Mitos Tentang Paru-Paru Berair

by - July 27, 2017
Macam biasa lah. Setiap hari ada je ilmu kesihatan yang bermanfaat yang akan dikongsikan oleh Dr. Khairul Faizie Mohammad Kamar. Semalam, beliau kongsikan mitos tentang paru-paru berair. Tapi, seriussss! Seriuss saya ingatkan mitos tentang paru-paru berair tersebut adalah benar sebab selalu sangat orang duk cerita. Ingatkan fakta. Rupa-rupanya..... hmph!


Mitos Tentang Paru-Paru Berair (Basah)


Mitos Tentang Paru-Paru Berair
Mitos Tentang Paru-Paru Berair // sumber: Google
Antara mitos paling biasa dijumpai di kalangan masyarakat Melayu bila bercakap tentang paru paru berair:

1. Sebab mandi malam

Hello, kulit kita Allah ciptakan kalis air OK. Cukup sempurna ciptaan kita. Kalau mandi malam menyebabkan paru-paru berair, dah lama Ian Thorpe tu kena sedut air dari paru-paru dia!

[Ian James Thorpe, OAM is an Australian swimmer who specialises in freestyle, but also competes in backstroke and the individual medley.]

2. Minum ais kuat / minum air sejuk waktu malam

Hello, apa yang kita minum straight masuk perut. Saluran dari mulut ke esofagus ke perut. Saluran pernafasan dari mulut ke trakea ke paru-paru. Air memang boleh masuk dalam paru-paru ikut mulut, trakea--- kalau mati lemas.

So, apa punca paru paru berair ni?

1- Lemah jantung / jantung rosak
2- Buah pinggang rosak
3- Hati rosak
4- Jangkitan kuman
5- Kanser (paling biasa kanser paru paru & kanser breast)



Haaa amacam? Terkejut kan? Rasa tak percaya kan? Lagi-lagi nombor 1 tu memang terkejut. Saya ingatkan benar. Tapi rupanya tidak. Sebab tak silap saya, dulu kat surat khabar ada keluar tajuk "Jangan mandi malam!" dan ianya larangan untuk mengelakkan paru-paru berair. If I'm not mistaken la.

Tapi bila Doktor sendiri yang kata 'fakta' tersebut adalah mitos a.k.a auta, takkan nak bantah. Doktor lagi berpengetahuan kan hehe.

Apa-apa pun marilah kita menjaga kesihatan kita. Pesana ikhlas dari Sayidah yang comel hahaha. Kbaiii.

Daaa~ wassalam :)

BACA JUGA:

You May Also Like

3 comments

  1. Assalamualaikum Wrmbth

    Apa khabar sis syaidah napisah

    Memang banyak mitos dalam masyarakat kita

    Maznee pun selalu dengar pasal mandi malam senang kena paru paru berair

    Wallahualam

    Mungkin ada betulnya. Mungkin juga salah

    Tapi kalau dari kajian sains memang setuju dengan bukti yang sis kongsi ni

    ReplyDelete
  2. Betul betul. Siqah pun ada baca mitos ni dalam buku doktor yang berlambak di pasaran sekarang. Hihi.

    ReplyDelete
  3. Dulu selalu kena tegur sebab mandi malam.. nak buat camne dah balik kerja malam.. takkan nak mandi time kerja :D

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p