Resepi Koktel Buah Mudah dan Sedap!

by - October 31, 2017
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Hari Raya Haji yang lepas meriah kat rumah dengan adik beradik and the family berkumpul. Waktu last day mereka di Seremban, kakyong saya ada buat air koktel buah yang sangat mudah dan simple dan senang je untuk dibuat. Saya yang hanya tolong kakyong buka tin-tin kat situ pun rasa "ohhh mudah je nak buat air koktel buah ni" cewahhh berlagakkk bak hang hahaha.


Resepi Koktel Buah Mudah dan Sedap!

Resepi Koktel Buah Mudah dan Sedap!
Resepi Koktel Buah Mudah dan Sedap!
Bahan-bahan:

Laici tin
Susu pekat
Susu cair
Nata de coco (bekas besar)
Sumi, sumi mangga
Buah-buahan campur 1 tin
Buah anggur
bahan-bahan Koktel Buah Mudah dan Sedap!
Bahan-bahan untuk membuat air Koktel Buah | Mudah dan Sedap!
Cara-cara membuat air koktel buah:



1. Masukkan sekali semua ke dalam jag/ bekas: susu pekat setengah tin + susu cair satu tin + satu cawan air panas + satu tin laici + satu bekas nata de coco + sumi + buah-buahan.

2. Kemudian, masukkan air sejuk ke dalam campuran koktel tersebut.

3. Kacau hingga sebati.
Resepi Koktel Buah Mudah dan Sedap!
4. Masukkan ais ketul supaya koktel menjadi sejuk so that bertambah sedap! (p/s: jangan masukkan ais ketul awal-awal ye)

Siap untuk dihidang!

Air koktail ni syok kalau buat time ramai orang ada. Time majlis ke, party ke, open house ke, time saudara mara datang rumah ke, time raya, time semua berkumpul.. memang best!
Resepi Koktel Buah Mudah dan Sedap!
Koktel Buah siap untuk dihidang!
Resepi Koktel Buah Mudah dan Sedap!
Resepi Koktel Buah Mudah dan Sedap!
Resepi Koktel Buah Mudah dan Sedap!
siapa yang nakkk air koktail buah ni? meh cawan hehehe
Boleh adjust berapa banyak susu pekat kita nak masuk. ikut suka kita nak masuk banyak mana. Kalau jenis yang tak suka manis sangat, boleh kurangkan. Kalau jenis suka manis sweet sweet, boleh banyakkan. No problem.

Haritu kakyong masukkan setengah tin susu pekat pun rasa perghhh dah manis ngatttt. Yelaaa sebab air tin laici + nata de coco dah sedia manis. Ditambah lagi dengan susu pekat, lagi laa bertambah manis. Tapi orang lain suka je air koktel manis-manis. Saya je jenis yang suka tak berapa manis. So, saya ambil air koktel sikit je dan banyak ratah nata de coco hahahaha.

Resepi Koktel Buah Mudah dan Sedap!
Resepi Koktel Buah Mudah dan Sedap!
Tapi ALERT dan WARNING ye.. bagi mereka yang menghidap penyakit kencing manis a.k.a diabetes, dilarang sama sekali minum air koktail buah ni even sesudu pun hahahhaa sebab manis sangat ya rabbi. Kang gula dalam badan naik mendadak, siapa yang susah? Diri sendiri jugaa.

Okay, selamat mencuba!

Daaa~ wassalam :)

You May Also Like

9 comments

  1. sedapnya.. mama suka minum time panas2

    ReplyDelete
  2. wah..sedapnya ada tanda seru lagi hehe (^_^)

    ReplyDelete
  3. bestni.. nak2 perkena time cuaca panas.. perhh .. :D

    ReplyDelete
  4. sedapppppnya..kalau time jamuan kt tmpt kerja sllu jgk wat ni. sbb mudah kan.

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap, kalau cuaca panas2 sedap nih :)

    ReplyDelete
  6. Dap aihh lama plak tak makan koktel.. nak buat jugak laa nanti..

    ReplyDelete
  7. sama lah tak suka minum yang manis2, sebab tu selalu avoid je kalau orang hidang koktel ni

    ReplyDelete
  8. Uwaaaaa....sedap sangat ni....

    ReplyDelete
  9. Sedapnya, boleh try ni. Tambah ais sikit hihi segar tekak.

    Jom baca Set Berpantang Terbaik untuk first mommy

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p