Tips Panduan Memilih Durian - sayidahnapisahdotcom Tips Panduan Memilih Durian
LightBlog

Tips Panduan Memilih Durian

Assalamualaikum! Yeay cerita pasal durian lagi haha. Ni nak share sikit lima tips panduan memilih durian. Haa biasanya kita main pilih je kan. Ataupun biasanya kita tengok kat luar buah durian tu je .. kalau elok sikit luarannya okay lah. Kalau warna terang sikit, kita ambil lah. Walhal ada 5 kriteria dan ciri-ciri yang boleh kita nilai dalam memilih durian untuk dibeli dan dimakan tau. Jom baca bawah ni tips panduan memilih durian yang mudah sahaja!

5 Tips Panduan Memilih Durian


Tips Panduan Memilih Durian
tips panduan memilih durian

5 tips memilih durian yang bagus dan elok:


+ Lihat tangkai durian

Jika tangkai berwarna coklat, kecut, kering berkemungkinan ia sudah lama gugur. Cari yang berlendir dan berwarna hijau. Ada juga durian yang tangkainya jenis liat dan teguh. Biasanya isi buahnya memang lebih sedap dan manis daripada biasa.

+ Lihat kulit durian

Jangan pilih kulit yang ada kesan gigitan tupai, merekah atau kulitnya ada tompokan hitam kerana ia sudah busuk.

+ Lihat duri durian

Cari buah yang berduri tumpul dan jarang.

+ Cuba rasa berat buah durian

Kalau terlalu ringan dibandingkan dengan saiznya, mungkin itu durian lama. Cari durian yang mampat dan dirasakan beratnya sepadan dengan saiznya.

+ Cium bau durian

Selalunya kalau durian yang cukup matang dan sedap, baunya pasti harum semerbak dan begitu meyelerakan.

Sumber : Akhbar Berita Harian (BH)


Lagi satu tips! Tapi bukan tips memilih durian. Ni tips yang selalu saya dan keluarga amalkan selepas memakan durian.

Tips Panduan Memilih Durian
minum air dari pangsa durian bagi mengelakkan panas dalam badan
Minum air dari pangsa durian! Umi abi memang dah didik saya dan adik beradik lepas makan buah durian je, WAJIB minum air pangsa durian. Kata mereka, tujuannya bagi mengelakkan panas di dalam badan setelah melantak durian. Yelaa durian kan panas. So, nak elak kita demam la maksudnya. Tak tahu la kebenarannya. Mungkin ianya amalan dari nenek moyang atas nun. Tapi, kitorang ikut je hehe.

Korang pernah ke minum air dari pangsa durian macam tu? Hehehe.

Okay bertemu lain masa daaa~wassalam!


Post a Comment

4 Comments

  1. Alahai kakcik...
    Durian lagi.. wargh!! Sana sini orang share pasal durian..

    ReplyDelete
  2. Tak boleh nak telan air dari pangsa durian tu, tak tahula kenapa. Hahaha ! Yang pasti hakakkk minum air sejuk dalam gelas ataupun air cap badak..

    ReplyDelete
  3. HI syoknya makan durian.syok lagi kalau durian tu di bagi bagi.(>.<)Hi sertai segmen ucing mencari binatang :cool:

    ReplyDelete
  4. lps makan..sedawa la baunya tak tahan.ahaha

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p