyatakan dalam Senarai Semak Dokumen Tawaran MyBrain15 ke Bahagian Biasiswa, KPT dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran program. Kegagalan pelajar untuk berbuat demikian boleh menyebabkan kelulusan yang diberikan ditarik balik dan terbatal.
11. Pelajar juga bertanggungjawab untuk memberikan sesalinan surat tawaran program kepada pihak Bendahari dan Sekolah Pengajian Siswazah IPT serta memastikan invois yuran pengajian bagi setiap semester dihantar ke Bahagian Biasiswa, KPT.

Untuk lebih info, klik SINI
Untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan tentang MyBrain15 ni, boleh pergi ke Facebook Page MyBrain15, klik SINI atau hubungi contact 03-8888 1616.

Sekian :)

You Might Also Like

4 comments

  1. berangan-angan nak sambung belajar... tapiiiiiiiiiii....
    *krikk krikk krikkk*

    apapun nice sharing KC...! :)

    ReplyDelete
  2. Hello,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Jane Alison, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi hari ini kami melalui e-mel supaya kita boleh memberikan syarat-syarat pinjaman dan syarat-syarat kami di: (saintloanss@gmail.com)

    ReplyDelete
  3. Hai awak boleh saya tnya selalunya permohonan ni buka semula bila ya? Saya dapat tawaran lambat dalam hujung bulan 6 hari tu.. sekarang dh masuk tapi masih tak boleh mohon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohhh permohonan ni buka balik bila saya tak tahu pula. maaf.

      Delete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.