http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

HANYA 3 KEADAAN YANG DIBENARKAN UNTUK MENIPU DALAM ISLAM

By 2:50:00 PM , ,

HANYA 3 KEADAAN YANG DIBENARKAN UNTUK MENIPU DALAM ISLAM

Siapa tak pernah menipu dalam hidup dia? Angkat tangan.. !

Okay tak ada orang angkat tangan ye. Maksudnya semua pernah menipu dalam seumur hidup dia walaupun sekali kan hehe.

Alaaa~ Time kecik kecik kita mesti la pernah menipu kan. Eleh jangan nipu laa kata takde. Masa kecik kecik, semasa puasa, petang-petang lepas penat main mesti cepat-cepat masuk tandas buat apa tuuu. Bukan minum air paip ke sebab haus gila? HHHAHAHA.

Kagum betul pada siapa la yang tak minum air paip time puasa kecik-kecik dulu. Tapi rasanya ramai yang ada pengalaman tu. So, tu dikira menipu la tu.

Menipu a.k.a berbohong ni memang tak best nak buat pun. Tapi nak buat macam mana, dalam sesetengah situasi/keadaan kita terpaksa mengaktifkan sel-sel menipu dalam badan kita. Hahaha.

Dalam Islam, ada 3 keadaan sahaja yang dibenarkan untuk kita menipu tau. Apakah 3 keadaaan itu?

HANYA 3 KEADAAN YANG DIBENARKAN UNTUK MENIPU DALAM ISLAM

1. Dalam peperangan.

  • Penjelasan untuk point ni saya tak ingat apa ustaz haritu terangkan sebenarnya hehe.
  • Mungkinnn.. mungkin.. saya rasa contohnya macam ni.. kalau kita dalam peperangan, lepastu ketua memberitahu kita bahawa musuh dah nak dekat padahal musuh tu jauh lagi. Kenapa ketua menipu kita sedemikian rupa? Ianya untuk membuatkan kita sentiasa bersedia, tidak leka dan tidak terlalu berada di safe zone. Bila kita di-mind set musuh nak dekat menyerang, mesti pasti kita lebih berhati-hati dan siap sedia dengan senjata semua. Lebih alert gituww.

2. Mendamaikan pergaduhan/persengkataan antara dua pihak.

  • Si A dan si B bergaduh. Kita nak damaikan perhubungan A dan B ni. Kita macam orang tengah la dalam menyelesaikan pergaduhan mereka ni.
  • So, kita beritahu dekat A ni .. si B tu puji dia dan tidak pernah cakap benda-benda buruk dekat dia. Walhal, baruuu je si B tu kutuk dia hodoh dan tak pandai tadi. 
  • Selepas tu, kita pergi pulak dekat si B beritahu si A ni baik je, tak pernah nak kata-kata buruk dekat dia. Padahal, si A baru je marah-marah kata si B tu jahat dan mata duitan. 
  • Tindakan kita untuk menipu si A dan si B dengan berkata benda yang berlawanan apa yang mereka kata antara satu sama lain adalah satu tindakan yang betul dan dibenarkan di dalam Islam. Sebab apa? Sebab niat kita nak baik-baikkan kedua dua pihak A dan B.

3. Suami/isteri kepada pasangannya untuk keharmonian keluarga.

  • Walaupun no.3 ni tak disebut di sini, tapi saya yakin mesti pasangan suami isteri pernah menipu antara satu sama lain. Kan kan kannn?
  • Saya tak nak sentuh tentang hal-hal yang berat : kahwin lain, menggatal dengan orang lain di facebook/whatsapp
  • Saya hanya nak beri contoh yang ringan-ringan je. Contohnya si suami dah makan di pejabat malam itu kenyang-kenyang sampai nak meletup perut. Lepas tu, bila dia balik ke rumah, si isteri pula tanya dah makan ke belum kepada si suami sebab dia dah masak sedap-sedap tadi. Si suami boleh menipu dengan menjawab dia tak makan lagi dan dia berasa sangat lapar demi menjaga hati isteri dia yang dah penat-penat masak untuk dia.
  • Contoh lagi satu.. bila isteri tanya sedap ke tak dia masak. Walaupun kurang sedap, si suami boleh menipu dengan berkata masakan si isteri sangat sedap dan menyelerakan. Penipuan jenis ni boleh di-apply kepada perempuan yang super sensitif kalau suami kata masakan dia tak sedap ke apa kan. Tapi kalau jenis isteri sporting dan jenis tak kisah kalau suami nak beri pendapat untuk kebaikan bersama, boleh je si suami terus terang "masakan awak ni tak sedap la. garam kurang. tak pedas pun, saya suka pedas-pedas. lepastu masakan awak ni manis sangat, saya tak suka manis-manis. blah blah blah..". Amboii banyak pulak komen-komen tak berbayar lepas kata masakan tak sedap tu kan hahahaha makan jelah.

Haaa. itu lah 3 keadaan yang dibolehkan untuk menipu. Yang no.2 tu saya baru tahu boleh menipu dalam keadaan macam tu. Ermmm, boleh lah lepas ni saya praktikkan kalau nak damaikan dua pihak hahaaha. Tapi jangan lah pulak sampai boleh membawa mudarat dan keburukan pada akan datang kan.

Ohh maklumat tentang 3 keadaan ni saya dengar di ceramah Ustaz BadliShah di TV Al-Hijrah haritu. Tajuk Rancangan saya lupa dah. Rancangan Cinta Ilmu tak silap saya namanya. So, jangan kata saya suka-suka create 3 keadaan ni hahaha. Lagi satu Ustaz Badlishah kata dalam Islam, tiada istilah tipu sunat tau. Hahaha.


Baca juga entri :

You Might Also Like

6 comments

  1. Bab suami isteri tu memang pernah juga la menipu, hehe sekadar nak ambil hati kot kan?

    ReplyDelete
  2. hehehe... terima kasih.. good to know this..

    ReplyDelete
  3. tentang no 2..maknanya kc rasa menipu dibenarkan dgn niat yg baik? niat menghalalkan cara keeeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan dah mention awal-awal. dalam Islam, ada 3 keadaan dibenarkan untuk menipu. dan no2 itu ialah salah satu keadaan yang dibenarkan. selain dari tiga-tiga ni, tak boleh. :) tu ustaz habaq mai laa, kc sampaikan je hehe

      Delete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.