seksanya gatal tekak ! lagi-lagi bila.... - sayidahnapisahdotcom seksanya gatal tekak ! lagi-lagi bila....
LightBlog

seksanya gatal tekak ! lagi-lagi bila....

Sebelum kita menghayati betapa seksanya bila gatal tekak. Kita kena tahu dulu macam mana rasanya.  Tahu tak bila gatal tekak, apa yang akan terjadi?

Bila kita gatal tekak, kita asyik batukkk je. Batuk batuk batuk. Lepastu rasa macam seolah-olah nak muntah tapi tak muntah pun. a.k.a terjeluak.

Bila gatal tekak datang, nak cakap pun susah. Nak habiskan satu ayat pun payah. Sebab asyik batuk je.


seksanya bila gatal tekak ! lagi-lagi bila....


gatal tekak

Bila gatal tekak tiba-tiba menyerang di 6 keadaan/situasi ni, memang terasa sungguh lahaiiii seksanya T.T

1. Ketika solat
-ohmaiii time ni rasa paling seksa sekali. Lagi-lagi bila kita solat berjemaah. Dan paling paling seksa bila kita jadi makmum. Sebab makmum kan kena ikut imam. Kalau imam rukuk, makmum kena rukuk. Imam tahiyat akhir, makmum kena duduk tahiyat akhir. Bayangkan gatal tekak tu datang time baca Al-Fatihah. Kita tak habis baca lagi, imam dah rukuk. Arghhhhh how stressful it is! T.T so, kena banyak-banyakkan doa sebelum solat tu supaya gatal tekak tidak terjadi ketika solat. haha


2. Di dalam majlis/kelas
-bayangkan ehhh. Bayangkan gatal tekak tu datang time orang tengah berucap kat stage / cikgu mengajar kat depan & time tu suasana memang sunyi sepi. Saya dah pernah melalui keadaan yang ni. Seksa wehhh T.T


3. Ketika berbual dengan orang (face-to-face terutamanya)
-kelmarin saya gayut dengan kawan perempuan saya thru the phone. Then, dah beberapa minit sesi perbualan berlaku.. uhukk uhuk uhukkk uhukk uhukkk! Tudiaaa gatal tekak dah datang! Saya pun terpaksa minta permisi undur diri kejap. Lepastu saya call dia balik. Tengah-tengok syok cerita tu.. Uhuk uhuk uhukkk! Dia datang lagi T.T tapi nasib baik sekejap je benda tu terjadi. So okay lah kan.


4. Time nak tidur
-ni serius seksa T.T lagi-lagi bila kita memang dah penat, mengantuk. Tahap mengantuk tu kalau disorongkan bantal, memang tidoq teruih la. Tapi.... gatal tekak itu datang menghantui pula ketika nak tidur. Sangat sangatttt seksa. Nak nangis rasa hahah.


5. Melepaskan hajat di tandas
-okay ni tak ada la seksa sangat kot. Haha. Okay pass!


6. Sedang makang
-ni pun jarang kot. Memang ada terjadi tapi bagi saya, tak seksa sangat la berbanding situasi/keadaan top 4 di atas. Hee.


Korang pernah tak gatal tekak? Seksa kan? T.T 

saya sedang melaluinya sekarang ni. Selalu sangat tekak tu nak gatai. Geram rasa haha. Takpelaa ujian kannn hehe.

Tapi apa korang buat kalau korang mengalami gatal tekak eh? Ada tips tak untuk melegakan gatal tekak ni? Share share laa dengan saya T.T

Post a Comment

1 Comments

  1. time nak tidur tu memang rasa seksa sangat tau...
    Jom join segmen mudah di blog kisahsidairy.
    Boleh klik sini ~ Segmen : Bloglist kisahsidairy.com June 2017~

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p