http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

JENIS-JENIS ZAKAT & KADAR ZAKAT FITRAH TAHUN 2016 BAGI SETIAP NEGERI

By 1:03:00 PM , ,

Assalamualaikum semua! Haaa tak sampai sebulan lagi kita akan menyambut bulan Syawal. Sekarang kira di bulan Ramadhan. So… Haa jangan lupa pula bayar zakat ye! Saya dah bayar zakat fitrah saya! Tapi abang kedua saya (alang) la yang tolong bayarkan haha (thankyou alang muah). Saya tinggal di Negeri Sembilan. Tetapi, memandangkan masa Alang nak bayar tu.. Alang berada di Sabah selama 3 bulan, so Alang pun bayar zakat fitrah saya mengikut kadar zakat fitrah negeri yang alang berada time tu (Sabah) iaitu RM7.  Gituuuu~ Haa sesiapa yang ada baby pun kena bayarkan tau untuk baby anda. Baby pun kena bayar zakat. For your information, bayaran zakat fitrah boleh dibuat sepanjang bulan Ramadhan sehingga sebelum sembahyang Hari Raya Aidil Fitri di pagi 1 Syawal. Kalau pagi tu sebelum sembahyang sempat nak bayar pun boleh. Zakat Fitrah boleh dibayar kepada amil-amil yang dilantik Majlis Agama Islam Negeri masing-masing. Kadar bayaran zakat fitrah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam negeri (bagi Malaysia) berdasarkan nilai satu gantang Baghdad atau bersamaan 2.7kg beras yang dimakan oleh majoriti penduduk negeri masing-masing. Okay.. Sebelum kita tengok kadar zakat fitrah tahun 2016 bagi setiap negeri di Malaysia ni, moh le kita tengok jenis-jenis zakat yang ada.

Jenis-Jenis Zakat dan Kadar Zakat Fitrah Tahun 2016 Bagi Setiap Negeri Di Malaysia

JENIS-JENIS ZAKAT & KADAR ZAKAT FITRAH TAHUN 2016 BAGI SETIAP NEGERI
kadar zakat fitrah tahun 2016/1437H
credit foto : bulletinmedia.blogspot.co.id
Ada 8 jenis zakat (zakat hanya 2.5%) iaitu:

  • Zakat simpanan
  • Zakat pendapatan
  • Zakat saham
  • Zakat emas/perak
  • Zakat KWSP
  • Zakat perniagaan
  • Zakat ternakan
  • Zakat padi

Kita nak bayar zakat ni untuk apa ye sebenarnya? Iyeee. Memang hukum menunaikan zakat ialah wajib di sisi agama. Tapi kita bayar zakat ni, disalurkan kepada siapa sebenarnya? Siapa yang guna duit zakat yang kita bayar setiap tahun ni?

Kalau nak tahu, bayaran zakat ni adalah untuk membantu mereka:
  • Bantuan banjir
  • Bantuan persekolahan
  • Bantuan asnaf
  • Bantuan bencana
  • Bantuan fakir miskin
  • Bantuan perubatan

Tapi ada yang liat sangat nak bayar zakat ni kan. Kekadang orang kaya yang liat nak bayar zakat. Pelik pelik, duit banyak pun taknak bayar zakat? Walhal tak luak mana pun rasanya kalau setakat bayar zakat berbanding duit mereka yang menimbun-nimbun tu. Mendapat pahala ada lah. Ohooo saya ni bukan nak kutuk semuaaa orang kaya ye. Ada segelintir je orang kaya yang bersikap bakhil ni hehe.  Moga kita dijauhkan dari sifat sebegini rupa Amin.

JENIS-JENIS ZAKAT & KADAR ZAKAT FITRAH TAHUN 2016 BAGI SETIAP NEGERI
kadar zakat fitrah 2016 1437H
Pada tahun 2016M/1437H, kadar zakat untuk setiap Negeri di Malaysia adalah seperti di bawah:

  • Negeri Sembilan RM6.50
  • Perak RM7.00
  • Pahang RM7.00
  • Selangor RM7.00
  • Kedah RM7.00
  • Kelantan RM7.00
  • Johor RM6.00/RM8.00
  • Melaka RM6.70
  • Pulau Pinang RM7.00
  • Sabah RM7.00
  • Sarawak RM7.00
  • Terengganu RM7.00
  • Perlis RM7.00
  • Wilayah Persektuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan RM7.00

**kadar berbeza mengikut Gred beras yang dimakan pembayar zakat

You Might Also Like

0 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.