SEPAHTU REUNION EPISOD 13 EPISOD AKHIR - sayidahnapisahdotcom SEPAHTU REUNION EPISOD 13 EPISOD AKHIR
LightBlog

SEPAHTU REUNION EPISOD 13 EPISOD AKHIR

SEPAHTU REUNION EPISOD 13 EPISOD AKHIR

Haa siapa yang mengikuti rancangan sitkom komedi Sepahtu Reunion ni? Siapa yang follow setiap minggu tu,sila la bersedih sebab semalam, episod 13 ialah episod akhir sepahtu reunion. Sobsobsob. Dah tak ada pickupline dah setiap minggu untuk menggelikan hatiku haha

SEPAHTU REUNION EPISOD 13 EPISOD AKHIR
artis jemputan sepahtu reunion ep 13 - Adeline Tsen

Sepahtu Reunion Ep 13

Semalam tajuk bagi ep 13 ni ialah ROCK. Haaa bila dah rock tu rambut pun mesti lah bercirikan rock kan. Rambut panjang, hitam, serabut sikit haha. Seperti biasa, tak kering gusi den ketawa.  Lagi-lagi bila Syuib buat suara sengau adoiiii penat gelak. 

Artis Jemputan bagi episod kali ni ialah Adeline Tsen. Adeline ni boleh tahan juga menyanyi. Sedap.

SEPAHTU REUNION EPISOD 13 EPISOD AKHIR
Adeline Tsen & Mamat

Dan saya perasan gak yang .. Mamat untuk episod kali ni lebih natural dan ketika bercakap, lancar je. Tak de gagap-gagap. Dan juga tidak dibuli oleh Jep, Syuib dan lain-lain. Yelaa biasa nya episod sebelum-sebelum ni kan asyik kena buli laa, kena hina lahh, kena perli laa dengan ahli Sepahtu Reunion yang lain tapi semalam macam kurang laa. Tak ada la selalu seperti kebiasaannya.

Pickupline ada tak? Of courseee adaaa~! Jom ushar #pikapline...

SEPAHTU REUNION EPISOD 13 EPISOD AKHIR
sepahtu reunion

Awak berasal dari Kuala Lumpur dan penyanyi baru kami. Jadi, saya nak tanya sikit soalan.
Awak pernah gagal tak?

Pernah

Pernah gagal? Tapi... saya tak pernah gagal mendapatkan cinta awak.
cia cia ciaaa



Awak pernah jadi doktor?

Ye, pernah.

Pernah? Terima kasih lah kerana awak telah merawat hati saya.
cia cia ciaaa



Purple..kalau benar you daripada KL... bangunan apa yang paling tinggi di KL?

KLCC.

KLCC? Begitu lah tingginya hatiku padamu.
cia cia ciaaa



Awak tahu tak.. awak ni ibarat api? 
Dan saya ibarat lilin.
Sebab bila saya dekat dengan awak, saya cair...
cia cia cia ciaa~~


Adehhh penat geli geli jellyy tau dengar pickupline dorang ni. haha. Tapi sedih laa minggu depan dah tak ada daahh. Harap-harap la akan ada Sepahtu Reunion 2. Perghh mesti best hehe.

Okay, bagi siapa nak tonton atau download Sepahtu Reunion full episode boleh tonton di SINI

Selamat menonton!


Entri lain yang menarik :

Post a Comment

1 Comments

  1. Hihi...kak PC tengok kat you tube je dik...memang boleh senyum sendiri...

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p