Semak Online Dan SMS Keputusan SPM 2015 Pada Mac 2016 - sayidahnapisahdotcom Semak Online Dan SMS Keputusan SPM 2015 Pada Mac 2016
LightBlog

Semak Online Dan SMS Keputusan SPM 2015 Pada Mac 2016

Semak Online Dan SMS Keputusan SPM 2015 Pada Mac 2016

Jeng jenggg 3 Mac 2016 ialah hari yang mengggeetarrrkan jiwa-jiwa pelajar yang telah mengambil exam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Getar sangat ni. Ketaq. Cuak. Nervous. Takutt. Macam-macam ada kan. Ye saya tahu perasaan ketaq nak check result tu. Sebab pernah mengalaminya. Lagi-lagi result bila melibatkan exam besar-besar ni contohnya PMR, SPM, Matrikulasi. Sekarang kat Universiti pun, cuaknya sama je. Tapi bezanya dekat Universiti boleh tengok simulasi(unofficial) result, dekat sekolah tak ada. Okay lah okay lahh. Result SPM  2015 saya baru dapat tahu boleh check guna SMS dan Online. Macam mana caranya?

Semak Online Dan SMS Keputusan SPM 2015 Pada Mac 2016
credit to ohspm.com

Oh sebelum tu, untuk makluman, keputusan PT3 haritu boleh check melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) kan? Tapi untuk SPM, tidak sesekali boleh untuk student semak atau check result di SAPSWalaubagaimanapun, Kementerian Pelajaran Malaysia KPM akan menyediakan semakan peperiksaan online melalui laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) di mana ia akan memaparkan keputusan SPM 2015 anda secara peringkat. Untuk keputusan yang lebih lengkap tetap hanya akan diperolehi terus dari sekolah ataupun Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Okay lah kalau tak boleh semak result dengan SAPS, melalui SMS dan online pun boleh kan? Kalau yang cara semak melalui online tu, saya dah jelaskan di atas. Sekarang ni jom tengok...


Cara Semak Keputusan SPM 2015 Melalui SMS


Taip SMS(jarak)No Kad Pengenalan(jarak)No Angka Giliran dan hantar ke 15888

ContohSPM 971403025778 KC007B067 dan hantar ke 15888.

Tapi kalau nak check result SPM ni secara online dan SMS, kena tunggu pada hari kejadian : 3 Mac 2016 (Khamis) pada 10 pagi

Info tentang cara semak keputusan SPM melalui SAPS, Online & SMS ni saya ambil dari ohspm.com.

Okay selamat berjayaa pada adik-adik yang nak check result SPM tu. Baca bismillah time nak check tu. Atau kalau nak surprise pun boleh, tak payah check-check. Just pergi ke sekolah untuk tahu resultnya. Masa akak dulu dulu, akak pergi je sekolah terus untuk ambil result walaupun hati dan jiwa bergegar-gegar gitu kan. 

Nak pesan siap-siap pada adik-adik di luar sana kan, kalau keputusan SPM tidak berapa memberangsangkan atau tidak mendapat seperti yang dikehendaki atau sangat rendah hingga tidak mampu pandang ke dunia ni sebab malu sangat, DON'T GIVE UP! Kehidupan lepas SPM lagi mencabar. Walaupun keputusan SPM penting, tapi diri awak sendiri tu pun penting juga. Prepare fizikal dan mental. Jangan ingat dunia dah berakhir bila result SPM awak tu teruk. Ada ramai je pelajar Universiti/Diploma yang result teruk di SPM. Lagi-lagi sekarang ni dah banyak tempat belajar :swasta/kolej vokasional/teknik dan banyak lagi. Grab peluang dan minta je semua tu. Berusaha sehabis daya lepas dapat result SPM ni.

Mana yang mendapat keputusan baik tu, haa jangan riak sangat pula haha. Say syukur first dan kena fikir yang terbaik nak pilih mana. Matrikulasi atau diploma atau asasi ke. Atau nak sambung SPM ke Form 6 pun boleh. Cuma kena yakin dengan pilihan awak tu. Jangan ikut kawan. Tetapkan pendirian! Macam akak dulu time lepas SPM, akak memang nak sangat apply matrikulasi tapi ramai orang sekeliling akak kata matrik susah la, tak galakkan akak apply la sebab takut tak boleh survive. Tapi family akak bagi full support dan nasihat kan akak jangan dengar kata-kata orang lain tu. Just go on with your plan. Kalau betul nak matrikulasi, just pergi apply matrik dan masuk matrik. Cara nak survive dalam tu, sebenarnya kunci kejayaan ialah rajin dan usaha

So, sama je awak pergi Universiti ke, Form 6 ke, Matrik ke, Asasi Ke, Diploma ke.. Kalau tak rajin dan usaha, awak tak berjaya juga melainkan awak genius. So, kalau orang kata macam-macam, situ susah la, sini susah la.. Balas kat mereka balik "benda apa yang senang dalam dunia ni?". Subjek pelajaran mana yang senang dalam dunia ni? Kalau nak difikirkan semua susah kan. Tinggal rajin dan usaha je. So... believe in yourself :)

Okay maaflah bebel pula nenek moyang ni hahaha. Tu lah 'sedikit' guide dan nasihat yang akak Sayidah comel ni boleh bagi. Redho dan bersyukur je dengan result SPM tu, jangan meroyan sangat dan yang paling dilarang-bunuh diri. Haroooommm tahu tak!

Okay okay saya stop dari teruskan bebelan yang panjang ni. Hahaha. Selamat berjaya adik-adik SPM semua. Muah ciked!

Wassalam.

Post a Comment

5 Comments

  1. Betul...
    kena rajin...:) kalau nak berjaya...

    ReplyDelete
  2. Thank for sharing.. ;)
    Owh ye, jemput join ke segmen saya yee

    http://hiphiphorray15.blogspot.my/2016/03/segmen-familyblogger.html

    ReplyDelete
  3. kak PC pulak yang berdebar...teringat dulu dulu...

    Kak PC tag adik ya..
    http://perducinta.blogspot.my/2016/03/segmen-familyblogger.html

    ReplyDelete
  4. Banyak nasihat KakCik Sayidah. Panjang =)
    Btw, betul nasihat tu. Tak rajin & tak nak usaha macam mana nak berjaya, ye tak? All the best untuk semua :)

    ReplyDelete
  5. aduhh..! terharunya baca nasihat dan pesanan kakak Sayidah yang comel ni.. terus adik rasa neves nak ambik result SPM esok.. kakak Sayidah tolong la doakan adik berjaya ye..! Adik nak sambung belajar kat universiti yang sama dengan kakak Sayidah.. nanti boleh lah saya jadikan kakak Sayidah Mentor Tunjuk Ajar KU Sifu saya yang paling awesome dan comel...!

    sekian komen saya.. *cukup tak 300 patah perkataan...?* hahahahahaa.. :p

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p