http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

KETAHUI KALKULATOR ONLINE KIRA WAKTU KITARAN HAID DAN KIRA WAKTU SUBUR WANITA

By 3:00:00 PM , , ,

Al kisah semalam saya buat lah research sikit di Google bagaimana nak kira waktu kitaran haid dan kira waktu subur wanita yang sebenar dan tepat. Biasalah wanita dan menstrual period ni berpisah tiada. Ada yang lambat datang haid, ada yang awal, ada yang tidak teratur waktu haid nya. So, saya nak la tahu sendiri - berapa jarak masa antara first day kita period bulan lepas dengan first day period bulan ni. Saya nak juga tahu boleh ke kitaran haid kita ni berubah-ubah. Kenapa bila bulan lepas kita keluar haid 5 April tapi bulan ni 3 Mei 2016 pula? Ada kes pula yang bulan lepas datang 1haribulan, tapi next period datang pada 29haribulan. Normal ke tak tu datang period pada bulan yang sama? Normal ke tak datang period lewat sikit dari masa yang sepatutnya? Bila waktu yang sepatutnya wanita datang haid? Macam mana nak kira waktu kitaran haid dan kira waktu subur wanita? Eh kenapa nak kira waktu subur pula ni? Untuk sesiapa yang sudah pun berkahwin, memang sangat perlu ambil tahu waktu subur untuk meningkatkan lagi peluang untuk hamil ketika waktu subur tersebut. Tapi kalau sesetengah pasangan yang merancang untuk mencegah hamil sementara waktu pun kena tahu waktu subur si isteri ni. Untuk kaum Hawa seperti saya yang tak kahwin lagi ni pun, boleh juga tahu cara kira waktu subur awal-awal untuk kebaikan masa hadapan hahaha.

KETAHUI KALKULATOR ONLINE KIRA WAKTU KITARAN HAID DAN KIRA WAKTU SUBUR WANITA


KETAHUI KALKULATOR KIRA WAKTU KITARAN HAID DAN KIRA WAKTU SUBUR WANITA
Wah ada kalkulator online kira waktu kitaran haid dan kira waktu subur wanita lah!

Taraaaaa kalkulator online untuk mengira waktu kitaran haid dan waktu subur perempuan. Best tau kalkulator ni hahaha. Saya dah try semalam. Okay jom kita try nak? Saya bagi contoh nak kira macam mana waktu kitaran haid dan waktu subur kat bawah ni, lepastu korang boleh buat pula :)

Cara Kira Waktu Kitaran Haid Dan Kira Waktu Subur Wanita


1. Pergi ke laman web WebMD. Klik link di SINI

2. Isi tarikh bila first day period bulan lepas (bulan April).
[nota : beginning of last menstrual period = tarikh mula bagi period bulan lepas]

KETAHUI KALKULATOR KIRA WAKTU KITARAN HAID DAN KIRA WAKTU SUBUR WANITA
cara kira waktu kitaran haid dan waktu subur wanita

3. Untuk kira tarikh period bulan ni dengan lebih tepat, anda juga perlu letak tarikh first day period pada 2 bulan lepas dan 3 bulan lepas ( bulan Mac & Februari). Kalau in case tak ingat bila tarikh nya, takpe. Tak letak pun takpe tapi takut tak berapa nak tepat sangat. Lepas dah isi tu, klik Calculate (kira).

Sebab... fungsi calculator ni mintak tarikh haid dua bulan lepas dan tiga bulan lepas untuk tahu kitaran haid kita berapa. Sebab masing-masing lain kitaran haid dia. Memang secara purata nya, kitaran haid wanita ialah 28-30 hari. Tapi ada je wanita yang kitaran haid dia 27 hari, 26 hari. Kalau kitaran haid tak teratur, lagi penting untuk catat setiap kali datang waktu haid untuk kira waktu datang haid dan waktu subur dengan lebih tepat.

KETAHUI KALKULATOR KIRA WAKTU KITARAN HAID DAN KIRA WAKTU SUBUR WANITA
Calculate!

4. So, resultnya.....

[tulisan warna hitam] Kitaran haid bagi contoh ini ialah 29 hari. 

[kotak warna hijau] Tiga waktu paling subur bagi wanita contoh ini ialah 23 April-27 April , 22 Mei-26 Mei, 20 Jun - 24 Jun. 

[kotak warna merah pink] Waktu haid yang dijangka datang pada bulan ni pula ialah pada 9 May 2016.

KETAHUI KALKULATOR KIRA WAKTU KITARAN HAID DAN KIRA WAKTU SUBUR WANITA
result keluar begini bila tadi kita kira waktu kitaran haid dan kira waktu subur

KETAHUI KALKULATOR KIRA WAKTU KITARAN HAID DAN KIRA WAKTU SUBUR WANITA
dia bagitahu juga waktu datang haid dan waktu subur kita untuk bulan yang akan datang

Okay done! Selamat mencuba! :)


Baca juga entri:

You Might Also Like

2 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.