punca putus tunang - sayidahnapisahdotcom punca putus tunang
LightBlog

punca putus tunang

Punca putus tunang

p/s: topik ni tiada kena mengena dengan hidup saya ye haha (nauzubillahi min zalik). just want to share this story of putus tunang. sebab apa? akhir sekali nanti, you will know the reason why I wrote this entry. :)
Punca Putus Tunang
Punca Putus Tunang
credit foto: hippoquotes.com
1. Tidak cukup wang hantaran
2. Gagal memperoleh pinjaman
3. Wujud orang ketiga
4. Tiada lagi cinta
5.Tempoh bertunang lama

Ada cara yang manis untuk mengakhiri hubungan dan kuncinya, berterus terang kerana mengakui dari awal tidak menyakitkan berbanding selepas melalui perkahwinan.

Putus Tunang Dengan Cara Yang Baik


1. Fikir perasaan sendiri

Ramai bersikap berhati-hati kerana tidak mahu mengecewakan pasangannya. Terlalu mengalah juga tidak baik, kerana komitmen perkahwinan adalah sesuatu yang besar

Kajian ada menunjukkan, pasangan yang ragu-ragu terhadap perasaan sendiri, cenderung tidak gembira dan menghampiri penceraian kerana tidak mampu mempertahankan lagi hubungan.

Wanita juga dikatakan mempunyai kebarangkalian perasaan ragu-ragu lebih tinggi berbanding lelaki.

2. Nyatakan sebabnya

Berlaku jujur dengan perasaan sendiri kerana jika berpura-pura suka sudah tentu pasangan menyangka kita menyintainya sebagai dia menyayangi kita.

Lebih baik perit sebelum disatukan kerana perasaan tidak boleh dipaksa. Ia datang dari hubungan suci, sayang-menyayangi dan jika sudah tidak serasi, putus saja sebelum hubungan menjadi parah.

Mungkin wujud ketegangan apabila persiapan perkahwinan hampir sempurna. Apabila pertunangan terpaksa dibatalkan di saat akhir, ia memberi kesan kepada banyak pihak.

Boleh juga cuba mendapatkan pandangan pihak lebih arif untuk merencanakan semula perancangan perkahwinan supaya tidak timbul masalah membazir.

Tidak guna hubungan diteruskan jika keduanya sudah tidak sehaluan, banyak perkara perlu dibincangkan selepas berkahwin, misalnya di mana akan tinggal bersama, perancangan untuk memiliki anak dan lain-lain.

Begitu juga andai sudah memiliki cinta baharu dan mengharapkan orang itu menjadi tunangannya.

3. Hubungan masa depan

Cinta yang subur, dikatakan berpanjangan hingga ke akhir hayat. Justeru, pertimbangkan hubungan untuk masa depan, bukan hanya bercinga untuk hari ini.

Justeru keserasian, menjadi kunci. Komitmen bermula dengan pertunangan, membawa kepada perkahwinan dan seterusnya.

Semua orang berhak bahagia, jadi pertimbangkan apa yang diinginkan di akhir hayat.

4. Dapatkan sokongan

Apabila mahu memutuskan pertunangan, sokongan daripada individu rapat sangat penting. Berbincanglah dengan pihak ketiga dan tidak berat sebelah.

Sokongan membantu kita teguh dengan keputusan dan memberikan keyakinan tindakan itu betul. Perbincangan itu mungkin menjadi lebih profesional.

Begitu juga dengan kos, selepas pertunangan terputus, kemungkinan kedua-dua pihak terbeban kerana banyak perbelanjaan dikeluarkan habis begitu saja.

Namun anggap itu sebagai ketentuan kerana lebih baik hubungan diakhiri berbanding kisah duka selepas berkahwin.

Sumber info: Akhbar Berita Harian, Ruangan aura, Penulis Mahani Ishak.


Sahabat baikku..
Kau diuji baru-baru ni,
Aku bersimpati,
Dalam masa yang sama aku bersyukur,
Mungkin ini yang terbaik untuk kau.

Ya..
Aku tak berada di tempat kau,
Aku tak rasa apa yang kau rasa,
Aku tak alami apa yang kau alami,
Aku tak tahu berapa dalam perit yang kau tanggung sekarang.

Ya sahabatku sayang..
Aku tahu aku tak layak,
Tak layak dari banyak segi untuk menasihati kau,
Aku tahu kau cuba lupakan,
Tapi benda ni
kau tak boleh nak lupakan in a short time, 
and it takes time.

So, for now...
Cari lah hikmah di sebalik ujian ini
Dan redha dengan apa yang berlaku
InshaaAllah..
Be strong dear
Samawiyah

Post a Comment

4 Comments

  1. berterus teranglah daripada awal kan nieyl.
    terima kasih berkongsi nieyl :)

    ReplyDelete
  2. sabar je la. cari yg lain buat pengganti...

    ReplyDelete
  3. bila kita hilang seseorang/sesuatu, Allah nak gantikan dengan yg berganda2 baik untuk diri kita. Insyaa Allah... 😊

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p