rasa nak buat entri 'TIPS & TEKNIK MENJAWAB SOALAN KBAT MATEMATIK'

by - May 25, 2017
Siapa yang tak kenal dengan soalan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi)? Famous kot KBAT ni. Mana tak nya. Jenis soalan KBAT ni lah yang paling digeruni ditakuti dan dijauhi oleh pelajar-pelajar di seluruh dunia hahaha. Especially budak sekolah rendah (tahun 1 - tahun 6).

terfikir nak buat entri 'TIPS & TEKNIK MENJAWAB SOALAN KBAT MATEMATIK'
terfikir nak buat entri 'TIPS & TEKNIK MENJAWAB SOALAN KBAT MATEMATIK'

For your information, saya mengajar tutor (personal) subjek matematik dan jadi freelance editor Maths&Addmaths under Oxford Fajar.. so saya selalu lah jumpa soalan-soalan KBAT ni. Dan selalu juga la menerangkan jawapan bagi soalan-soalan KBAT kepada student tutor saya. Ada yang sekali je saya terangkan, terus faham. Ada yang hampir 3 kali saya terangkan pun, dia geleng-geleng kepala tak faham. Yang buat-buat tak faham pun ado. Bila saya suruh terangkan pada saya apa yang dia faham, dia pun errrr errr haha


Oh, antara style mengajar saya kan.. kalau nak tahu student tu faham ke tak explanation saya.. saya suruh dia terangkan balik kat saya. Sebab saya ingat lagi kata-kata seorang pensyarah saya - "kalau nak lebih faham, ajar orang. kalau kamu tak boleh nak terangkan jawapan kat orang, maksudnya kamu tak cukup faham lagi". So, saya ushar kalau student tu dia boleh terangkan balik kat saya, yess maksudnya dia faham. Kalau tak.. saya akan terangkan semula. Dan suruh dia terangkan kat saya pula. Hingga dia faham sepenuhnya. 

p/s: Para ibu bapa boleh la cuba cara ni pada anak-anak ye hehehe. #tetibe

Okay back to the topic.. Disebabkan saya rasa ramai pelajar sekolah rendah yang cukup lemah dalam menjawab soalan KBAT dan di-mind set-kan soalan KBAT susah oleh orang sekeliling, I think I want to help them. Walaupun saya akui saya pernah jumpa beberapa soalan KBAT UPSR yang susah + belit-belit nak fikir, tapi the problem right now is.. soalan basic KBAT pun pelajar tak boleh nak buat.

Saya perasan soalan KBAT yang agak senang pun pelajar tak boleh nak selesaikan. Nak start jalan kira pun tak boleh. 


Contohnya: 1 buku harganya RM30. 5 buku berapa harga? Ni contoh soalan KBAT yang sangat senang tapi ramai pelajar tak boleh nak buat. Padahal senang je soalan tersebut kalau faham dan tahu teknik.

So, saya terfikir nak buat entri cara-cara/tips/teknik menjawab soalan KBAT Matematik level sekolah rendah (UPSR) di blog saya ni. Saya dah list kan dah beberapa di dalam buku nota saya. tapi tulisan tak berapa nak cun sebab tulis time idea mencurah-curah wakakaka.

tips jawab soalan kbat
tips that help you score soalan kbat
Atas ni adalah tips-tips and keyword yang pelajar wajib kena kuasai untuk membantu mereka jawab soalan KBAT + skor A dalam peperiksaan/ujian.

InshaaAllah entri tersebut saya akan buat part by part. Wish me luck! 
Adios! :)

hire me as your math/addmath tutor! -Seremban area

You May Also Like

2 comments

  1. wah. kak chik jadi tutor. semoga murah rezeki

    ReplyDelete
  2. Baru tau Sayidah seorang tutor..
    Anak saya pelajar yg menduduki sistem KBAT ni.. Memang diakui soalan KBAT agak tricky dan kadang-kadang mencabar juga..

    Pssstt.. ada mslh nnti akak PM tepi okay 😉

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p