PERMOHONAN TEMPAHAN UJIAN UNDANG-UNDANG BAHAGIAN 1 BERKOMPUTER SECARA ONLINE - sayidahnapisahdotcom PERMOHONAN TEMPAHAN UJIAN UNDANG-UNDANG BAHAGIAN 1 BERKOMPUTER SECARA ONLINE
LightBlog

PERMOHONAN TEMPAHAN UJIAN UNDANG-UNDANG BAHAGIAN 1 BERKOMPUTER SECARA ONLINE

PERMOHONAN TEMPAHAN UJIAN UNDANG-UNDANG BAHAGIAN 1 BERKOMPUTER SECARA ONLINE

Wahh dah boleh mohon buat tempahan Ujian Undang-Undang Bahagian 1 Berkomputer secara dalam talian (online) lah! Perghh saya baru tahu benda ni. Rugi kalau info ni saya tak kongsikan dengan semua. Yelaa masa saya dulu nak daftar, bukan saya yang daftar tapi agen pusat memandu saya yang daftar.

PERMOHONAN TEMPAHAN UJIAN UNDANG-UNDANG BAHAGIAN 1 BERKOMPUTER SECARA ONLINE
PERMOHONAN MENDUDUKI UJIAN UNDANG-UNDANG

Berdasarkan info yang saya dapat di laman web Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)....

Permohonan untuk menduduki Ujian Undang-undang Bahagian 1 Berkomputer secara online boleh dibuat tempahan melalui internet di Laman Web yang disediakan pembekal sistem  eKhidmat secara online melalui alamat web SP seperti berikut:
Syarat-syarat permohonan:
  •          Mestilah berumur 16 tahun ke atas.
  •          Telah mendaftar di Sistem eKhidmat.
  •          Telah mengikuti kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01) di Institut Memandu).
  •          RM 27.00 untuk ujian kali pertama atau ulangan 

PERMOHONAN UJIAN UNDANG-UNDANG JALAN RAYA (BAHAGIAN 1) LISAN BAGI CALON BUTA HURUF/ LEMBAM
Permohonan ujian undang-undang (Bahagian 1) lisan bagi calon buta huruf/lembam boleh dilakukan di JPJ Negeri/Cawangan sahaja.
Syarat- syarat permohonan:
  • Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan untuk menduduki Ujian Undang-Undang Jalan Raya (Bahagian 1) Lisan dengan hadir sendiri ke pejabat JPJ Negeri yang terlibat.
  • Borang permohonan perlu diisi dua (2)salinan dan ruangan Bahagian 1 boleh diisi oleh pemohon atau waris terdekat. Borang permohonan adalah seperti di Lampiran A1 atau A2.
  • Umur pemohon adalah sebagaimana yang ditetapkan di dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987.
  • Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia.
  • Permohonan hendaklah disahkan oleh:-
                        Ø  Kategori Buta Huruf
  • Penghulu/ Guru Besar/ Pengetua Sekolah/ Pegawai Kerajaan Kumpulan A/ Wakil Rakyat/ Jaksa Pendamai atau Ketua Masyarakat bagi Sabah dan Sarawak.
                        Ø  Kategori Lembam
  • Pegawai Perubatan Kerajaan/ Kad OKU (Masalah Pembelajaran)
  • Bagi pemohon yang lembam (slow learner/ pemegang kad OKU masalah pembelajaran) hendaklah mengemukakan surat pengesahan daripada pengamal perubatan dalam bidang berkenaan bagi mengesahkan calon berkenaan mampu menduduki ujian teori dan amali memandu dan layak memandu

Dokumen yang diperlukan:
  • Borang permohonan
  • Kad pengenalan asal
  • Pengesahan pengamal perubatan berdaftar

PANDUAN UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN UJIAN BAHAGIAN 1 BERKOMPUTER SECARA ONLINE (Theory Test Booking Procedure)

1. Layari laman web www.rilek.com.my

2. Klik JPJ (perkataan di bawah logo JPJ)

PERMOHONAN TEMPAHAN UJIAN UNDANG-UNDANG BAHAGIAN 1 BERKOMPUTER SECARA ONLINE
Sistem e-khidmat secara online : Rilek 

3. Klik Booking Theory Test

PERMOHONAN TEMPAHAN UJIAN UNDANG-UNDANG BAHAGIAN 1 BERKOMPUTER SECARA ONLINE
Booking Theory Test

4. Step yang seterusnya perlu lah register & login & ikut step-step yang diberikan.

Jika mahu panduan penuh, boleh la rujuk dan download di SINI

Jika ada sebarang kemusykilan dan pertanyaan boleh hubungi bahagian JPJ Rilek 03-7886 7053 atau JPJ 03 8315 9200 / 03 8000 8000(umum)

Sekian moga bermanfaat :)

Post a Comment

1 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p