Viral Gerai Air Puluhan Jenis di Bazar Batu Gajah, Perak - sayidahnapisahdotcom Viral Gerai Air Puluhan Jenis di Bazar Batu Gajah, Perak
LightBlog

Viral Gerai Air Puluhan Jenis di Bazar Batu Gajah, Perak

Viral Gerai Air Puluhan Jenis di Bazar Batu Gajah, Perak | Puasa tahun ni saya tak jejakkan kaki lagi ke mana mana bazar Ramadhan. Ouchhh #kesian. Hahaa. Takpe takpe, banyak lagi masa untuk pergi. Cuma kalau awal-awal ni kan memang meriah sungguh dengan orang ramai yang berpuasa (dan tidak berpuasa hehe).

Kakak saya ada balik minggu ni, harapnya dia ajak saya lah pergi ke bazar Ampangan, Seremban. Boleh la ushar ushar makanan dan minuman yang ada. Plus, paksa dia belanja saya kekeke.


Viral Gerai Air Puluhan Jenis di Bazar Batu Gajah, Perak


Baru-baru ni viral satu gerai air di Bazar Batu Gajah, Perak kerana menjual PULUHAN perisa air manis. Macam macam jenis ada. Antaranya air bandung, keladi, kelapa, latte hazelnut, latte oreo, choco mint,  dan pelbagai lagi nama nama yang menarik.

Viral Gerai Air Puluhan Jenis di Bazar Batu Gajah, Perak
Viral Gerai Air Puluhan Jenis di Bazar Batu Gajah, Perak
Viral Gerai Air Puluhan Jenis di Bazar Batu Gajah, Perak
Viral Gerai Air Puluhan Jenis di Bazar Batu Gajah, Perak
Viral Gerai Air Puluhan Jenis di Bazar Batu Gajah, Perak
Viral Gerai Air Puluhan Jenis di Bazar Batu Gajah, Perak
Perghhhh sangat sangat mengancam! Tapi bayangkan lah.. kalau ada 5 jenis air kat bazar pun saya dah confuse nak pilih yang mana.. apatah lagi kalau jumpa puluhan jenis air berderet macam ni? Mahu bertapa setengah jam kot haha.

Teringin juga nak pergi beli air kat situ, tapi jauh bebeno kat Perak sana nun. Takpelah.. siapa siapa yang pergi sana wakil untuk saya ye. Dan list kan semua jenis air yang ada hahaha. Mahu patah tangan mencatatnya kan.

Okayy.. selamat berbuka puasa semua! Jangan lupa berdoa sebelum azan maghrib ye. Kerana sesungguhnya.. masa sebelum waktu berbuka adalah antara waktu mustajab berdoa.

Daa~ wassalam!

Post a Comment

2 Comments

  1. Banyaknya air dia..kalau ciktie tu rasanya dari nak beli terus xjadi. Xtau nak beli air apa

    ReplyDelete
  2. best gila bazaar banyak choice macam ni. Nak pilih pun happy tau

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p