Review NOVEL LELAKI KHAS UNTUK Hanis - AIMY HANIYA

by - August 30, 2017

Review NOVEL LELAKI KHAS UNTUK Hanis - AIMY HANIYA
NOVEL LELAKI KHAS UNTUK Hanis - AIMY HANIYA
Title: Lelaki Khas Untuk Hanis
Novelis: Aimy Haniya
Penerbit: Karya Seni
Cetakan Pertama: Disember 2016
Jumlah mukasurat: 807

NOVEL LELAKI KHAS UNTUK Hanis - AIMY HANIYA
Review NOVEL LELAKI KHAS UNTUK Hanis - AIMY HANIYA
"Takdir hidupnya seolah-olah dibina khas untuk bersama aku..."


Sinopsis LELAKI KHAS UNTUK HANIS


Bagi HANIS AALIYAH, kerja sebagai jurugambar untuk surat khabar yang tidak sepopular mana bukan satu masalah. Dia gemarkan cabaran. Tak gentar langsung sekiranya kerja miliknya itu terpaksa berdepan dengan kemalangan ngeri atau kena tengok darah sebaldi. Nak hairan apa? Itulah pekerjaan yang Hanis pilih..

MOHD QARIN, seorang lelaki yang aneh dan misteri. Matanya, unik! Boleh nampak apa yang orang lain tak nampak. Roh dan sesuatu..

Namun, kerana kelebihan yang ada pada Qarin, hidupnya semakin tidak tenang apabila Hanis mula menjadi rakannya. Setiap kali Hanis menjalankan tugas, setiap kali itu akan ada roh yang mengekorinya. Tiba pada satu kes.. Kematian beberapa orang gadis yang mati dibunuh, mula membuatkan hidup Hanis dan Qarin kucar-kacir. Dan dalam diam, kerana keakraban mereka, Hanis merasakan yang dia sudah jatuh cinta. Tetapi, Qarin tidak mahu memilih Hanis. Cinta Hanis ditolak.

"Aku suka dekat kau." - HANIS AALIYAH

"Aku tak suka dekat kau." - MOHD QARIN

"Itu pun aku tahu. Jangan risau, aku tak paksa kau. Perkara macam ni memang ambil masa." - HANIS AALIYAH

Kerana penolakan Qarin, Hanis kecewa. Tiba-tiba muncul seorang lelaki misteri yang sebenarnya telah lama menyimpan perasaan terhadap Hanis. Lelaki yang mampu membuatkan hidup Hanis berubah.

"I want to cherish every moment with you. Remember?"

"Let's make a bigger memory"

Hanis keliru. Mampukah dia membuat keputusan yang bakal merubah hidupnya? Atau Hanis perlu menunggu dengan harapan? Mengharapkan hati Qarin tersentuh sepanjang dia membantu lelaki itu merungkai misteri atau menerima lelaki misteri yang tiba-tiba muncul itu? Siapakah lelaki khas untuk Hanis?

sinopsis LELAKI KHAS UNTUK Hanis - AIMY HANIYA
sinopsis NOVEL LELAKI KHAS UNTUK Hanis - AIMY HANIYA
Passionate Review from me + SPOILER

Saya beli novel LELAKI KHAS UNTUK Hanis ni kat Popular. Why I chose this novel? Sebab sinopsisnya yang menrik? NOPE. Saya adalah jenis yang sangat tak suka baca sinopsis kat belakang novel melainkan terpaksa. I don't like spoiler. 

So, why? Sebab terpampang kat cover depan novel ni: KARYA NOVELIS BESTSELLER MY 'SEWEL' GUY. Fyi.. saya ni memang tak boleh. Tak boleh tengok word BESTSELLER! Hahahaa. Mesti saya terpengaruh nak beli kalau sesebuah novel tu ada perkataan BESTSELLER. Yelahh bestseller kot. Mesti novel dia best. And fortunately, saya tak menyesal beli novel ni.

Okay lah.. I give my personal & honest review eh tentang novel ni..

