Kingsman : The Golden Circle (2017) Review

by - September 24, 2017
Kingsman : The Golden Circle adalah antara movie tahun 2017 yang dinanti-nantikan oleh ramai orang, termasuk saya. Yela mana tak nya, dulu tahun 2015 saya tengok Kingsman 1 (Kingsman: The Secret Service) best gilos! Siap buat review di blog lagi. Siap puji melambung lagi haha. Boleh baca di SINI kalau mahu. Then, apalagi semalam pergi tonton movie Kingsman: The Golden Circle di panggung GSC Palm Mall, Seremban dengan bestfriend. BEST WOH!

Kingsman : The Golden Circle (2017) Review
Kingsman : The Golden Circle (2017) Review

Kingsman : The Golden Circle (2017) Review
Kingsman : The Golden Circle (2017)

Nama Watak Pelakon-pelakon Kingsman : The Golden Circle (2017)

Kingsman : The Golden Circle (2017) Review
Kingsman : The Golden Circle (2017) Casts
Taron Egerton - Gary Eggsy [HERO]
Colin Firth - Harry Hart
Julianne Moore - Poppy
Halle Berry - Ginger
Mark Strong - Merlin
Pedro Pascal - Whiskey
Edward Holcroft - Charlie Hesketh
Jeff Bridges - Champagne, [Head of Statesman]
Channing Tatum - Tequila [Statesman Secret Agent]
Hanna Alstrom - Princess Tilde
Poppy Delevingne - Clara Von Gluckfberg
Elton John

Kingsman : The Golden Circle (2017) Review
Ginger & Merlin | Kingsman : The Golden Circle (2017)

Kingsman : The Golden Circle (2017) Review
Eggsy, Harry & Whisky | Kingsman : The Golden Circle (2017)
Kingsman : The Golden Circle (2017) Review
Agent Tequila | Kingsman : The Golden Circle (2017)
Kingsman : The Golden Circle (2017) Review
Jeff Bridges - Champ | Kingsman : The Golden Circle (2017)
Kingsman : The Golden Circle (2017) Synopsis

With their headquarters destroyed and the world held hostage, members of Kingsman find new allies when they discover a spy organization in the United States known as Statesman. In an adventure that tests their strength and wits, the elite secret agents from both sides of the pond band together to battle a ruthless enemy and save the day, something that's becoming a bit of a habit for Eggsy.

Kingsman : The Golden Circle (2017) Review
Kingsman : The Golden Circle (2017)

Kingsman : The Golden Circle (2017) Review


Memandangkan saya pernah tengok Kingsman 1, so saya sangat excited nak tengok Kingsman 2. Sebab bagi pendapat saya, Kingsman 1 best gilossss! Tapi sebenarnya ingat-ingat lupa jalan cerita Kingsman 1 macam mana hahaha. Apa yang ketara.. Kingsman 2 ni lebih banyak menggunakan aksi canggih teknologi berbanding Kingsman 1.

Paling best Kingsman: The Golden Circle ni... kita takkan ada masa untuk mengantuk, rasa bosan atau mengelamun pun. Sebab cerita ni penuh dengan aksi, debaran dan saspens. Nak rasa bertenang pun tak boleh sebab konflik muncul tak habis-habis hahaha.

Start-start je cerita, terus ada action scene haha. Eggsy kena serang dengan Charlie. Tak lama selepas serangan yang pertama, kena pula serangan kedua oleh pihak musuh terbesar (watak paling jahat dalam movie ni), Poppy Adams. Serangan kedua ni memang daebakk gilos! 

Gara-gara sistem Kingsman telah di-hack hanya oleh tangan besi Charlie yang tertinggal dalam kereta Kingsman, enam rumah ejen + pejabat HQ Kingsman telah dibom dengan dahsyatnya menggunakan missile (peluru berpandu) in just a second! Tak sempat nak lari.... bom kebabom! Semua ejen dalam bangunan tu semua mati. Perghhh serius babak tu paling wow scarynya! Bayangkan semua orang dalam organisasi Kingsman mati dalam serangan tu kecuali Eggsy dengan Merlin je. Ohhh fyi, Poppy hanya serang alamat-alamat ejen yang ada dalam sistem. Rumah Merlin tak diserang sebab alamat rumah dia tak ada dalam database Kingsman. So, terselamat lah Merlin.

Daripada situ, Merlin & Eggsy survive bersama. Mereka dapat hint dari botol arak Statesman yang menunjukkan mereka perlu pergi ke Kentucky USA. Di Kentucky lah adventure mereka bermula. Di situ juga lah mereka jejak kasih dengan Harry yang mereka sangkakan sudah mati tapi rupanya masih hidup lagi. Thanks to Ginger & Tequila kerana sempat menyelamatkan Harry selepas Harry ditembak di mata kiri. Tapi kesan dari rawatan tersebut, Harry mengalami amnesia sementara. 

