jangan lupa sembahyang tarawih malam ni! + hadis kelebihan solat tarawih palsu - sayidahnapisahdotcom jangan lupa sembahyang tarawih malam ni! + hadis kelebihan solat tarawih palsu
LightBlog

jangan lupa sembahyang tarawih malam ni! + hadis kelebihan solat tarawih palsu

Wah wahhh esok dah 1 Ramadhan 1438H dah! So, malam ni jangan lupa solat tarawih ye. Walaupun tak wajib, tapi solat tarawih ni besar ganjaran pahalanya tau. Yelaa mana tak nyaa, sembahyang tarawih ni hanya ada di bulan Ramadhan je. Bulan-bulan lain mana ada.

jangan lupa solat tarawih malam ni!
jangan lupa solat tarawih malam ni!

Korang pernah dengar atau baca hadith kelebihan solat tarawih setiap malam tak?


Alaaa yang kelebihan solat tarawih malam pertama yang ni.. kelebihan solat tarawih malam kedua pula sekian sekian sekian. Kelebihan solat tarawih malam ketiga blah blah blah. Okay takpe, saya beri full hadis tersebut kat bawah ni. Tapi jangan percaya tau dengan hadis ni! Hadis ini palsu. Sebab apa? Selepas hadith ni nanti, saya ada beritahu sebab apa.


Hadith berkaitan kelebihan solat tarawih setiap malam ini diriwayatkan oleh Ali bin Abi Thalib RA:
Maksudnya: “Bahawa Nabi SAW ditanya akan kelebihan solat tarawih dalam bulan Ramadhan, lalu dikatakan baginda SAW bersabda:

Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah Arash menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjid al-Haram, Masjid al-Madinah dan Masjid al-Aqsa.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Bait al-Ma’mur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih  pada malam itu.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah dia dapat bertemu dengan Nabi Musa AS serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah SWT mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim AS.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah SWT akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad SAW.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Dia meninggal dunia dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Dia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya seperti bulan.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Dia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan aman dari sebarang kejahatan dan keburukan.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat tarawih serta Allah SWT tidak akan menghisab mereka.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul Arash dan Kursi akan berselawat serta mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah SWT menuliskan baginya dalam kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah SWT menuliskan baginya pahala pada malam ini seperti pahala Nabi-Nabi.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah! sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah SWT akan meninggikan darjatnya.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah SWT akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat daripada cahaya.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Dia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan aman dari sebarang dukacita dan kesedihan pada hari tersebut.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah SWT akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah SWT akan memberinya dua puluh empat permintaan yang mustajab.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah SWT akan mengangkat seksa kubur daripadanya.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah SWT akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat tarawih pada malam tersebut.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah SWT akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di syurga.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh Sembilan
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah SWT akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam air yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW yang bernama al-Kauthar.

Aku Tuhanmu dan engkau adalah hambaku”.


Sumber Hadith
Hadith ini terdapat di dalam kitab Durrah al-Nasihin pada halaman ke 19.

hadis kelebihan solat tarawih palsu

Mufti Wilayah Persekutuan (WP) mengatakan bahawa:

Hadith ini adalah palsu lagi dusta di atas nama Nabi SAW dan juga sahabat baginda SAW iaitu Ali bin Thalib. 

Di samping itu, haram bagi kita menyebarkannya kepada orang lain. Ini kerana, telah jelas tanda-tanda atau ciri-ciri kepalsuan hadith tersebut seperti yang telah digariskan oleh para ulama’. 

Antara ciri-ciri hadith palsu adalah sebagaimana yang disebut oleh Imam Ibn Qayyim di dalam karyanya:
“Hadith palsu itu antara cirinya ialah padanya terdapat unsur berlebih-lebihan dalam menetapkan pahala dan dosa. Perkara yang kecil diletakkan hukuman yang terlalu besar ataupun ganjaran yang terlalu besar yang tidak munasabah”. [Lihat: al-Manar al-Munif, 51]

Berdasarkan pernyataan Ibn Qayyim ini, kita dapat melihat di dalam hadith ini bahawa ganjaran yang ditetapkan bagi sesiapa yang melaksanakan solat tarawih padanya ciri tersebut iaitu berlebihan dalam penetapan ganjaran bagi amalan tersebut. Selain itu juga, hadith ini dikatakan bercampur dengan hadith-hadith yang lain.

Kesimpulannya, hendaklah kita mengenalpasti akan kesahihan sesebuah hadith sebelum ia disebarkan kepada orang lain. Ini kerana, ancaman Nabi SAW terhadap orang yang berdusta di atas nama baginda SAW adalah amat berat iaitu neraka. Untuk menceritakan akan kelebihan kita berqiyam di malam Ramadhan, di sana terdapat sebuah hadith yang sahih sebagaimana diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari RA di dalam kitabnya:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: 

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ ، إيمَانًا وَاحْتِسَابًا ، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan karena keimanan dan mengharapkan redha daripada Allah SWT, akan diampuni dosanya yang telah lalu”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 36]

Sumber dari laman web Mufti WP. LINK

Okay itu sahaja!
Semoga kita bertemu dengan bulan Ramadhan malam ini Amin :)

Contact/whatsapp 0172008642 (Sayidah) untuk order Biobax Cool Theraphy :)

Post a Comment

3 Comments

  1. Jom malam ni...hi darlink...jenguk sini jap

    ReplyDelete
  2. Banyak kan manfaatnya. Semoga kita dapat bersungguh dlm mengejar pahal di bulan mulia ni :)

    ReplyDelete
  3. Banyak sangat penyebaran hadis palsu sekarang nie.. Dan ramai antara kita suka percaya tanpa menyelidiki terlebih dahulu..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p