Review NOVEL LELAKI KHAS UNTUK Hanis - AIMY HANIYA
Review NOVEL LELAKI KHAS UNTUK Hanis - AIMY HANIYA
3/4 pertama daripada novel ni saya bagi gred A+. 10/10. Unik. Yeap unik bagi sesebuah novel cinta untuk mempunyai watak 'utama' lelaki boleh nampak roh roh berkeliaran.  Siap bantu roh-roh yang tak tenang ni selesaikan masalah mereka. Jalan cerita menarik. Saspens, tak boring, ada unsur kelakar dan kisah-kisah yang berlaku tak cliche seperti kebanyakan novel. Chemistry Qarin dan heroin, Hanis pun best. I likeee. Yelahhh Qarin beku, Hanis easy going + straight forward. Siap Hanis confess dia suka dekat Qarin haha. Lepas tu saya ingat, lama-lama nanti Qarin jatuh suka balik lah dengan Hanis. But 

But guess what? Sampai kat muka surat 496 (3/4 dari novel), ada PLOT TWIST. Plot twist yang saya harap ianya takkan berlaku haha. Sebab dari plot twist tu lah, keseluruhan jalan cerita jadi terbalik. Yang saya sangka hero sebenarnya bukan hero pun. Ku sangkakan Qarin lah watak utama bagi cerita ni rupanya Helmi lah heronya. Helmi yang semua pembaca ingatkan abang kandung Hanis rupanya bukan ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Helmi ni sebenarnya adalah hanya anak angkat dalam keluarga Hanis. Just abang angkat, not real abang. Nama sebenarnya Izwan. Okay taknak lah cerita kenapa Izwan ni terpaksa jadi Helmi. Nanti dah macam saya cerita satu buku pula hahaha.

Bila Hanis dapat tahu Helmi abang angkat dia, mesti lah keadaan jadi awkward kan. Dan bertambah awkward bila Helmi confess kat Hanis yang dia selama ni cintakan Hanis. Dari kecil lagi. Jeng jeng jenggg.. okay cliche! Wakakaka. Dan seterus-seterusnya pun cliche. So, malas nak cerita.

Dan saya still tak puas hati. Yelah, cuba bayangkan. Dari muka surat 1 hingga tiga per empat dari novel ni mati-mati saya ingat Qarin hero. Penat tau saya fenfeeling. Tup tup rupanya Helmi hero? Oh myyy. Tak terfikir langsung. Saya memang ingat Helmi tu abang kandung Hanis. So, kalau ada babak babak mesra antara Hanis dan Helmi pun saya tak heran lah. Sebab adik beradik kan. Normal la nak bermesraan. Tapii.. tapiii! Helmi rupanya hero. Arghhh! Rasa membazir sangat. Membazir fenfeeling pada watak yang saya sangkakan watak utama tapi rupanya sampingan je. Ceyttt. 

Saya paling benci tau novel jenis jalan cerita macam ni. Ni novel kedua yang saya jumpa cerita yang jenis dah nak habis, baru tahu watak sampingan adalah hero =.= Novel pertama adalah novel Minah Cengey Hati Tisu - Aifa Batrisya. Saya rasa macam nak cekik cekik je novelis yang buat macam cerita jenis macam ni tau hahahaha.

So, lepas plot twist tu berlaku.. gred dan markah bagi novel ni pun drop. Sorry but overall I give B. 7/10. Sayang sebenarnya.. Kalau lah novelis Aimy Haniya ni jadikan Qarin sebagai hero, ataupun novelis beri klu yang Helmi ni hero dari mula.. saya dah bagi A+ for the whole story. Nak rasa menyesal baca pun tak juga. Sebab saya suka jalan cerita 3/4 pertama novel ni. 

Plus, saya suka watak dua officemate Hanis, Omar dan Apek. Dua orang ni kalau jumpa mesti nak gaduh. Gaduh-gaduh 'manja' lah. Tapi serius kelakar. Tak sah tak gelak kalau part dua orang 'bercakaran' muncul. Kalau tak gelak pun, mesti senyum or sengih sengih kerang busuk sampai ke telinga. Nasib baik sikap kelakar Omar dan Apek ni berkekalan hingga ke akhir cerita. Ada la semangat nak habiskan novel ni haha.

Saya macam 50-50 nak recommend kat orang lain suruh beli novel ni. Tapi bagi saya, berbaloi sebenarnya beli novel lelaki khas untuk Hanis ni. Cuma.. tu je lah. Geram sebab bukan Qarin heronya hahahaha.

Okay laa. Daaa~! Wassalam :)


You May Also Like

5 comments

  1. Cerita macam ni la kinah nak layan. Nak cari satu la nanti

    ReplyDelete
  2. Jarang nama pertama bukan hero , hehe . Boleh beli satu nanti (:

    ReplyDelete
  3. suka baca review awak ni..maybe last minute novelis tu terpikir nak tukar hero..haha

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p