Tahniah Beregu Campuran Badminton Malaysia Pungut Pingat Perak!

by - August 18, 2016
Assalamualaikum! Semalam ramai yang bengang sebab perlawanan final badminton Malaysia lawan Indonesia bermula lewat seperti yang diberitahu. Katanya nak dekat pukul 11pm start game tapi pukul 12 lebih baru start. Apa-apa pun saya tak tengok pun game semalam haha sebab dah tutup lampu semua, tilam empuk pun dah memanggil-manggil. Dapat tahu team beregu campuran kalah dengan team Indon pun dari group Whatsapp. 

Tahniah Beregu Campuran Badminton Malaysia Pungut Pingat Perak!

Tahniah Beregu Campuran Badminton Malaysia Pungut Pingat Perak!
Beregu Campuran Badminton Malaysia beraksi Final di RIO 2016 Olympics!
Pasukan beregu campuran Malaysia, Chan Peng Soon (P. S. Chan) & Goh Liu Ying (L. Y. Goh) kalah 2-0 dengan pasukan mixed double Indonesia, L. Natsir & T. Ahmad. Abang saya kata team Indon asyik attack pemain wanita Malaysia, Liu Ying je. Kesian dia.

Apa-apa pun, adat perlawanan ada menang ada kalah. Mungkin tiada rezeki lagi buat pasukan beregu campuran Malaysia untuk grab medal emas tapi yang penting, mereka dah buat yang terbaik. So, we are very proud of you team beregu campuran Malaysia! Tahniah dapat raih pingat perak di Olympics RIO 2016!

Tahniah Beregu Campuran Badminton Malaysia Pungut Pingat Perak!
Tahniah Beregu Campuran Badminton Malaysia Pungut Pingat Perak!
Next match Badminton adalah pada hari esok Jumaat, 19 Ogos. Boleh tengok siaran langsung di Astro Arena, CH801, CH802(HD).

1. Perseorangan Lelaki SemiFinal- Lee Chong Wei akan lawan dengan Lin Dan dari Cina @7:30PM 
2. Beregu Lelaki Final - W. K. Tan & V. S. Goh akan lawan dengan team Cina, H. F. Fu & N. Zhang @10:50PM

Perghhhh Datuk Lee Chong Wei akan lawan dengan pemain handal Cina, Lin Dan! Fuh fuhhh, harap harap la Lee Chong Wei menang dan dapat mara ke final. Dan moga team beregu laki dapat raih pingat emas untuk Malaysia. Amin amin amin. Chaiyok!

#AyuhMalaysiaku !

You May Also Like

0 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p