http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Bolehkah potong kuku/cukur bulu ketika datang haid/junub?

By 8:31:00 AM ,

Bolehkah potong kuku/cukur bulu ketika datang haid/junub ?

Ramai yang mengatakan tidak boleh memotong kuku atau mencukur bulu ketika datang haid. Ada juga yang saya dengar boleh potong kuku tapi selepas itu kena lalukan kuku yang kita dah potong tu dengan air paip. Ada juga yang cakap.. boleh potong kuku tapi nanti mandikan sekali kuku yang dipotong tu ketika mandi wajib.

Saya pula dengar macam-macam pendapat. Saya dengar dari Ustazah sekolah saya dulu..dibolehkan untuk potong kuku ketika haid. Tidak dilarang dalam Islam. So, sejak saya dengar Ustazah tu kata macam tu, ketika haid pun saya potong kuku dengan senang hatinya dan tanpa was-was.

Bolehkah potong kuku/cukur bulu ketika datang haid/junub?
hukum memotong kuku ketika haid
credit foto : www.tribunnews.com

Tapi mungkin ada sesetengah orang yang tak tahu pun lagi jawapan bagi persoalan tajuk ni. Maka, saya sediakan jawapan di bawah daripada Ustaz Azhar Idrus.

Soalan : Bolehkah perempuan haid memotong kuku atau mencukur bulu?

Jawapan : Perempuan yang sedang haid & lelaki yang junub.. tidak makruh potong kuku .. tidak makruh potong janggut misai dan bulu-bulu badan. Tiada larangan. Ini pendapat yang paling kuat

Dah tu ada ustaz ustaz yang mengajar dia kata makruh? Itu pandangan yang dhoif (pendapat yang lemah). Tak salah ustaz  tu kata tapi pendapat yang muktamad ialah tidak dilarang.

Yang dilarang (untuk memotong kuku/bulu/janggut/misai) ialah orang yang dalam ihram, laki-laki dan perempuan.

Makruh potong rambut dan kuku untuk orang yang masuk korban bila datang 1 Zulhijjah. 

Kalau haid dan nifas tiada masalah untuk potong rambut/kuku/bulu.

........

Moga terjawab persoalan ini yang mungkin juga sedang berlegar-legar di ruang minda anda. Sekian, wassalam :)


You Might Also Like

7 comments

  1. ya betul tu, baru-baru ni ustaz haslin pun cakap macam tu, boleh potong kuku ketika haid

    ReplyDelete
  2. masa sekolah rendah dulu memang utaz kata tak boleh potong..naik sekolah menengah tanya ustazah betul2 dia kata boleh..ye la..rimas la pulak tak boleh potong dan cukur sebab dalam haid ni kalau boleh kita nak kita dalam keadaan yang sentiasa bersih..rimas, belengas semua ada time ni..menjejaskan mood je kalau tengok kuku panjang tapi tak boleh potong.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian...

    ReplyDelete
  4. memang betul pun.. bila dengar macam-macam pendapat, kita yang pening nak ikut yang mana kan..

    ReplyDelete
  5. Dulu2 mmg tak potong pun kuku bila period..skrg ni potong dh...

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.