apa ek bakat istimewa aku?

by - July 09, 2017
Pernah terfikir tak "apa ek bakat istimewa aku?" or "aku ada bakat istimewa ke?" 

kalau ada, apakah?

bakat istimewa

apa ek bakat istimewa aku? (credit image: Google)
Sebenarnya sebelum ni tak ada la nak terfikir pun what's my special talent.. tapii alkisahhh..

Semalam, tengah syok-syok baca syarat-syarat permohonan jawatan kosong MARA pegawai perkhidmatan pendidikan, terhenti kejap kat (i). Bukan kejap la. lama jugak stop kat part i. hahaha

apa ek bakat istimewa aku?
(i) mempunyai bakat istimewa seperti.............
Saya termenung jap. 

Pikiaq. 

Apa laa bakat istimewa aku ni

Bermain alat muzik? Gitar? Piano? Violin? Tak pernah main pun rasanya alat-alat muzik tu. Keinginan nak belajar tu ada la haha.

Hmmm reka cipta (inovasi)? Lagi lahh tidak. Saya dengan perkara yang melibatkan minda kreatif & inovatif memang tak ngam. Tak ada jodoh mungkin.

Kemahiran bahasa asing? Bahasa korea setakat pali pali, annyeong, saranghaeyo, ramyeon tu boleh lagi la sebut. Kalau nak klasifikasikan sebagai kemahiran, idok le haha. Bahasa alien mungkin kalau saya cakap nanti, kena halau dari bilik temuduga haha. So, nope.



So, apa bakat istimewa ku? Huwaaaaa!


Saya pun tanya lah ahli family den kat group whatsapp "apa bakat istimewa kakcik?". Ni antara jawapan mereka:

+ penyabar (sabar mengajar student tutor)
+ rajin basuh pinggan
+ pandai mengurut

penyabar tu dikira bakat ke? hehe.

So, finally I came out with an idea! Saya tahu dah apa bakat 'istimewa' yang tak berapa nak istimewa!


senyap sunyi belantara hutan
berdegap degup berdebar hatiku
mengarang pantun secara spontan
itulah bakat istimewa aku


Gitchuwwww pantun empat kerat dari saya hahaha. Dulu kat sekolah and kat universiti, saya memang suka masuk pertandingan pantun. Wakil sekolah, wakil kolej. So, okay la kan consider that as my special talent walaupun bertanding tak pernah jejak ke final. Hahaha.

So, bakat istimewa korang apa? ;)


You May Also Like

8 comments

  1. hahaha at least tau apa bakat istimewa sendiri kan.. hmm rasanya bakat istimewa sy.. sy tau org tue menipu atau tidak hahaha xD .. I'm really good observer..

    ReplyDelete
  2. Bakat saya mengurat wanita..

    Tak baik..

    Saya tukar..

    Bakat saya berkawan dengan orangorang yang baru dikenai.

    ReplyDelete
  3. Bakat rabia adalah menulis blog,,hehe,,minat menulis blog,insyaAllah one day nak jadi famous blogger

    ReplyDelete
  4. kalau jadi admin group whatsapp kira bakat tak hehehe

    ReplyDelete
  5. apply subjek apeee tu ? smoga ada rezeki..

    ReplyDelete
  6. Omg i have no talent at all. Tapi saya rasa talent saya jenis cepat belajar... dan cepat lupa hahaha.

    ReplyDelete
  7. Sambil taip komen sambil siqah fikir juga apa bakat istimewa Siqah. Dan guess what? I dont know. haha. Teruk betul rasanya Hihi.

    Pandainya buat pantun empat kerat. Best pantunnya.

    ReplyDelete
  8. Selalu sangatt fikir apa bakat istimewa saya. Tapi tu la fikir punya fikir tak dapat pun jawapannya haha.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p