Macam-macam dah mereka buat untuk kembalikan semula ingatan Harry but.. still Harry tak menunjukkan tanda-tanda nak pulih. Time mereka hampir-hampir nak berputus asa tu, yeayyy Eggsy menyelamatkan keadaan! Nak tahu macam mana Eggsy kembalikan ingatan Harry? Kena laa tengok kat pawagam sendiri muahaahaha.

Kingsman : The Golden Circle (2017) Review
Harry mengalami amnesia sementara
SPOILER BESAR! 
+ ENDING

So, malas nak cerita semua kan. Saya just cerita babak-babak yang penting & yang saya paling ingat.

- Poppy ni memang kejam gilos. Salah satu kekejaman beliau: dia suruh lelaki yang nak jadi ahli Golden Circle masukkan seorang lelaki ke dalam mesin pengisar. Dan daging yang keluar dari pengisar tu Poppy masak jadi daging burger. Then, dia suruh lelaki tadi makan burger + daging kisar lelaki yang telah dimasak tersebut. Eeeeiii yuck! Hahaha geli + kejam.

Kingsman : The Golden Circle (2017) Review
Julianne Moore memegang watak Poppy | Kingsman : The Golden Circle (2017)
- Merlin mati huwaaaaa! Alkisahnya.. Eggsy terpijak periuk api di luar kawasan tempat Poppy tinggal. Merlin sanggup menggantikan tempat Eggsy dan sanggup letupkan diri sendiri so that pengawal yang berjaga di pagar kawasan tempat Poppy pun meletup sekali.  Bila dah takde pengawal, senang lah Eggsy & Harry untuk ceroboh masuk ke dalam tempat Poppy. Takdelah senang sangat sebenarnya haha. Tapi memudahkan laa. 

Tapi scene yang agak sebak bila part sebelum Merlin bom kan diri sendiri tu, Merlin nyanyi satu lagu. Lagu kebangsaan rasanya. Kira tanda apa yang dia tengah buat tu untuk negara dia. Semangat patriotik gituu! Sejurus pengawal-pengawal tu dah dekat dengan Merlin,terus Merlin angkat kaki dari periuk api tu, then terus BOM!

- Whiskey jahat! Tak sangka laa Whisky tu jahat. Betul la kata Harry masa mula-mula tu yang Whiskey jahat tapi tiada siapa pun yang percaya. Eggsy sangkakan Harry tak sihat lagi sebab sebut benda merepek macam tu. Saya pun mula-mula macam tak percaya dengan 'tuduhan' tak berasas Harry tu. Yela pelik sebab selama ni Whiskey tolong je misi mereka untuk dapatkan penawar. Takkan la Whiskey nak belot kot. Tapi akhirnya.. memang betul Whiskey tu jahat. Nak tahu kenapa dan apa sebab Whiskey belot? Tengok sendiri! hikhik.

- Endingnya.. Poppy mati. Eggsy cucuk syringe ke leher Poppy kemudian masukkan "racun" dadah ke dalam badan Poppy. Dan racun tu bertindak balas dengan cepat sekali tapi sempat la Poppy beritahu kod penawar kepada Eggsy & Harry. Padan muka Sloppy. Mati dengan sadisnya. Yela mati disebabkan dadah merbahaya yang dia reka sendiri. Tsk tsk tsk.

Kingsman : The Golden Circle (2017) Review
Charlie lawan dengan Eggsy | Kingsman : The Golden Circle (2017)
Saya beri 8.5/10 untuk movie Kingsman: The Golden Circle ni. Very recommended pada sesiapa yang nak tengok. Penuh dengan aksi dan scene-scene yang not so cliche. Nak tangkap orang jahat pun tak mudah, itu yang saya suka haha. Unsur-unsur humour pun ada.

Overall, best! 

Tapi entah lah.. saya rasa Kingsman 1 lagi syok kot hahaha. Tapi itu tak bermakna Kingsman 2 tak best. Just Kingsman 1 a little bit lagi best dari Kingsman 2 hehehe.

Okay itu sahaja. Selamat menonton Kingsman 2 trailer di bawah ni! Daaa~ wassalam :)

KINGSMAN 2: The Golden Circle Trailer 2 (Extended) 2017


sumber images: Google

You May Also Like

7 comments

  1. baca sinopsis kc pun dh boleh bayang, best citer kingsman 2 ni...

    ReplyDelete
  2. Lagu yang merlin nyanyi tu bukan lagu kebangsaan ye.. Anyway memang terhibur tengok citer kingsman ni Harap harap satu hari nanti dapat jadi ejen kingsman huhu

    ReplyDelete
  3. tak sabar nak tengok tapi sape nak temankan pergi tengok?? huhu

    ReplyDelete
  4. bestnya kalau dpt layan cite ni kt wayang kn... tp kalau dpt layan kt astro pun jadi lah huhuhu...

    tak sabar nk tgk cite tuh bila baca review nya kt sini.... mmg penuh ngn babak aksi

    ReplyDelete
  5. tak tahu agaknya nak pergi tengok.. hehehe :D

    ReplyDelete
  6. kekuatan filem kali pada barisan pelakon. semua power

    ReplyDelete
  7. walopom lelaki gentlemen bila bertarung memang tak nak kalah hehe

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p