dapat surat 'cinta' dari PTPTN - sayidahnapisahdotcom dapat surat 'cinta' dari PTPTN
LightBlog

dapat surat 'cinta' dari PTPTN

26 April 2017 yang lepas, saya terima satu surat 'cinta' dari PTPTN. Ohhh fyi, saya ambil PTPTN time saya study matrikulasi setahun & first n second year study at UPM. 3rd n 4th year study UPM saya dapat JPA. Lega sikit dapat biasiswa JPA. Eh, okay back to the topic.. Seram sejuk la juga bila dapat surat 'cinta' tu. Kenapa pula nii PTPTN nak bagi surat chenta kat aii. Ada apa apa kah? What if I do something wrong then kena denda? ANDWAEEE!


surat 'cinta' dari PTPTN

surat cinta
dapat surat 'cinta' dari PTPTN
Surat 'cinta' tersebut mengatakan ....




BAYARAN BALIK PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

Berdasarkan Perjanjian Pembiayaan Pendidikan PTPTN, adalah menjadi tanggungjawab tuan/puan untuk membayar balik Pembiayaan mengikut jumlah dan temooh yang telah ditetapkan. Walaubagaimanapun berdasarkan rekod PERBADANAN sehingga tarikh 25/04/2017, tuan/puan gagal membuat bayaran balik dengan tunggakan sebanyak RM165.16.

Sekiranya PERBADANAN tidak menerima bayaran balik daripada tuan/puan dalam tempoh 30 HARI daripada tarikh surat ini, tindaklan undang-undang akan diambil terhadap tuan/puan.

Sila abaikan notis ini sekiranya bayaran balik telah dibuat atau permohonan penangguhan bayaran balik telah dikemukakan. Sebarang pertanyaan sila rujuk dengan Pejabat PTPTN Negeri (PPN) yang berhampiran dan maklumat mengenai PPN boleh didapati di Portal Rasmi PTPTN. Sila layari htttp://www.ptptn.gov.my/web/guest/borang2 untuk muat turun Kaedah Bayaran Balik Pinjaman PTPTN dan Borang Kebenaran Potongan Gaji bagi peminjam PTPTN.

ptptn
surat 'cinta' dari PTPTN: bayaran balik pembiayaan pendidikan PTPTN
Ohhhh ingat apa laa tadi kan.. rupanya suruh saya bayar balik duit pinjaman PTPTN hehe. 

Tapi agak panas sikit laa. Sebab haritu.. bulan Januari yang lepas, saya pergi kaunter PTPTN, orang situ kata oleh kerana saya baru je konvo (degree) pada bulan 10 yang lepas.. so 6 bulan selepas itu, baru boleh start bayar hutang PTPTN. Sebelum 6 bulan tersebut, tak boleh bayar. And beliau nasihatkan saya pergi balik kaunter PTPTN tersebut pada bulan Mei untuk bayar balik PTPTN & re-schedule bayaran monthly.

So, saya ingat saya boleh start bayar balik PTPTN bulan 5 la kan. Ni tup tup dapat surat dari PTPTN beritahu saya ada tunggakan selama 2 bulan (bulan Mac&April). Hahaha 'lawakkkk' sangat. Tapi tak apa lah. Saya maafkan staff tersebut for the wrong info and =.= advices.

kaunter ptptn seremban
Kaunter PTPTN at Seremban
Semalam saya pergi cawangan PTPTN Seremban yang terdekat (berhampiran dengan building Seremban Getaway) untuk menjelaskan bayaran tunggakan sebanyak RM100++ tersebut. Alhamdulillah everything was going smoothly. Tunggakan sudah dilangsaikan. Plus, saya bayar untuk bulan 5 dan 6 sekaligus. Senang tak payah fikir dah nak bayar untuk bulan depan. 

Oh lepas ni saya dah tak perlu nak ke ofis PTPTN untuk bayar balik PTPTN for the next next month. Just bayar melalui online banking (Cimbclicks,Maybank2u,etc.) je. Mudah dan cepat.



Memandangkan saya kerja sendiri dari rumah, so saya tanya la staff PTPTN kat situ. "Boleh ke nak bayar monthly PTPTN RM50?". Then staff tu jawab tak boleh. Minimum amount wang yang boleh dibayar adalah RM80. Memandangkan saya wajibul bayar RM82.58 every month (yang telah dijadualkan dalam sistem PTPTN), so saya tak jadi lah nak re-schedule my payment monthly. Sebab beza hanya RM 2.58 kan. Tak perlu lah nak re-schedule. Ikut jela jadual yang dah ditetapkan oleh sistem.

Phewww~ lega satu part of my life regarding to PTPTN ni hahaha. 

Kalau ikut jadual tu kan, lagi 15 tahun baru selesai semua hutang (12K tak silap). Okay so uolss pray for me. Semoga saya dapat langsaikan hutang PTPTN ini sebelum den mati hee aminnn :)

Okbai. Adios~!

Post a Comment

7 Comments

  1. kalau meninggal, insurans cover. IQ pun baru cek baki pinjaman tadi, ada la 9k lagi. fuhhh..jenuh nak bayar balik

    ReplyDelete
  2. oh PTPTN..jenuh jgk nak perabih baya ni..semoga Allah luaskan rezeki dan permudahkan untuk bayar balik pnjaman ni cepat2

    ReplyDelete
  3. Sabar ye.. takpelah, cepat langsai hutang, cepat habis hutang dan legiaq dah lepas tu.. Semoga dipermudahkan untuk membayar PTPTN ni..

    ReplyDelete
  4. sian kak cik.. Sabo jerk la.. Cepat2 kasi habiskan kak cik baru tak pening kepala.. Moga dipermudahkan buat kak cik ye..

    ReplyDelete
  5. RM 100++ dah dapat surat?... Haha.. Ok la bayar awal... Saya baru langsai tunggakan RM 8000 last month... Jem!

    ReplyDelete
  6. ptptn kalau bab nak tuntut hutang mmg laju tp better start bayar dari tunggakan naik banyak. dari pengalaman sendiri..hehe

    ReplyDelete
  7. Teringat kengkawan yang pinjam PTPTN, pening juga palo otak dorang nak urus. Semoga semua peminjam PTPTN dimudahkan urusan pembayaran 😄

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p